Friday, May 27, 2011

Program Latihan Intensif EFT : Jun 2011

Hebahan Umum :

Program Latihan Intensif Terapi berasaskan aliran Psikologi Energi iaitu Kaedah Emotional Freedom Technique (EFT) atau kini mula dipanggil sebagai Meridian Tapping Technique (MTT) akan dijalankan pada :-

Tarikh : 25hb Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 930am-430pm
Lokasi : Kuala Lumpur
Yuran  : RM 200.00

Program akan dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Amar Mahmood. Beliau yang berpengalaman di dalam bidang 'Holistic Healing' dan psikologi ini akan berkongsi dan mendedahkan teknik yang terkenal di dalam pelbagai bidang terutama dalam menangani isu minda (juga mindset), emosi dan spiritual ini secara mendalam meliputi praktikal dan applikasi di dalam pelbagai situasai.

Hubungi : 016-2488106 untuk maklumat lanjut.



Anjuran :-
AL QUDRAH Training & Consultancy
QALBU Research Center

Tuesday, May 10, 2011

Pengurusan Stres & Emosi Untuk Organisasi -Mei 2011


Ketika mengendalikan program organisasi anjuran Kanida-Q Management hari ini (10.05.11), saya ditanya apakah sebab saya menekankan perkataan "Stres & Emosi" di dalam program tersebut. Katanya kebanyakan program pengurusan stres hanya menekankan subjek tekanan (stres) itu sahaja.

Penjelasan saya mudah, stres itu adalah simptom...manakala emosi itu adalah 'root' atau akar kepada simptom tersebut. Kalau kebanyakan program menekankan kaedah mengurus simptom (stres), saya pula menekankan kaedah dan method mengurus Emosi.

Nampak sama TETAPI berbeza pendekatannya.

Friday, May 6, 2011

Sistem Kepercayaan (Belief System) : Melangkaui Realiti

Di dalam dunia psikologi dan pembangunan diri, kebanyakan jurulatih dan motivator bersetuju bahawa sistem kepercayaan dan mindset yang dimiliki oleh setiap individu terbentuk semenjak kita masih bayi atau semas kita berusia beberapa hari lagi.

Maksudnya, kepercayaan dan pemikiran yang terbentuk adalah berdasarkan realiti atau pengalaman yang kita lalui dan perolehi samada kita sedar atau kita tidak sedar.

Tetapi dari hari ke sehari, saya percaya bahawa pemikiran dan mindset yang kita miliki ini juga sebenarnya ada yang kita warisi dari keturunan kita sebelumnya atau dari datuk nenek moyang kita puluhan atau ratusan tahun dahulu.

Bagaimana ia diwarisi..? Ya dari genetik atau DNA kita.

Logo AL QUDRAH


Hijau : Lambang "Pembangunan Diri" (Growth). Juga warna 'Brain" & "Heart".
Merah : Tanda - Kuasa, Motivasi, Sukses dan Energi.
Pokok : Lambang "tumbuh dan berkembang". Simbol ilmu, pembangunan diri, penulisan, latihan dan mengajar.

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin