Hari ini saya berada di sebuah Komplek yang dikenali sebagai Kompleks Falak Al Khawarizmi yang terletak di Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka.
Saya berada di sini atas urusan program latihan bagi sebuat institusi pendidikan -UTeM.
Menariknya tempat ini kerana kompleks ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kompleks ini yang mungkin tidak diketahui oleh ramai individu dan masyarakt umum. Terutana bagi peminat subjek astrologi, kompleks ini menawarkan dan menyediakan maklumat dan informasi berguna untuk di jadikan renungan dan panduan.
Berikut adalah Objektif yang ditandakan oleh kompleks ini:-
- Memupuk kesedaran akan kepentingan ilmu falak terhadap masyarakat
- Menyokong dan menjana usaha-usaha ke arah menggalakkan perkembangan ilmu falak
- Membantu perkembangan ilmu falak kepada masyarakat menerusi aktiviti pelancongan
- Membantu perkembangan ilmu falak melalui penyelidikan terhadap aspek-aspek falak yang mempunyai hubungkait dengan ibadah dan kehidupan
No comments:
Post a Comment