Thursday, October 11, 2012

Mengurus Stres di Tempat Kerja


Ramai Pekerja Hidapi Penyakit Akibat Stres -Maznah
KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenal pasti hilang pendengaran, penyakit kulit dan penyakit paru-paru sebagai penyakit berbahaya yang sering menghantui kalangan pekerja di abad ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata pekerjamenghidapi tiga penyakit itu akibat tekanan atau stres di tempat kerja.
"Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) juga telah mengenal pasti tekanan di tempat kerja sebagai satu bencana paling utama dan perlu ditangani dengan segera," katanya ketika berucap di majlis pelancaran Seminar Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Khamis.
Menurutnya penyakit hilang pendengaran disebabkan bunyi bising di tempat kerja mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 867 kes pada tahun lepas tetapi menurun 26 peratus berbanding 1,173 kes pada 2010 .
Beliau berkata mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-peraturanKilang dan Jentera (Pendedahan Bising), pekerja tidak boleh terdedah melebihi 90desibel secara berterusan atau melebihi had-had yang dinyatakan di dalam JadualPertama atau melebihi dos bising harian serta tiada pekerja boleh terdedahkepada paras bising melebihi 115 decibel pada bila-bila masa.
Menurut beliau sebanyak 102 kes penyakit kulit dilaporkan tahun lepas menurun empat peratus berbanding 106 kes pada 2010, manakala penyakit paru-paru mencatat 101 kes tahun lepas iaitu meningkat 37 peratus, berbanding 63 kes pada 2010.
Pekerja yang terdedah kepada bahan kimia, habuk kayu yang membawa kepada alahan atau keradangan kulit akan mengakibatkan penyakit kulit kepada pekerja, katanya.
Maznah berkata daripada 1,198 kes yang dilaporkan tahun lepas, sektorpengilangan mencatatkan bilangan penyakit dan keracunan pekerjaan disiasat paling banyak iaitu 559 kes diikuti sektor kemudahan (92 kes) dan sektor perkhidmatan awam (81 kes).
Beliau berkata rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial menunjukkan bilangan kes yang terlibat dengan bencana pekerjaan dan penyakit pekerjaan meningkat setiap tahun.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan pengamal bidang kesihatan perubatanmewujudkan persatuan khas bagi menjaga kebajikan pekerja selain meningkatkanusaha menerapkan ilmu pengetahuan, kepekaan tentang keselamatan kesihatanpekerjaan dan melaporkan kes bencana tempat kerja dan penyakit pekerjaan kepadaJKKP.
Seminar tersebut dianjurkan JKKP dengan kerjasama HKL dalam usaha mengurangkan kemalangan di tempat kerja melalui pendedahan mengenai hazad kesihatan selain mengenal pasti penyakit dan keracunan pekerjaan yang sering berlaku di tempat kerja.BERNAMA

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin