Friday, December 31, 2010

Selamat datang 2011


Alhamdulillah, syukur ke pada Allah swt. Hari ini aku masih terus bernafas dan masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan -Mu ini.

Terima kasih Ya Allah atas limpahan segala kejayaan, kegembiraan, kekayaan dan kemakmuran yang dianugerahkan kepada aku dan keluarga ku. serta seluruh rakan-rakanku yang lain.

Terima kasih atas apa yang aku perolehi sepanjang tahun 2010 yang lepas. Setiapnya tentu sahja untuk memberi kebaikan dan manfaat buat aku pada hari yang mendatang ini. Sesungguhnya tahun 2010 telah memberi pelbagai pekara positif dan rangkuman pelajaran yang berguna buat diri ku.

Terima kasih sekali lagi Ya Allah...moga 2011 ini memebri lebih banyak kejayaan, kegembiraan, kekayan dan kemakmuran buat aku, keluargaku dan juga mereka-mereka yang lain.....

Thursday, December 30, 2010

Klik Di SINI!
atau
DI SINI

Tarikh : 15 Jan 2011 (Sabtu)
Masa : 9.30am - 4.30pm
Lokasi : Kuala Lumpur

Pendaftaran : RM180.00
Sebelum 26hb Disember 2010 hanya perlu membayar RM150.00

Hubungi 016-2488106 untuk keterangan lanjut!

Wednesday, December 29, 2010

Antara Keuntungan dan Kemakmuran

Kisah Bank paling murah hati di dunia

Siapa pernah mendengar adanya bank yang sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran, malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia, ia sesuatu yang luar biasa.
Walaupun operasinya bercanggah dengan kesemua peraturan perbankan konvensional, Bank Grameen berjaya membebaskan ramai rakyat Bangladesh daripada kancah kemiskinan. Lebih mengagumkan lagi, ia sehinggakan memperbaharui pembangunan sosial dan ekonomi bukan sahaja dalam negara malah merentasi dunia.
Orang yang muncul di sebalik idea bank ini, yang juga pemenang hadiah Nobel, ialah Profesor Dr Muhammad Yunus, pengasas dan Pengarah Urusan Bank Grameen, yang mengasaskan bank itu pada 1970-an semasa rakyat negara itu mengalami kebuluran.

Dan inspirasi itu muncul pada satu pagi tahun 1976, semasa beliau berjalan melalui sebuah kampung untuk ke universiti di mana beliau adalah profesor ekonomi.

"Saya didatangi seorang wanita miskin yang memberitahu bahawa beliau hanya mampu meraih keuntungan dua sen (AS) sahaja dalam sehari bagi sebuah kerusi buluh yang dihasilkannya, kerana beliau berhutang dengan peminjam wang. Peminjam wang itu memaksa beliau menjual barangannya pada harga yang begitu rendah sehingga beliau hanya mampu menikmati keuntungan dua sen (AS) sahaja setiap hari".

Muhammad berkata, pada masa itu, beliau hanya perlu membayar peminjam wang berkenaan AS$1 untuk melangsaikan hutang dan membebaskan wanita itu daripada kitaran kemiskinan. Dan beliau lakukannya.

Kegembiraan dan kelegaan yang dirasai oleh wanita miskin itu memberi inspirasi kepada Muhammad untuk mencari lagi mereka yang lain, yang masih berhutang dengan peminjam wang berkenaan.

Beliau menemui 42 orang lagi dan hanya perlu membayar AS$27 sahaja untuk melangsaikan hutang di samping dijadikan modal untuk membeli bahan mentah.

Dengan jumlah wang itu, akhirnya mereka berjaya membebaskan diri daripada cengkaman hutang dan pada masa yang sama dapat menjual hasil produk kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi. Ini telah membawa penambahbaikan ke atas status ekonomi mereka.

Dalam berbuat demikian, beliau telah membantu wanita pertama itu mengecapi keuntungan AS$1.25 sehari, di sebalik hanya dua sen (AS) sebelum ini. Di sinilah bermulanya laluan Muhammad untuk menubuhkan Bank Grameen yang menamatkan kitaran "pendapatan rendah, simpanan rendah dan pelaburan rendah".

