Sunday, May 26, 2013

Program Latihan Korporat yang lepas...

Program Pengurusan Stres & Emosi untuk UTeM (bulan Mac)


Program Pengurusan Stres & Emosi untuk UTeM (bulan Mei)

Seminar "KUASA MINDA Rahsia Transformasi Holistik" di UPM

Saturday, March 16, 2013

Program Latihan EFT dan Kuasa Minda

Assalam...

Saya merancang untuk mengendalikan 2 program latihan. Satu adalah program latihan Terapi EFT dan satu lagi Program pembangunan Kuasa Potensi Minda.

Program akan diadakan pada awal bulan Mei. Lokasi di Kuala Lumpur.

Bagi yang berminat boleh sm saya di talian 012-6990793.

Sekian.

Saturday, March 9, 2013

Artikel: Masalah Kemurungan


Wanita Disaran Jangan Ambil Mudah Masalah Kemurungan - Pakar Psikiatri
KUALA LUMPUR: Kaum wanita dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah masalah kemurungan kerana ia boleh memudaratkan diri jika dibiarkan tanpa mendapatkan rawatan, menurut seorang pakar psikiatri.
Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, berkata masalah kemurungan boleh dirawat namun ramai wanita di negara ini enggan atau keberatan untuk mendapatkan rawatan.
Golongan wanita perlu mengikis rasa malu untuk berjumpa pakar psikiatri kerana mereka takut dipandang rendah oleh masyarakat atau bimbang akan dipulaukan, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Kesihatan Mental Wanita' sempena Hari Wanita Sedunia di hospital berkenaan di sini, Sabtu.
Dr Nor Hamidah berkata berdasarkan statistik terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), 41.9 peratus wanita mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki iaitu 29.3 peratus.
Menurutnya masalah kemurungan bukan setakat rasa sedih malah ia boleh melarat kepada simpton lain seperti perasaan pesimistik dan mudah putus asa, hilang minat terhadap kerja, rasa 'lebih baik mati', dengar suara berbisik dan akhirnya mengundang perkara tidak diingini seperti mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Dr Nor Hamidah berkata tiga tahap kemurungan iaitu rendah, sederhana dan serius yang berpunca daripada pelbagai faktor termasuk perubahan hormon, perubahan hidup, masalah rumah tangga dan masalah tempat kerja.
"Bagi tahap permulaan, pesakit boleh mengikuti sesi kaunseling tetapi bagi kes sederhana dan serius, mereka perlu mengambil ubat untuk tempoh tertentu bergantung kepada tahap kepulihan pesakit," katanya.
Sebagai langkah mengatasi masalah kemurungan, beliau berkata wanita boleh mengamalkan cara hidup sihat seperti melakukan aktiviti riadah, mendekatkan diri dengan Tuhan, mempunyai ikatan yang baik antara keluarga dan rakan-rakan.
Ceramah berkenaan dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Wanita Hospital Gleneagles dikenali sebagai 'Women to Women Well-being Tea Talk', yang dilancarkan Mac tahun lepas.
Badan itu merupakan platform untuk kaum wanita mendapatkan sokongan emosi dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan mengenai isu-isu berkaitan kesihatan secara santai. -BERNAMA

Wednesday, March 6, 2013

Assalam...

Selepas sekian lama weblog ini sepi kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpanggil untuk mengaktifkan dan berkongsi informasi dan juga tulisan peribadi saya tentang kehidupan. Moga bermanfaat buat semua...

Thursday, October 11, 2012

Mengurus Stres di Tempat Kerja


Ramai Pekerja Hidapi Penyakit Akibat Stres -Maznah
KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenal pasti hilang pendengaran, penyakit kulit dan penyakit paru-paru sebagai penyakit berbahaya yang sering menghantui kalangan pekerja di abad ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata pekerjamenghidapi tiga penyakit itu akibat tekanan atau stres di tempat kerja.
"Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) juga telah mengenal pasti tekanan di tempat kerja sebagai satu bencana paling utama dan perlu ditangani dengan segera," katanya ketika berucap di majlis pelancaran Seminar Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2012 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Khamis.
Menurutnya penyakit hilang pendengaran disebabkan bunyi bising di tempat kerja mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 867 kes pada tahun lepas tetapi menurun 26 peratus berbanding 1,173 kes pada 2010 .
Beliau berkata mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-peraturanKilang dan Jentera (Pendedahan Bising), pekerja tidak boleh terdedah melebihi 90desibel secara berterusan atau melebihi had-had yang dinyatakan di dalam JadualPertama atau melebihi dos bising harian serta tiada pekerja boleh terdedahkepada paras bising melebihi 115 decibel pada bila-bila masa.
Menurut beliau sebanyak 102 kes penyakit kulit dilaporkan tahun lepas menurun empat peratus berbanding 106 kes pada 2010, manakala penyakit paru-paru mencatat 101 kes tahun lepas iaitu meningkat 37 peratus, berbanding 63 kes pada 2010.
Pekerja yang terdedah kepada bahan kimia, habuk kayu yang membawa kepada alahan atau keradangan kulit akan mengakibatkan penyakit kulit kepada pekerja, katanya.
Maznah berkata daripada 1,198 kes yang dilaporkan tahun lepas, sektorpengilangan mencatatkan bilangan penyakit dan keracunan pekerjaan disiasat paling banyak iaitu 559 kes diikuti sektor kemudahan (92 kes) dan sektor perkhidmatan awam (81 kes).
Beliau berkata rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial menunjukkan bilangan kes yang terlibat dengan bencana pekerjaan dan penyakit pekerjaan meningkat setiap tahun.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan pengamal bidang kesihatan perubatanmewujudkan persatuan khas bagi menjaga kebajikan pekerja selain meningkatkanusaha menerapkan ilmu pengetahuan, kepekaan tentang keselamatan kesihatanpekerjaan dan melaporkan kes bencana tempat kerja dan penyakit pekerjaan kepadaJKKP.
Seminar tersebut dianjurkan JKKP dengan kerjasama HKL dalam usaha mengurangkan kemalangan di tempat kerja melalui pendedahan mengenai hazad kesihatan selain mengenal pasti penyakit dan keracunan pekerjaan yang sering berlaku di tempat kerja.BERNAMA

Tuesday, February 28, 2012

Rahsia Minda Jutawan terus diulangcetak...

Alhamdulillah, buku pertama saya RAHSIA MINDA JUTAWAN masih terus diulangcetak biar telah berusia 5 tahun.

Sumber : Blog PTS Publication
Judul Ulang Cetak 
1. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab 15000
2. Dahsyatnya Taubat nasuha  1500
3. Fahami Bacaan Dalam Solatmu 2000
4. Rahsia Minda Jutawan 1000
5. How Successful People Think 1500
6. Rahsia Pengurusan Warren Buffett 1000
7. Akukah Snow White Itu? 2000
8. Misteri Jodoh 2000
9. Skateboard Dan Susu 1000
10. Perang-Perang Yang Benar 2000
11. 30 Wasiat Imam Syafie 1500
12. Islam The Misunderstood Religon 2000
13. Terpelanting Dari Siratulmustakim 2000
14. Indahnya Malam Pengantin 1000
15. For One More Day 1000
16. Munajat Malam 2000
17. Act Like A Lady Think Like A Man 1000
18. Aura Penyembuhan Reiki 1000
19. Solat Khusyuk Solat S.M.A.R.T 1500
20. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha 2000

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin