Ketika mengendalikan program organisasi anjuran Kanida-Q Management hari ini (10.05.11), saya ditanya apakah sebab saya menekankan perkataan "Stres & Emosi" di dalam program tersebut. Katanya kebanyakan program pengurusan stres hanya menekankan subjek tekanan (stres) itu sahaja.
Penjelasan saya mudah, stres itu adalah simptom...manakala emosi itu adalah 'root' atau akar kepada simptom tersebut. Kalau kebanyakan program menekankan kaedah mengurus simptom (stres), saya pula menekankan kaedah dan method mengurus Emosi.
Nampak sama TETAPI berbeza pendekatannya.
No comments:
Post a Comment