Muhammad berkongsi sejarah penuh inspirasi bank ini semasa satu majlis makan tengah hari di Malaysia baru-baru ini, sementara menyampaikan ucaptama bertema "Perniagaan Sosial dan Pengurangan Kemiskinan". Majlis makan tengah hari khas ini dianjurkan oleh Khazanah Malaysia dan Akademi Pengarah Malaysia (Minda).

Grameen bermakna "luar bandar" atau "kampung" dalam bahasa Bangla. Slogannya adalah "Bank bagi Miskin". Ia menawarkan kredit mikro kepada penduduk miskin luar bandar di Bangladesh, supaya mereka boleh memulakan atau membiayai perniagaan dan meningkatkan pendapatan.

Muhammad berkata bank ini memberi pinjaman dalam jumlah kecil AS$200 setiap orang kepada 8.3 juta peminjam di seluruh Bangladesh dan pinjaman itu dibayar dalam bentuk ansuran bulanan. Apa yang mengagumkan, walaupun bank ini meminjam kepada mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, ia berjaya mendapatkan semula sehingga 98 peratus daripada pinjamannya.

Profesor ekonomi ini berkata prinsip asas bank ini sejak ditubuhkan ialah bank harus sampai kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

"Kita menemui kesemua 8.3 juta peminjam ini di pintu mereka. Mereka tidak perlu ke mana-mana. Kami bertemu dengan mereka setiap minggu dan menjalankan urusan perbankan di kediaman mereka.

"Ia satu tugas yang besar. Tetapi ia satu-satunya cara kita boleh menggalakkan mereka menjalankan urusan perbankan dengan kami, memandangkan lebih 97 peratus daripada peminjam kami adalah wanita. Jika anda meminta mereka datang ke pejabat kami, itu tidak akan berlaku. Lelaki akan ambilalih tugas itu memandangkan merekalah yang selalu keluar. Wanita lazimnya tinggal di rumah menguruskan keluarga", jelas beliau.

Timbul pula persoalan yang tidak dapat dielakkan: mengapa Bank Grameen lebih suka memberi pinjaman kepada wanita? Jawapannya terdapat di laman web bank itu seperti yang tertera di bawah:

"Wanita di Bangladesh diabaikan oleh masyarakat. Melalui peluang untuk bekerja sendiri serta akses kepada wang, Grameen Bank membantu memperkasa wanita. Selain daripada itu, kajian menunjukkan bahawa output keseluruhan pembangunan adalah lebih ketara apabila pinjaman diberikan kepada wanita dan bukannya lelaki, memandangkan wanita lebih kemungkinan untuk menggunakan hasil yang mereka peroleh untuk menambahbaik keadaan hidup mereka dan mendidik anak-anak mereka".

Hari ini Grameen Bank dimiliki oleh golongan miskin luar bandar yang bergantung kepada perkhidmatannya. Peminjam-peminjam bank itu memiliki 90 peratus daripada sahamnya, sementara baki 10 peratus dimiliki kerajaan.

Semasa menyaksikan kejayaan Bank Grameen dalam meningkatkan taraf hidup peminjam-peminjamnya, satu lagi persoalan timbul di minda Muhammad: apa pula masa depan keluarga-keluarga ini?

Ia bukan satu soalan yang ganjil, memandangkan kebanyakan ibu bapa buta huruf. Ini boleh dikatakan menjamin kesinambungan kitaran tradisional kemiskinan, masalah kesihatan dan sosial yang mengiringinya.

"Kami memutuskan bahawa kami mesti memberi jaminan kepada kanak-kanak daripada keluarga ini supaya meneruskan persekolahan untuk melepaskan diri daripada kitaran kemiskinan dan beralih ke peringkat baru kehidupan", katanya.

Jadi rancangan itu dimulakan.

Kemudian sesuatu yang begitu hebat dan menarik berlaku. Kanak-kanak ini bukan sahaja ke sekolah malah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan mereka.

Mereka menyambung pendidikan ke sekolah menengah dan seterusnya ke kolej.

"Terdapat beribu-ribu orang seperti mereka, yang mencapai kecemerlangan di sekolah-sekolah. Kami langsung tidak menjangka ini kerana untuk mereka ke sekolah rendah sahaja satu pencapaian terbaik yang boleh kita harapkan bagi kanak-kanak luar bandar ini. Tetapi realitinya lebih baik daripada apa yang kami jangka", kata beliau.

Tetapi kemudian satu lagi masalah timbul. Sementara ibu bapa gembira yang anak mereka berjaya dari segi akademik, kos pendidikan pula tinggi jauh melampaui kemampuan mereka.

"Jadi kami mempunyai ramai kanak-kanak yang cemerlang daripada segi akademik tetapi tidak mampu meneruskan dengan pendidikan mereka. Kami berdebat dengan Bank Grameen mengenai cara terbaik untuk memastikan mereka meneruskan pengajian dan kami muncul dengan penyelesaian ini - untuk memperkenalkan pinjaman pendidikan. Kini, tiada siapa yang ketinggalan".

Susulan itu, kini terdapat lebih 50,000 pelajar yang menerima manfaat daripada pinjaman pendidikan Grameen di sekolah-sekolah perubatan dan kejuruteraan merentasi seluruh Bangladesh.

Muhammad percaya kanak-kanak dari keluarga yang kaya tidak lain daripada yang miskin. Bagaimanapun, daripada segi peluang, terdapat perbezaan yang besar.

"Dan inilah yang membawa perbezaan besar dalam kehidupan mereka.

"Jika kanak-kanak miskin ke sekolah-sekolah terbaik di dunia dan bersaing menggunakan bakat terbaik yang ada pada mereka, mereka pasti berupaya dan berbakat seperti mana orang lain".

Penuntut Grameen di Malaysia


Muhammad jelas dilihat bercakap mesra mengenai Malaysia dan hubungan beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar. Muhammad telah banyak kali melawat Malaysia, walaupun sebelum idea Grameen bermula di luar Bangladesh.

"Malaysia bagaikan kediaman kedua saya. Sebenarnya, kali pertama idea Grameen diperkenalkan di luar Bangladesh ia adalah di Malaysia, dengan yang pertama di Pulau Pinang", jelas beliau.

Pada 1994, Muhammad menerima anugerah Tun Abdul Razak sebagai menghargai sumbangan beliau kepada dunia. Sejak Bank Grameen diperkenalkan pada 1976, beliau mengasaskan 25 syarikat yang kesemuanya bertujuan menambahbaik taraf hidup golongan miskin.

Selepas mendengar sentimen Muhammad terhadap pendidikan, Azman dengan segera muncul dengan idea menyediakan biasiswa bagi pelajar Grameen untuk belajar di Malaysia.

Hari ini, Yayasan Khazanah menaja 10 penuntut yang adalah anak-anak kakitangan Bank Grameen di universiti-universiti terpilih di Malaysia melalui Biasiswa Khazanah Asia. Yayasan ini juga setiap tahun memilih lima pelajar daripada keluarga miskin yang menggunakan khidmat Bank Grameen untuk menerima biasiswanya.

Hari ini, bank ini merupakan sumber inspirasi dan model bagi banyak institusi dalam bidang kredit mikro.

Tetapi di Bangladesh, ia lebih daripada itu. Ia mengenai masa depan peminjam generasi kedua, kata Muhammad.

"Ke mana mereka boleh pergi, apa yang mereka boleh buat. Mereka tidak lagi perlu balik ke kitaran kemiskinan. Mereka boleh mengharapkan masa depan lebih baik".

Sumber : Malaysia Kini.Com

Friday, December 24, 2010

Alhamdulillah...terima kasih

Semenjak saya mula menulis secara konsisten di blog iaitu sekitar tahun 2007 sehingga ke hari ini, saya mula sedar tentang satu pekara. Iaitu saya kerap menerima "hadiah" atau pemberian ikhlas berbentuk BUKU atau majalah dari pelbagai individu terutama ahli keluarga, rakan-rakan, pembaca penulisan saya dan juga dari peserta workshop yang pernah mengikuti program latihan yang saya kendalikan sebelumnya.

