Friday, March 25, 2011

Kompleks Falak Al Khawarizmi


Hari ini saya berada di sebuah Komplek yang dikenali sebagai Kompleks Falak Al Khawarizmi yang terletak di Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka.

Saya berada di sini atas urusan program latihan bagi sebuat institusi pendidikan -UTeM.

Menariknya tempat ini kerana kompleks ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kompleks ini yang mungkin tidak diketahui oleh ramai individu dan masyarakt umum. Terutana bagi peminat subjek astrologi, kompleks ini menawarkan dan menyediakan maklumat dan informasi berguna untuk di jadikan renungan dan panduan.

Berikut adalah Objektif yang ditandakan oleh kompleks ini:-
  1. Memupuk kesedaran akan kepentingan ilmu falak terhadap masyarakat 
  2. Menyokong dan menjana usaha-usaha ke arah menggalakkan perkembangan ilmu falak 
  3. Membantu perkembangan ilmu falak kepada masyarakat menerusi aktiviti pelancongan 
  4. Membantu perkembangan ilmu falak melalui penyelidikan terhadap aspek-aspek falak yang mempunyai hubungkait dengan ibadah dan kehidupan 
 Maklumat lanjut tentang kompleks ini boleh anda perolehi dengan melawat web berikut : Klik di sini

Tuesday, March 22, 2011

Jemputan Untuk Alumni EFT

Berikutan beberapa pertanyaan dari peserta (Alumni EFT) yang pernah mengikuti Workshop EFT kendalian saya sebelum ini, saya dengan senang hati ingin menjemput Tuan/Puan/Para Alumni EFT untuk hadiri Workshop Intensif EFT yang akan dipada 23hb April nanti di KL. 

Alumni akan diberi diskaun 'refresh' dengan yuran yang sangat berbaloi. Alumni akan dapat berkongsi pengalaman, maklumat terkini dan informasi yang berguna untuk mendalami lagi terapi atau kaedah EFT. Apatah lagi, evolusi teknologi "brain-heart" yang semakin berkembang pesat dewasa ini.

Sila hubungi 016-2488106 atau sms dengan menyertakan maklumat diri supaya saya dapat memberi butiran lanjut diskaun tersebut.

Sekian.

Amar Mahmood
QALBU Research Center
AL QUDRAH Training & Consultancy

Sunday, March 20, 2011

Jadual Workshop Emotional Freedom Technique (April 2011)

Berikutan pertanyaan tentang program latihan yang saya kendalikan, di bawah ini adalah jadual latihan yang akan dijalankan.

1. Workshop Intensif EFT (Terapi Meridian Energi Minda-Emosi)
Tarikh : 9hb April 2011 (Sabtu )
Masa : 9.30am-4.30pm
Lokasi : Johor Baharu (JB)

2. Workshop Intensif EFT
Tarikh : 23hb April 2011 (Sabtu)
Lokasi : Kuala Lumpur
9-1 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati 
Kuala Lumpur

Yuran : RM180.00
(Untuk tujuan pendaftaran dan pembayaran, Tuan/Puan boleh baca maklumat di sini)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016-2488106.

Amar Mahmood
Jurulatih Pembangunan Diri
AL QUDRAH Training & Consultancy
QALBU Research Center

Saturday, March 19, 2011

Berita Harian : Terapi Ketukan Jari

Terapi ketukan jari
Oleh Syadiah Iberahim
bminggu@bharian.com.my
2011/03/20


Kaedah pacu potensi diri kian diminati

KEJAYAAN tidak datang bergolek jika tanpa usaha. Namun, andai usaha masih tidak membuahkan hasil, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Silap jika ada yang menganggap kejayaan hanya berteraskan kecerdikan atau IQ semata-mata kerana tanggapan sedemikian boleh mengundang tekanan perasaan dan menjadi faktor terbesar menghalang perkembangan potensi diri individu.
Lalu apakah pilihan yang ada? Sudah pasti, ini berkait rapat dengan aspek pembangunan diri dan tidak hairanlah, semakin ramai yang tampil mendapatkan bantuan sama ada menerusi bengkel atau mengikuti kursus motivasi.

Jurulatih Program Pembangunan Diri dan Kepemimpinan Al-Qudrah Training & Consultancy, Amar Mahmood, 38, berkata stres tidak hanya mempengaruhi pembangunan diri individu, malah menjadi penghalang individu mencapai kejayaan.

“Pembangunan minda dan pembangunan emosi adalah dua elemen penting yang mendorong dan menentukan kejayaan seseorang. Selain minda, emosi turut berperanan sebagai elemen penting dalam menentukan hala tuju dan pembangunan diri. Ini yang selalu ditekankan dalam bengkel yang kami kendali bertujuan untuk melihat dan membawa kesedaran tentang pembangunan diri dalam skop yang lebih luas bukan sekadar motivasi,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Penulis buku ‘Rahsia Minda Jutawan dan graduan ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), ini juga sanggup melepaskan jawatan sebagai Pengurus cawangan institusi kewangan bertaraf antarabangsa kerana mahu berkongsi minat serta ilmu berhubung pembangunan diri individu ini.
Malah beliau berasa puas apabila melihat semakin ramai yang mulai sedar kepentingan pembangunan diri yang bukannya bertumpu aspek fizikal semata-mata, tetapi menajamkan kemahiran midan.

Lebih membanggakannya, majoriti mereka yang tampil mengikuti bengkel pembangunan diri ini adalah usahawan, pelajar institusi pengajian tinggi serta pekerja.

“Bengkel ini menekankan aspek ‘holistik’ iaitu pembangunan diri secara menyeluruh kerana mereka mungkin memfokus aspek motivasi dan ceramah tetapi tidak kepada latihan membimbing yang berbentuk terapi diri. Menyeluruh bermaksud mencakupi bidang kesihatan, emosi, kerjaya dan sebagainya.

“Menerusi kaedah ini, mereka akan berinteraksi dengan jurulatih dan perlu menceritakan apa sebab-sebab yang menjadi masalah kepada mereka untuk mencapai kejayaan. Jika sudah dikenal pasti, minda mereka akan diprogramkan serta pemikiran yang negatif, emosi yang risau dan takut akan di permudahkan melalui teknik yang akan digunakan,” katanya.

Salah satu teknik yang juga paling popular dalam bidang psikologi dunia, adalah Emotional Freedom Technique (EFT) dan Meridian Tapping Technique (MTT) iaitu gabungan akupuntur China dan Barat yang tidak menggunakan jarum tetapi jari.

Teknik ini dilakukan dengan melakukan ketukan jari (MTT) pada bahagian titik meridian iaitu bahagian-bahagian tertentu di dada dan muka selain melepaskan emosi menerusi ucapan kata-kata negatif yang menghalang mereka mencapai matlamat kejayaan.

“Keberkesanannya boleh dilihat serta merta atau beberapa hari jika diamalkan setiap hari kaedah ini. Dengan teknik EFT, mereka akan lepaskan kata-kata negatif yang menjadikan mereka stres yang memprogramkan semula minda. Keadaan menjadi lebih positif dan ini sendiri dinamakan pembangunan diri.

“EFT asalnya diperkenalkan bagi tujuan perubatan iaitu untuk pesakit kanser dan trauma kerana menyentuh aspek emosi dan kemudian dibangunkan untuk pembangunan diri dan skopnya sangat luas untuk sukses.”

Katanya, menerusi bengkel itu, peserta diajar secara praktikal untuk melakukan kaedah ini, termasuk ketika berdepan kesukaran.

“Di Malaysia, setakat ini tiada lagi Bumiputera yang mengajar menggunakan kaedah ini, kalau ada kosnya mungkin sangat tinggi dan menggunakan bahasa inggeris yang sukar difahami sesetengah peserta.

Berikutan bayaran pendaftaran yang tinggi untuk seminar seperti ini, beliau mengambil inisiatif untuk membangunkan kaedah ini khusus untuk golongan Bumiputera mempelajari dan mempraktikkan selain tidak perlu peruntukan yang lebih untuk mengikuti bengkel yang dianjurkannya.

“Ada seorang peserta yang juga pesakit strok. Beliau mendakwa penyakitnya kini beransur pulih hasil daripada teknik yang diamalkan ini,” katanya.

INFO: Antara teknik Al-Qudrah Training & Consultancy
  • Kemampuan Otak Kiri & Otak Kanan

  • Bagaimana mencapai keseimbangan ota

  • Latihan meningkatkan kemampuan otak

  • Kaedah berkomunikasi dengan minda sedar & separa sedar 


  • Friday, March 18, 2011

    Molekul Air

    Kajian Masaru Emoto membuktikan bagaimana 'message' yang disebut pada air akan menukar atau membentuk molekul-molekul air berdasarkan perkataan atau dalam kata esensinya adalah 'intention' yang kita berikan kepada air tersebut.

    Berikut adalah bentuk molekul air berdasarkan perkataan yang disebut.
    Cuba anda bayangkan, setiap kali kita membaca Bismillahirrahman nir rahim ke atas air yang ingin kita minum.....






    Pasti molekul-molekul air yang terbentuk adalah cantik dan bagus ke atas tubuh badan kita.

    Wednesday, March 16, 2011

    Simpati Buat Jepun...


    Saat ini Jepun dilanda musibah. Selepas gempa bumi, tsunami dan kini ancaman radiasi nuklear. Kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat seluruh penduduk yang terlibat di sana.

    Pengalaman ini patut menjadi iktibar dan renungan buat seluruh pemimpin dan penduduk dunia. Bagaimana ketamakan ahli kapitalis sentiasa memberi impak besar kepada seluruh penduduk dunia.

    Buat Jepun.....Moga kegigihan dan ketabahan kamu, memberikan kembali sinar keceriaan dan kesejahteraan anda di sana.

    Wednesday, March 9, 2011

    Lokasi Workshop EFT di KL (April 2011)


    Workshop EFT Intensif  pada 23hb April 2011 nanti akan dijalankan di Pusat Latihan yang terletak di:-

    9-1 Jalan Wangsa Setia 3
    Wangsa Melawati 
    Kuala Lumpur


    Friday, March 4, 2011

    Maklumat Workshop EFT

    Workshop Intensif EFT
    Teknik & Kaedah Pengembangan Diri Yang Mudah UNTUK Mengatasi masalah EMOSI, “Memecah” Halangan Minda, Membangunkan POTENSI MINDA DAN HATI dan Meningkatkan TARIKAN AURA DIRI  yang Kerap menjadi PUNCA UTAMA KEGAGALAN Anda mencapai Setiap Impian!
    EFT adalah...
    …..sangat mudah dipelajari (dijamin peserta mampu mempraktiskannya selepas workshop)
    …..sangat mudah digunakan (hanya beberapa minit sahaja )
    …..praktikal dan saintifik ( tidak melibatkan sebarang ritual atau applikasi yang mengarut)
    …..berkesan dan kekal impaknya.
    …..mampu memberi harapan baru dikala kebanyakan teknik lain tidak berkesan.
    …..dan banyak lagi……

    Workshop EFT Intensif ini adalah sebahagian dari modul latihan bagi mereka yang berminat untuk mendalami teknik dan terapi terkenal di dunia pembangunan diri iaitu Emotional Freedom Technique ATAU dikenali sebagai EFT.

    Walaupun EFT diasaskan bagi menangani pelbagai masalah kesihatan fizikal dan emosi, kejayaan luar biasa modaliti ini telah terbukti terutama dalam membangunkan POTENSI diri seseorang individu.

    Workshop ini dibangunkan khusus bagi mereka yang mencari dan ingin mencapai kejayaan dan kemakmuran di dalam kehidupan.

    Siapa Yang Sepatutnya Menyertai Workshop ini?
    - Mereka yang sudah mengikuti pelbagai kursus atau seminar motivasi dan pembangunan diri TETAPI masih gagal dan sukar menmperolehi apa yang mereka inginkan.
    - Individu yang mempunyai masalah kepercayaan, keyakinan diri dan rendah harga diri.
    - Individu yang kerap mempunyai pemikiran dan emosi yang negatif.
    - Mereka yang ingin mengenal diri dan meningkatkan ilmu serta pengetahuan tentang POTENSI DIRI.
    - Trainer, Juruterapi dan Penyembuh (Healer) bagi meningkatkan pemahaman isu psikologi dan masalah psikosomatik.
    - Mereka yang ingin melengkapkan teknik atau modaliti yang lain seperti NLP, MindPower, Reiki dan sebagainya.
    - Individu yang mempunyai Impian dan cita-cita untuk berjaya baik dalam kerjaya, pendidikan mahupun pencapaian personal.


    Peserta akan dibimbing untuk :-
    Memahami pembangunan diri secara holistik.
    Mengenal kemampuan minda, emosi dan kerohanian.
    Memahami sistem tenaga tubuh dan alam semesta (Universal Law).
    Meningkatkan kemampuan EQ dan SQ.
    Menangani dan mengurus stres dan pelbagai masalah emosi yang lain.
    Mengawal Fobia dan Ketakutan.
    Mengurangkan kesakitan fizikal.
    Menghapuskan "limiting belief", pemikiran negatif dan gangguan kepercayaan yang sering menjadi halangan kepada kejayaan.
    Meningkatkan Potensi dan Pengembangan Personal
    Meningkatkan ketenangan dan kedamaian dalaman (Inner harmony)
    Membantu keluarga dan rakan-rakan yang mengalami masalah seperti di atas
      

    LOKASI DAN TARIKH:

    1. Tarikh : 09hb April 2010 (Sabtu)
    Masa : 9.30am-430pm
    Lokasi : Johor Baru (JB)
    Yuran :  RM180.00



    2. Tarikh : 23hb April 2011
    Lokasi : Kuala Lumpur

    Sila hubungi 016-6990793 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

    Untuk tujuan PENDAFTARAN, Sila uruskan pembayaran anda melalui:-
     
    Bank : MAYBANK – 1540-1738-3350
    Akaun : Amar Mahmood
    Kemudian hantarkan nama dan detail bayaran anda melalui sms ke :- 012-6990793
    Jurulatih : Amar Mahmood

    Jadual Workshop : EFT Intensif


    Berikut adalah jadual latihan terkini utnuk WORKSHOP EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE atau dikenali sebagai Terapi Meridian Energi EFT.

    1. Tarikh : 9hb April 2011 (9.30am-4.30pm)
        Termpat : Johor Baru (JB)
        Yuran : RM180.00

     2. Tarikh : 23hb April 2011 (9.30am-4.30pm)
         Tempat : Kuala Lumpur
         Yuran : RM180.00

    Hubungi 012-6990793 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

    Wednesday, March 2, 2011

    Pengumuman

    Kerana beberapa masalah teknikal, saya terpaksa menunda program EFT yang sepatutnya saya kendalikan pada 12hb Mar nanti. Saya mohon maaf atas kelewatan memberitahu informasi ini.

    Bagaimanapun bagi memenuhi permintaan individu yang sepatutnya mengikuti program tersebut, saya akan mengendalikan program tersebut pada awal April nanti.

    Saya akan memberi tarikh tersebut apabila tempat latihan tersebut mendapat pengesahan nanti.

    Ssalam sejahtera buat semua.

    Jemputan Program Latihan

    Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

    Sekian, Terima Kasih
    Admin