Mulanya saya anggap secara kebetulan, tetapi 2 tahun kebelakangan ini saya makin kerap menerima buku yang seolah memenuhi keperluan saya atau memberi "sesuatu input" yang sedang saya perlukan.

Dan sebagai seorang yang bercakap tentang hukum tarikan, saya menyimpulkan ia sebagai satu pembuktian hukum ini berlaku secara fitrahnya.

Sebagai seorang yang cintakan buku dan menjadikan penulisan sebagai pentas saya berkongsi ilmu, saya percaya "pantulan" energi (tenaga) ilmu yang terhasil setiap kali saya menulis di blog atau internet secara senang hati (ikhlas) MENARIK kembali "ilmu" kepada saya.

Ingat...buku hanyalah simbol. Hakikatnya (essence) ia adalah ILMU. Maka ia menjadi seperti berikut...."ilmu menarik ilmu kembali". Atau secara mudahnya saya ringkaskan bahawa, jika kita ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan baik melalui apa-apa medium pun, Insya Allah, kita akan menerima kembali lebih banyak ilmu pengetahuan baik seperti buku, pembacaan di internet ataupun pencerahan (pemahaman) sesuatu ilmu pengetahuan dari Tuan Empunya Ilmu itu sendiri ..Allah swt.

Berikut adalah beberapa buku yang dikirimkan sebelumnya kepada saya...Terima kasih. Moga Allah jua yang membalas kebaikan Tuan Puan.

 
Kiriman dari Penterjemahnya - Tuan Fakharoll Rodziee

Hadiah dari rakan di AEON

Di kirim dari jauh -Bogor Indonesia oleh Penulisnya sendiri-Abang Ismail Ishaq
Buku ini menjadi bahan semasa saya menulis buku "Rahsia Minda Jutawan"
Dihadiah oleh rakan baik-Tuan Jeff

Sumbangan dari rakan pensyarah pemasaran- Puan Zarmilah. Beliau tidak tahu kenapa beliau "terpaksa" membeli buku ini semasa memasuki MPH Bookstore. Ini kerana beliau bukan jenis membaca buku genre "spiritual healing" ini. 
Saya berjumpa beliau beberapa bulan lepas dan beliau berkata, " kau ambil nie baca, aku tak faham maksud buku nie". Saya membelik-belik sambil tersenyum...macam subjek aku je......

Buku ini sepasang. Ada buku 1 dan buku 2. Dihadiah oleh rakan semasa balik dari Indonesia.

 Hadiah sahabat dari KL
Ini baru saya terima ...oleh-ole dari nona manis Cik Fatimah Az Zahra

Cukup dulu. Terima kasih sekali lagi..

Thursday, December 23, 2010

Mengenali EFT

EFT adalah singkatan dari Emotional Freedom Technique. Diperkenalkan pada umum tahun 1995 oleh pengasasnya Gary Craig yg sejak dari usia 13 tahun sudah tertarik dengan bidang pengembangan diri.

Semenjak tahun 1991 lagi Gary Craig telah mengelilingi Amerika untuk membangunkan teknik atau terapi  ini. Kemuncaknya, ia memberi terapi khusus bagi para veteran perang vietnam di VA (veteran administration) yang telah puluhan tahun menderita masalah PTSD (post traumatic stress disorder). Para veteran perang ini telah ditangani oleh belasan psikoterapis selama puluhan tahun tanpa hasil yang signifikan dan berkesan. 

Menariknya dalam tempoh 6 hari sahaja Gary berjaya membebaskan 20 veteran dari penderitaan emosi yang dideritai selama puluhan tahun. Sesi terapi ini didokumentasikan dan kini direkod di dalam dvd yang merupakan sebahagian daripada modul latihan bagi individu yang ingin mempelajari teknik EFT ini.

Bagaimana EFT bekerja?

EFT merupakan sebahagian dari "keluarga" aliran Kaedah Meridian Tapping Technique (MTT) iaitu teknik mengosokkan atau mengketuk beberapa titik di tubuh dan wajah berdasarkan prinsip akupuntur dan akupresur yang telah terbukti selama ribuan tahun sebelumnya. Hanya saja EFT tidak menggunakan jarum sehingga ia lebih selamat, lebih mudah, lebih cepat dan lebih sederhana dibanding kaedah sebelumnya.

Seperti akupuntur, EFT menyelaraskan sistem energi meridian tubuh. EFT juga memasukkan elemen emosi didalam teknik penyembuhan. Dimana secara klinikalnya dibuktikan bahwa masalah emosi yang tidak terselesaikan dapat mengakibatkan masalah pelbagai penyakit fisik, disfungsi psikologi dan juga halangan di dalam pencapaian matlamat.

Emosi negatif menganggu kelancaran aliran dan keseimbangan energi dalam tubuh kita, Hal ini akan mengakibatkan gangguan fisik seperti ngangguan emosi negatif, gelisah, dihantui memori yg tidak buruk yang mempengaruhi cara pemikiran dan kehidupan kita. Menggunakan kaedah EFT dengan cepat dapat menyelaraskan energi meridian akupunktur yang terganggu tersebut. Ini kerana energi meridian mempunyai hubungan yang kuat dengan masalah emosi, gangguan fisik dan juga menghilangkan simptom penyakit.

Wednesday, December 22, 2010

Mengenali Meridian Tapping Techniques (MTT)

Semenjak saya memasukan sedikit informasi satu dari teknik MTT iaitu dari kaedah EFT di dalam buku "Tarik Kekayaan Dengan Kuasa Minda", saya kerap menerima pertanyaan tentang Terapi EFT ini.

Sebenarnya, waktu buku tersebut ditulis (iaitu sekitar tahun 2007) saya sudah mengamalkan Terapi EFT 2-3 tahun sebelumnya. Sebagai seorang peminat Hukum Tarikan atau LOA (law of attraction) waktu itu, EFT sangat popular dijadikan sebagai "tool" atau alat di dalam menguatkan tarikan magnet diri (aura). 

Saya mengikuti beberapa workshop yang dikendalikan oleh seorang NLP Coach iaitu Katrina Sin. Melalui beliaulah saya mula mendalami dan mengembangkan pengetahuan saya mengenai EFT termasuk melalui pelbagai maklumat dan online (workshop) yang terdapat di internet.

Sebagi seorang pengamal Reiki, memahami konsep terapi energi bukan satu masalah besar buat saya. Alhamdulillah, banyak pekara positif yang telah saya perolehi semenjak saya menggunakan kaedah ini bersama- sama method kuasa minda, reiki dan NLP yang telah saya pelajari sebelumnya.

Saya gunakan baik bagi isu kesihatan, pembangunan diri terutama bagi pemprograman minda separa sedar dan pembangunan personaliti, isu perhubungan, kerjaya mahupun di dalam isu kerohanian.

Keputusannya menakjubkan!

Walaupun kaedah ini agak unik dan mudah (mungkin pelik bagi yang baru mengenalinya), hasil yang diperolehi adalah sangat baik untuk dikongsikan. Semenjak dari itu, saya mula kongsikan dengan peserta atau menulis tentang kaedah ini di blog lama saya.

Selepas beberapa tahun mendalami, mengamalkannya dan berkongsi di pentas latihan, saya berpendapat bahawa adalah lebih baik saya memberi perhatian dengan lebih besar kepada mendedahkan kaedah ini secara lebih konsisten baik melalui latihan dan penulisan saya.

Di dalam banyak teknik pembangunan diri baik penyembuhan, saya dapati pendekatan MTT atau aliran EFT ternyata sangat praktikal dan  lebih "direct" di dalam mengatasi simptom kesihatan fizikal mahupun masalah-masalah di dalam kehidupan kita setiap hari.

Malahan, apa yang menarik perhatian saya adalah, pendekatan MTT adalah ternyata HOLISTIK atau menyeluruh. Ia fokus kepada isu sebenar atau "root" kepada permalasalahan kita berbanding pendekatan lain yang memberi perhatian kepada "simptom" atau masalah "depan/muka" yang kita hadapi.

Mulai hari ini, saya akan menulis secara konsisten tentang subjek ini supaya kebanyakan dari kita akan mendapat manfaat dari salah satu kaedah pembangunan diri yang paling cepat berkembang dan mendapat sambutan yang besar dari setiap individu yang ingin membangunkan potensi diri mereka.



  

Monday, December 20, 2010

Meridian Tapping Techniques (MTT)

Menjelang kedatangan tahun 2011 ini, saya akan memberi perhatian kepada beberapa subjek yang menjadi pilihan pengkhususan saya terutama di dalam bidang pembangunan diri ini.

Melihat situasi dan suasana terkini, saya mendapati beberapa subjek penting kurang diberi perhatian dan dipertengahkan oleh kebanyakan Trainer atau Jurulatih di dalam bidang latihan.

Sebagai seorang pengamal dan peminat kaedah pembangunan diri yang holistik, saya merasakan bahawa penekanan beberapa elemen penting perlu dititikberatkan supaya pembangunan diri yang lebih berkesan dapat diperolehi.

Maka, mulai tahun depan saya akan mengendalikan secara lebih kerap beberapa modaliti terutama dua subjek kegemaran saya iaitu dari aliran pembangunan minda dan emosi. Bagaimanapun saya akan memilih pendekatan yang agak asing di sini tetapi kerap saya sebut di dalam kebanyakan penulisan saya iaitu pendekatan psikologi energi (Energy Psychology).

Salah satu method yang akan saya kembangkan adalah dari aliran Meridian Tapping Techniques (MTT) iaitu teknik ketukan titik meridian yang dikembangkan dari  teknik Thought Field Technique (TFT) dan Emotional Freedom Techique (EFT).

Kaedah ini memang sudah menjadi sebahagian modul wajib yang kerap saya kendalikan di beberapa bandar besar.

Insya Allah, saya akan menulis secara lebih kerap tentang kenapa saya memilih subjek ini dan kenapa ia penting di dalam suasana kehidupan yang semakin mencabar terutama di dalam proses kita membangunkan potensi kemampuan kita.

bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang modul latihan yang saya kendalikan, sila hubungi talian berikut : 016-2488106

Tuesday, December 14, 2010

Program Latihan Membangunkan Kekuatan Minda

Klik Di SINI!
atau
DI SINI

Tarikh : 15 Jan 2011 (Sabtu)
Masa : 9.30am - 4.30pm
Lokasi : Kuala Lumpur

Pendaftaran : RM180.00
Sebelum 26hb Disember 2010 hanya perlu membayar RM150.00

Hubungi 016-2488106 untuk keterangan lanjut!

Sunday, December 12, 2010

Fisiologi Meditasi dan zikir oleh Dr. Danial



Artikel dipetik daripada buku Tip-tip Cemerlang daripada Quran yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin

Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada kesihatan manusia. Pada tahun 1967, Profesor Dr. Herbert Beson dari Fakulti Perubatan Harvard mendapati mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17 peratus lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta di dalam otak meningkat dengan jelas. 

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila individu itu berada pada saat yang amat menenangkan terutamanya semasa hampir terlena. Dr. Herbert Benson berpendapat, meditasi mampu meredakan tekanan dan menjadikan individu itu lebih tenang serta ceria.

Mengikut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Stroke pada tahun 2000, 60 orang rakyat Amarika berbangsa Negro yang menghidap penyakit arteriosklerosis iaitu pembuluh darah menebal disebabkan lemak disuruh melakukan meditasi selama enam hingga sembilan bulan. Kajian itu mendapati, lemak yang menyelimuti pembuluh darah menjadi nipis selepas selesai program meditasi itu.

Kajian ini melibatkan 90 orang pesakit kanser juga dilakukan. Mereka bermeditasi selama tujuh minggu. Kumpulan yang mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah sugul, resah dan marah berbanding kumpulan yang tidak bermeditasi.Tambahan daripada itu, individu yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang bermeditasi mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman. Kajian ini diterbitkan di dalam majalah Psychosomatic Medicine tahun 2000.

Mengikut pengkaji-pengkaji dari Maharisi School of Management yang berpusat di Fairfield, lowa, meditasi mengurangkan tekanan. Ini kerana kadar hormon stres yang bernama kortisol amat rendah di kalangan mereka yang suka bermeditasi.

Zikir yang dilakukan secara khuyuk boleh diibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam zikir yang dilakukan secara khusyuk terdapat unsur-unsur meditasi. Tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana zikir yang dilakukan oleh umat Islam adalah ibadah. Kalimat-kalimat zikir yang disebutkan adalah berdasarkan Quran dan sunah. Lebih daripada itu, mereka yang berzikir dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada tuhan.

Sumber : Portal PTS 

Sunday, December 5, 2010

Menjana Kekuatan Mental



Anda dijemput mengambil peluang menyertai workshop LENGKAP (sehari) bagaimana menjana dan meningkatkan kekuatan minda (Mind Power) yang dimiliki oleh semua individu.

Bimbingan yang bersifat ilmiah, imformatif dan pratikal ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Amar Mahmood.

Untuk maklumat lanjut. sila baca artikel di bawah!

Friday, December 3, 2010

Whole Brain Method (WBM) : Modul latihan lengkap tentang minda


Setelah sekian kali tertangguh dalam usaha saya membangunkan satu modul yang lengkap tentang salah satu subjek kegemaran saya, akhirnya bulan ini (disember 2010) saya berhasil untuk menjadikan ia satu kenyataan.

Bagi meraka yang sudah membaca kedua-dua buah buku saya, pasti mengenali diri saya melalui subjek KUASA MINDA. Malahan subjek ini sudah menjadi sebahagian branding saya setiap kali saya memperkenalkan diri saya di khalayak ramai mahupun di kalangan rakan-rakan yang mengenali saya.

Anehnya, walaupun saya kerap mengendalikan kursus tentang subjek ini di dalam kumpulan organisasi ataupun kumpulan yang tertentu, saya masih belum pernah mengendalikan modul yang lengkap tentang subjek Kekuatan Minda ini untuk masyarakat awam. Sebaliknya saya banyak mengendalikan subjek seperti terapi EFT, Pengurusan Stres dan Modul latihan bagi Pembangunan Kekuatan Emosi sebelum ini.

Jadi, program WBM ini ibarat saya melihat kembali jejak-jejak saya di dalam bidang latihan sebelumnya. Rancangan awalnya saya mahu mengendalikan modul latihan WBM ini awal 2011 nanti, sebagai sebahagian modul menyeluruh saya tentang subjek bidang tumpuan saya iaitu  Pembangunan Diri  (Personal Development). Tetapi kerana memikirkan kenapa saya perlu melengah-lengahkannya kala sudah banyak workshop tentang minda diadakah?

Maka tanpa fikir panjang selain berserah (let go) saya memulakan perancangan tahun 2011 lebih awal mengambil berkat perubahan kalender hijrah yang bakal menjelang tidak beberapa hari lagi ..Insya Allah (7hb Disember nanti).
Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman, orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 218)
Nota: Hijrah itu simboliknya adalah satu TITIK PERUBAHAN. Secara meluas, ia merangkami dan menjangkau  di dalam pelbagai aspek kehidupan kita termasuk perubahan di dalam diri kita sendiri.

Workshop WBM dibangunkan khusus memfokuskan tentang kekuatan otak dan minda sekaligus. Ia lebih bersifat ilmiah, informatif dan sudah tentu praktikal di dalam applikasi methodnya. WBM tidak menjadikan satu topik khusus seperti kekayaan atau kejayaan dalam pencapaian workshop tersebut. Dan inilah KUNCI perbezaan workshop ini.

Ia lebih bersifat HOLISTIK. Anda tentukan apa yang anda mahukan. Apa yang penting anda memahami secara falsafah, teori dan juga sudah tentu applikasinya. Saya mahu workshop ini menjadi landasan bagi peminat atau mereka yang mahu membangunkan potensi dan mengembangkan kemampuan diri memperolehi ilmu tentang potensi tersebut. Malahan ia mampu menjadi satu pencerahan dalam kita menyusuri perjalanan kita mencapai impian yang kita inginkan.

Saya berhajat memperkukuhkan workshop ini sebagai asas kepada Modul latihan tentang pembangunan Minda yang lengkap pada masa hadapan. Selepas itu barulah kita boleh menoleh jauh ke depan meninjau potensi diri yang lain atau yang lebih tepat adalah potensi diri yang lebih mendalam.

Saya menjemput anda menyertai latihan ini sebagai satu langkah anda melakukan perubahan sempena kedatangan Hijrah 1432H ini nanti. Saya secara peribadi yakin workshop ini mampu memberi manfaat besar buat anda!
 

Wednesday, December 1, 2010

Kenapa "Whole Brain Method"?



Ya….melalui workshop terkini yang akan saya kendalikan (sila klik banner di atas untuk maklumat lanjut), saya akan membimbing dan menunjukkan kepada anda rahsia dan kemampuan yang dimiliki oleh otak dan minda manusia.

Jika kebanyakan individu lebih kerap mengaktifkan kekuatan komponen tertentu yang dimiliki oleh otak, secara holistiknya; otak sebenarnya akan mencapai potensi yang terbaik saat ia digunakan secara seimbang atau dipanggil "whole brain synchronization".

Allah swt menciptakan manusia dengan sepasang tangan , sepasang kaki, sepasang mata dan pelbagai lagi ciptaan tubuh manusia yang mempunyai sepasang organnya. Otak juga tidak terkecuali mempunyai pasangannya. Iaitu dikenali sebagi otak kiri dan otak kanan.

Untuk mencapai kekuatan yang dimilikinya, otak perlulah dibangunkan kedua-dua belahannya. Cuba anda bayangkan bagaimana jika HANYA sebelah tangan sahaja digunakan ketika kita mengangkat sesuatu barang atau nagaimana jika kaki digunakan hanya sebelah kaki sahaja setiap kali kita berjalan?

Sudah tentu menggunakan kedua-duanya belah organ tersebut secara serentak lebih baik dan berkesan.

Begitu juga otak kita. Malahan, kebanyakan dari kita  menggunakan secara dominan hanya sebelah komponennya tanpa mengetahui kaedah dan teknik yang betul untuk mencapai keseimbangan otak tersebut. Malah kebanyakan kursus dan seminar tentang kuasa minda banyak tertumpu dan  menekankan potensi dan kemampuan otak yang tertentu tanpa menerangkan sisi otak yang lain.

Ini menyebabkan kebanyakan pengamal tidak mengetahui struktur dan komponen otak dengan baik. Malahan ia juga mampu memberi kesan negatif jika ketidakseimbangan pada otak berlaku.

Kerana itulah kita dapati masalah stres dan gangguan emosi banyak berlaku kepada manusia moden kerana ketidakseimbangan pada komponen otak mampu memberi kesan jangka masa panjang kepada kesihatan otak dan minda secara keseluruhannya. Malahan potensi otak juga tidak akan mencapai kekuatan sebenarnya.

Melalui modul latihan “Whole Brain Method” ini, saya menekankan tentang kepentingan kita mencapai keseimbangan otak supaya potensi yang dimiliki mampu dijana dan diperkasakan.

Peserta bukan hanya ditekankan kepada kaedah dan teknik membangunkan kedua-dua belahan otak, tetapi Anda juga akan didedahkan  dengan tips-tips mudah yang perlu diketahui supaya kesihatan otak dapat dipelihara, dan seterusnya prestasinya akan meningkat; justeru memberi implikasi positif terhadap kualiti dan perjalanan anda mencapai kejayaan dan kemakmuran.

Anda dijemput menyertai workshop ini yang julung kali menekankan pendekatan yang holistik dalam membangunkan kemampuan tidak terbatas otak dan minda Anda.

Sila klik pada banner (iklan) yang terdapat di atas untuk maklumat lanjut workshop ini!

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin