Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Rahsia Minda Jutawan terus diulangcetak...

Alhamdulillah, buku pertama saya RAHSIA MINDA JUTAWAN masih terus diulangcetak biar telah berusia 5 tahun.

Sumber : Blog PTS Publication
Judul Ulang Cetak 
1. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab 15000
2. Dahsyatnya Taubat nasuha  1500
3. Fahami Bacaan Dalam Solatmu 2000
4. Rahsia Minda Jutawan 1000
5. How Successful People Think 1500
6. Rahsia Pengurusan Warren Buffett 1000
7. Akukah Snow White Itu? 2000
8. Misteri Jodoh 2000
9. Skateboard Dan Susu 1000
10. Perang-Perang Yang Benar 2000
11. 30 Wasiat Imam Syafie 1500
12. Islam The Misunderstood Religon 2000
13. Terpelanting Dari Siratulmustakim 2000
14. Indahnya Malam Pengantin 1000
15. For One More Day 1000
16. Munajat Malam 2000
17. Act Like A Lady Think Like A Man 1000
18. Aura Penyembuhan Reiki 1000
19. Solat Khusyuk Solat S.M.A.R.T 1500
20. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha 2000

Monday, September 26, 2011

Rahsia Minda Jutawan (Ulang cetak)

Senarai Judul yang Sudah Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Young Aisyah The Series ed. Hard Cover (5000)
2. The Best Of Dear Yayah The Comics (9704)
3. Jihan Yang Solehah (5000)
4. Aku Mahu Lawan Hantu (5000)
5. Aku Mahu Saiz XL (5000)
6. Dahsyatnya Taubat Nasuha (2000)
7. Akukah Puteri Itu?     4987
8. Panduan Memborong Di China (2000)
9.  Timah Cermin (3000)
10. Kuasa Sukses (3000)
11. Sherlock Holmes- Trilogi Novel Penyiasatan (744)
12. Sebarkan Cinta-Mu (3000)
13. Bencana Akhir Zaman (5000)
14. Kaedah Jibril (2000)
15. Koleksi Pantun Untuk Kanak-Kanak (3000)
16. Urus Sendiri SOHO Anda (2000)
17. Opera Di Gontor (2000)

Judul Ulang Cetak
1. Aku, Dia & Gaun Pengantin (2000)
2. Komik-M: Shootz! Berani Kerana Benar (2000)
3. Komik-M: Shootz! Kelahiran Semula Jaguh (2000)
4. 101 Idea Bisnes Home (500)
5. Rahsia Minda Jutawan (500)
6. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab (5000)
7. Quranic Super Healing (1000)

Sumber : Blog Universiti Terbuka PTS

Tuesday, August 23, 2011

Apabila banyak buku yang belum dibaca...


Satu tabiat saya adalah "membeli-belah" buku di pelbagai kedai buku yang memang menjadi tempat saya melepaskan penat seharian bekerja. Selalunya di dalam seminggu, saya akan melakukan aktiviti melawat kedai buku. Malahan, setiap kali saya keluar dari Melaka samada berjalan-jalan ataupun untuk aktiviti program latihan, salah satu tempat wajib saya adalah kedai buku.

Isteri saya mengatakan saya ada ciri seorang "bibliophilia" (katanya secara bergurau). Orang yang sudah 'ketagih' (tolong betulkan jika saya salah) membeli, mengumpul dan membaca buku.

Apabila masuk sahaja ramadhan, isteri saya akan mula berleter tentang rak-rak buku dan koleksi buku yang melimpah dan kadang kala tidak tersusun. Beliau agak cerewet tentang susun atur barangan di rumah (saya pula tidak suka buku-buku saya tertutup atau di simpan di dalam almari. Saya suka buku yang mudah dicapai dan mudah saya cari). Maka, saya terpaksa mengemaskan dan menyusun semula buku-buku tersebut bersama anak-anak yang juga nampaknya mengikuti jejak langkah bapanya.

Semasa mengemas itu baru saya perasan betapa banyaknya buku-buku yang masih belum sempat saya baca. Lihat gambar di atas...itu HANYALAH buku-buku yang saya beli sebelum ramadhan dan belum habis atau sempat dibaca lagi. Itu belum dikira yang bulan-bulan sebelumnya......

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel:
Alam pelik penggila buku
Oleh Hafizahril Hamid


SEBUAH kedai buku yang dihias dengan penuh kreatif mampu menarik pembaca dari pelbagai golongan dan latar belakang.



BUKU walau apa pun isi kandungannya sedikit sebanyak ia umpama pengetahuan yang perlu di baca sehingga habis untuk mendapat manfaatnya.

Walau apa pun genrenya dari novel ke falsafah, agama, ekonomi, sastera dan pelbagai lagi, tidak dinafikan ilmu yang diperolehi begitu besar sehingga ia mampu mengubah dunia. Malah ada yang menggelar buku adalah kuasa.

Sesungguhnya jasa buku terlalu banyak dalam kehidupan manusia sehinggakan tidak keterlaluan untuk menyatakan kehidupan kita sekarang ini yang jauh lebih baik berbanding 5, 50, 500 atau mungkin 5000 tahun dahulu adalah hasil usaha dari buku-buku yang dihasilkan manusia sendiri.
Bersesuaian dengan perubahan zaman, kita sendiri boleh menyaksikan bahawa semakin banyak buku yang dihasilkan maka semakin maju tamadun manusia.

Maka seharusnya semakin maju tamadun itu pastinya semakin bijak atau cerdik manusia itu sendiri. Namun bagaimana manusia itu menggunakan kebijaksanaan itu adalah satu perkara lain kerana kebijaksanaan itu tidak membawa maksud mereka tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun dari satu sudut, terdapat juga buku yang nilainya hanya layak dicampak ke tong sampah kerana isi kandungannya yang keterlaluan sifatnya seperti pengisahan kisah lucah, pornografi, pembohongan dan pelbagai lagi.

Namun secara umumnya terlalu banyak buku yang mempunyai nilai dan faedah yang tinggi pengetahuannya, yang mampu membuka minda dan kepompong pemikiran kita ke arah yang lebih baik.
Jadi secara umumnya, manusia itu akan berkelakuan lebih baik dan berhemah jika mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi hasil dari pembacaan buku yang pelbagai.

Impak
 Namun bagaimana pula maknanya menjadi seorang penggila buku. Sama ada kita sedar atau tidak sejak abad ke 19 dan kini memasuki abad ke 20 terlalu banyak impak yang memberi signifikan nyata melalui ilmu pengetahuan yang diperoleh dari buku-buku yang dihasilkan.

Seharusnya kita perlu berterima kasih kepada para penggila buku iaitu mereka yang begitu ghairah membaca, mengumpul dan kemudian menghasilkan pelbagai buku yang akhirnya bertanggungjawab membina dunia yang wujud sekarang.

Alasannya mudah kerana melalui pembacaan selain pembelajaran, maka seseorang akan cuba mencari kebenaran, maka beliau perlu lebih lagi membaca dan akhirnya akan menulis pula buku mengenai kebenaran yang dijumpainya.

Berkembang
Sebagai contoh bagi mereka yang gemar membaca buku mengenai perundangan atau ekonomi. Sudah terlalu banyak buku mengenai dua bidang ini ditulis dan ia akan berterusan ditulis mungkin sehingga kiamat.
Rata-rata mereka yang menulis mengenai perkara ini pernah membaca karya penulis lain dan ia semakin berkembang melalui pemahaman yang diperolehi.

Namun tidak ada satu pun buku yang boleh kita tafsirkan sebagai paling betul kerana ia akhirnya dinilai berdasarkan kesesuaian dan kehendak. Paling tidak pun ia membantu kita dalam beberapa urusan yang berkaitan namun seperti mana ilmu itu sendiri ia akan senantiasa berkembang tanpa ada batasan.

Dalam memperihalkan mengenai kaki buku, mereka ini boleh kita katakan antara insan terpilih kerana bukan semua di antara kita mampu untuk menjadi seperti mereka.

Bayangkan mereka ini umpama perpustakaan bergerak kerana hampir semua persoalan mampu dijawab secara spontan tanpa perlu dirujuk pada mana-mana buku dan orang tertentu terlebih dahulu.

Bibliomania
Namun menurut definisi Barat, kaki buku atau digelar sebagai bibliophilia yang maksudnya gemar membaca, mengagumi dan mengumpul buku.

Namun jangan tersilap antara bibliophilia dan bibliomania kerana maksud perkataan ini lebih kepada penyakit dihidapi seseorang yang begitu menggilai buku secara keterlaluan sehingga mungkin boleh membahayakan diri dan orang lain.

Walaupun sukar untuk kita menerimanya namun menurut Dr. John Ferriar yang mengkaji bidang ini, secara psikologinya mereka ini tidak merbahaya tetapi mungkin boleh bertindak di luar batasan jika buku yang dimahukan terpaksa direbut dengan orang lain.

Selain bibliomania terdapat beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan gila buku antaranya bibliophagy yang dikaitkan dengan seseorang yang sanggup makan buku, bibliokleptomania iaitu seseorang yang mencuri buku secara kerap dan bibliotaphy yang berkaitan dengan kegilaan seseorang yang sanggup menanam buku.

Penyakit
Antara mereka yang pernah dikaitkan dengan penyakit-penyakit di atas adalah Stephen Carrie Blumberg yang pernah ditangkap kerana memiliki buku curi sebanyak 23,600 naskah.

Lebih hebat lagi buku-buku ini dicuri di lebih 268 muzium dan universiti di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada dan hampir kesemuanya adalah koleksi buku yang sangat jarang dilihat dan begitu berharga.
Blumberg yang ditahan pada 1990 telah dijatuhkan hukuman penjara 71 bulan dan denda AS$200,000 (RM600,000). Lebih mengagumkan nilai buku yang dicurinya mencecah AS$5.3 juta (RM15.9 juta) dan dianggap sebagai kecurian buku paling besar dalam sejarah dunia.

Satu lagi contoh bibliomania adalah Sir Thomas Phillipps (1792 - 1872) yang memiliki lebih 160,000 koleksi buku dan manuskrip. Berasal dari keturunan bangsawan namun akhirnya beliau sekeluarga terpaksa hidup berhutang keliling pinggang kerana terlalu gilakan buku-buku lama.

Termuda
 Dunia pernah dikejutkan apabila seorang wanita berusia 18 tahun telah mencipta sejarah sebagai profesor termuda dunia pada 2008. Alia Sabur yang berasal dari New York dilantik menjadi profesor matematik di Universiti Konkuk di Seoul, Korea Selatan tetapi hanya kekal di sana selama setahun.

Namun satu perkara menarik tentang beliau adalah kegilaannya membaca sejak dari kecil malah dikatakan mula membaca sejak berusia lapan bulan! Alia mengakui gemar membaca namun lebih meminati bidang matematik sejak kecil. Selain mempunyai wajah yang jelita beliau juga berjaya memperoleh tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri Tae Kwan Do hanya pada usia lapan tahun.

Kegilaan
Antara nama-nama besar lain yang dikenali dengan kegilaan mereka terhadap buku adalah bekas Presiden AS seperti Thomas Jefferson, ahli falsafah terkenal Adam Smith, bekas Perdana Menteri United Kingdom William Ewart Gladstone dan pencipta watak James Bond, Ian Fleming, sekadar menyebut beberapa nama.

Selain itu terdapat juga kelab bagi mereka yang gilakan buku seperti Oxford University Society of Bibliophiles yang ditubuhkan pada 1950, Caxton Club yang diasaskan pada 1895 di Chicago, The Club of Odd Volumes yang diasaskan pada 1887 di Boston dan Grolier Club yang ditubuhkan pada 1884 di New York City.

Namun bersesuaian dengan zaman, mungkin buku akan hanya tinggal naskah lusuh tetapi mempunyai nilai tinggi dan berharga dengan kehadiran gajet buku canggih seperti eBooks, iPad dan kindle.

Namun waima apa pun kegilaan terhadap buku ini tidak akan mati tanpa mengira zaman walaupun ia sekadar peralatan canggih yang berfungsi di hujung jari.


Tips : Sepuluh penulis terkaya dunia

Sepuluh penulis terkaya dunia
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2011/02/15

Karya mereka diterjemahkan ke bahasa asing, difilemkan

KERJA menulis sebenarnya memberi pulangan lumayan jika kena pada caranya dan apatah lagi jika novel seseorang pengarang itu berjaya menduduki carta jualan laris di pasaran sehingga difilemkan pula.

Walaupun mungkin ada sebahagian penulis menyifatkan karya seni bukanlah berbumbukan wang atau ‘aku menulis bukan kerana nama’, namun pulangan yang lumayan menjadikan ramai penulis terutama di luar negara meletak jawatan dan memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa.

Meskipun ketika ini versi buku dalam talian (e-book) menjadi pilihan sesetengah pembaca, namun buku yang dipasarkan dalam bentuk kulit keras atau paper-back tetap menjadi pilihan, apatah lagi jika buku terbabit diadaptasi ke filem.

Buku dalam kategori sedemikian bukan saja menambah publisiti kepada penulisnya, tetapi juga tambahan imbuhan dan penulis yang termasuk dalam senarai terbabit terkaya mendapat perhatian daripada majalah Forbes seperti berikut.

1. James Patterson
MEMILIKI 51 buku tersenarai dalam carta laris di pasaran dan penulis ini dianggarkan memiliki simpanan berjumlah RM210 juta, sebenarnya berkerja keras untuk kedudukan itu dengan memastikan dua novel lahir setahun bagi memastikan pembaca kekal bersamanya.
Uniknya, Patterson fobia komputer dan menyiapkan novelnya dengan tulisan tangan sehingga mengagumkan dunia kesusasteraan dengan keupayaannya menghasilkan pelbagai genre dari komedi, romantik, thriller selain karya bukan fiksyen.
Suatu lagi hakikat yang boleh menyebabkan ramai pengarang untuk berasa iri hati atau ‘bunuh diri’ ialah 17 karyanya kebelakangan ini membolehkan Patterson meraih RM300 juta.

2. Stephenie Meyer
TAHUN lalu, Meyer berjaya memperoleh RM120 juta walaupun dia tidak menghasilkan apa-apa buku kerana sejak 2005 apabila kisah cinta pontianaknya Twilight difilemkan, novel asalnya terjual lebih 100 juta naskhah di seluruh dunia dan diterjemahkan ke 37 bahasa.
Sebelum Siri Twilight, Meyer banyak menulis cerpen dan kemasyhuran pengarang ini disumbangkan oleh filem dalam Siri Twilight yang menjadi kegilaan di seluruh dunia sehingga penulis ternama, Stephen King pernah berkata, ‘dia tidak boleh menulis, tetapi dia berada di tangga kedua,’

3. Stephen King
‘GODFATHER’ untuk genre seram kontemporari Amerika dan sains fiksyen, King menduduki tangga ketiga dengan pendapatan RM102 juta, walaupun bertarung dengan ketagihan alkohol yang teruk selain ketagihan dadah dan ubat-ubatan yang dipreskripsi, masih kekal sebagai penulis disegani.
Dengan lebih 80 buku yang diadaptasi ke layar perak, King menerima pengiktirafan dunia atas kerja seninya, selain kerap menulis artikel di pelbagai jurnal dan majalah.
Pada 2003, King dianugerahkan Pingat Sumbangan Terbilang Kepada Dunia Persuratan Amerika sebagai tanda mengiktiraf jerih payah pengarang terbabit dalam membangunkan dunia cereka negara itu,

4. Danielle Steel
PENGARANG yang terkenal sebagai ratu untuk genre romantis mempunyai lapan novel menduduki carta laris di pasaran jualan terlaris dan tahun lalu saja, jualan keseluruhan karyanya mencapai RM96 juta.
Novelnya menduduki carta laris di pasaran di New York selama 390 minggu berturut-turut, manakala 20 lagi novelnya diadaptasi ke layar perak.
Walaupun dikritik kerana kebanyakan novelnya mengulang formula kisah cinta klise, kebanyakan pembaca masih setia dengan Steel kerana keupayaannya menulis pelbagai topik dan Steel baru-baru ini mengumumkan novel ke-71nya akan diterbitkan dalam format e-book.

5. Ken Follett
PENULIS British ini memperoleh pendapatan RM60 juta tahun lalu hasil jualan novelnya dan citranya sebagai penulis genre historikal dan thriller, membolehkan novelnya terjual lebih 100 juta naskhah di seluruh dunia, dengan empat daripadanya menduduki carta jualan laris di pasaran New York.
Follett muncul buat kali pertama pada 1978 menerusi novel Eye of the Needle yang mengisahkan mengenai percubaan perisik Jerman melarikan lari dari Britain, tetapi terkandas dengan sepasang suami isteri dan novel ini difilemkan pada 1981.
Kebanyakan latar tempat dalam novel Follet dekat dengan dirinya, misalnya Salisbury London, selain Antigua dan Afrika Selatan, di samping ada sesetengah lokasi dalam karyanya itu sangat penting baginya dan isteri, bekas ahli Parlimen, Barbara Follet.

6. Dean Koontz
SETIAP tahun Koontz memperoleh RM54 juta dan Koontz memiliki 44 novel dalam carta jualan laris di pasaran terlaris serta menulis pelbagai genre, sains fiksyen, seram, tetapi Koontz lebih dianggap sebagai penulis genre thriller yang berjaya.
Sebelum menggunakan nama sebenar, Koontz menulis dengan menggunakan nama samaran dan antaranya Trixy Koontz, selain hanya menggunakan nama sebenar apabila menghasilkan novel ke-35.
Dengan 16 buku yang diadaptasi ke filem dan menerbitkan buku setiap tahun, Koontz dijangka kekal berada dalam carta laris di pasaran.

7. Janet Evanovich
WALAUPUN berjaya menjual lebih 20 juta naskhah setiap tahun, Evanovich memperoleh RM48 juta tahun lalu, sebenarnya mula menulis pada usia 40 tahun dengan 16 novel Evanovich berada dalam carta jualan laris di pasaran.
Rutin penulisan Evanovich sangat ketat iaitu menulis lapan jam sehari dan 12 jam pada hujung minggu, memilih menulis dalam genre romantis, di samping khabarnya novelnya, Stephanie Plum bakal diadaptasi ke filem hujung tahun ini dengan Reece Witherspoon dan Katherine Heigl dikatakan antara calon watak utama.

8. John Grisham
BEKAS peguam ini tidak lari jauh daripada latar akademiknya dan dengan novel genre thriller kepeguaman, dia memperoleh RM45 juta tahun lalu.
Novel karya Grisham mula memikat pembaca sejak 1989 dan hingga kini 16 filem sudah dihasilkan berdasarkan drama mahkamah tulisan Grisham.
Ketika menulis A Time To Kill, Grisham memulakan rutin penulisannya bermula jam 5 pagi, namun usaha itu tidak memikat penerbit apabila naskhah awalnya ditolak, tetapi peristiwa itu tidak menyebabkan dirinya berputus asa.
Grisham kemudiannya meninggalkan kerjaya sebagai peguam dengan menjadi penulis sepenuh masa dan sehingga kini 250 juta novelnya terjual di seluruh dunia.

9. Nicholas Sparks
SPARKS adalah muka baru dalam carta laris di pasaran dan tahun lalu beliau memperoleh RM42 juta dengan dua bukunya akan difilemkan tahun ini mungkin melonjakkan kedudukannya pada tahun depan, selain enam novelnya sudah difilemkan termasuk The Notebook.
Pengarang ini memulakan kerjaya penulisan sejak 1985 ketika masih bersekolah, namun, waktu itu beliau gagal menarik perhatian penerbit.
Sparks pernah memasuki sekolah perundangan, tetapi hanya separuh jalan sebelum bekerja sebagai ejen hartanah dan menjual peralatan perubatan melalui telefon, selain The Notebook yang muncul pada 1996 benar-benar mengubah kehidupannya.

10. JK Rowling
TERKENAL dengan siri ahli sihir muda, Harry Potter, Rowling cukup mengagumkan dan pengiktirafan seluruh dunia terhadap karyanya itu memungkinkan 400 juta naskhahnya itu dijual dengan mudah.
Huruf JK pada hadapan nama Rowling sebenarnya adalah idea penerbit yang bimbang dengan kedudukan Rowling sebagai penulis wanita yang lazimnya gagal menembusi pasaran buku remaja yang dikuasai remaja lelaki.

Bagaimanapun, buku ini bukan saja memikat remaja lelaki, tetapi juga perempuan sehingga difilemkan dan menambah kekayaan Rowling, selain publisiti untuk novelnya membolehkan Rowling disifatkan sebagai seorang daripada selebriti terkaya lagi berpengaruh di Britain. 

Thursday, January 13, 2011

TOP 500 PTS

  
Alhamdulillah atas limpahan kejayaan yang diberikan dan Terima Kasih buat mereka yang terus menyokong usaha saya sebelumnya.

Walaupun kedua buah buku penulisan saya telah diterbitkan semenjak tahun 2007 dan 2008, senarai yang dikeluarkan oleh Penerbitan PTS menunjukkan kedua buku tersebut masih mencatat jualan yang baik.

Keduanya tersebarai sebagai Judul TOP 500 PTS  berdasarkan Nilai RM dan Naskah Jualan untuk tahun 2010. Berikut adalah maklumat lengkap : klik di sini dan di sini!

Monday, January 10, 2011

Menulis di Majalah Niaga

Sebelumnya saya pernah menyumbang artikel di Majalah IM (Internet Marketing) yang dibangunkan oleh Flarebiz yang diketuai oleh Tuan Adly atau dikenali dalam dunia maya sebagai Labanon. Bagaimanapun atas beberapa pekara majalah tersebut telah dihentikan sementara waktu oleh Tuan Adly.

Bagaimanapun selepas mengalami beberapa proses pembesaran, Majalah IM akan dijenamakan semula dengan dikenali sebagai Majalah Niaga. Iaitu memberi fokus dan liputan yang lebih luas dan menepati kehendak sasaran.
Saya dihubungi minggu lepas oleh seorang wakil dari Tim Majalah tersebut iaitu Tuan Hasbul Aqill untuk menyumbang artikel bagi majalah tersebut. 

Kerana menulis adalah jiwa saya dan keusahawan merupakan satu bidang yang menjadi sebahagian dari kehidupan saya, dengan rasa senang hati saya menerima jemputan tersebut. Apatah lagi majalah ini mempunyai kumpulan anak-anak muda generasi baru yang berminat dengan keusahawanan. Memang sepatutnya saya memberi galakan dan perkongsian ilmu dan pengalaman.

Justeru melalui blog ini saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk melawati blog rasmi Majalah Niaga yang telah dilancarkan semalam. Berikut adalah alamt laman web tersebut :  MajalahNiaga.Com (sila klik disini!) Juga alamat facebook-nya : http://www.facebook.com/MajalahNiaga

Saya akan menulis topik kegemaran saya iaitu tentang pembangunan minda (kuasa minda dan pemikiran)dan pembangunan diri dari skop keusahawanan.


Friday, December 24, 2010

Alhamdulillah...terima kasih

Semenjak saya mula menulis secara konsisten di blog iaitu sekitar tahun 2007 sehingga ke hari ini, saya mula sedar tentang satu pekara. Iaitu saya kerap menerima "hadiah" atau pemberian ikhlas berbentuk BUKU atau majalah dari pelbagai individu terutama ahli keluarga, rakan-rakan, pembaca penulisan saya dan juga dari peserta workshop yang pernah mengikuti program latihan yang saya kendalikan sebelumnya.

Mulanya saya anggap secara kebetulan, tetapi 2 tahun kebelakangan ini saya makin kerap menerima buku yang seolah memenuhi keperluan saya atau memberi "sesuatu input" yang sedang saya perlukan.

Dan sebagai seorang yang bercakap tentang hukum tarikan, saya menyimpulkan ia sebagai satu pembuktian hukum ini berlaku secara fitrahnya.

Sebagai seorang yang cintakan buku dan menjadikan penulisan sebagai pentas saya berkongsi ilmu, saya percaya "pantulan" energi (tenaga) ilmu yang terhasil setiap kali saya menulis di blog atau internet secara senang hati (ikhlas) MENARIK kembali "ilmu" kepada saya.

Ingat...buku hanyalah simbol. Hakikatnya (essence) ia adalah ILMU. Maka ia menjadi seperti berikut...."ilmu menarik ilmu kembali". Atau secara mudahnya saya ringkaskan bahawa, jika kita ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan baik melalui apa-apa medium pun, Insya Allah, kita akan menerima kembali lebih banyak ilmu pengetahuan baik seperti buku, pembacaan di internet ataupun pencerahan (pemahaman) sesuatu ilmu pengetahuan dari Tuan Empunya Ilmu itu sendiri ..Allah swt.

Berikut adalah beberapa buku yang dikirimkan sebelumnya kepada saya...Terima kasih. Moga Allah jua yang membalas kebaikan Tuan Puan.

 
Kiriman dari Penterjemahnya - Tuan Fakharoll Rodziee

Hadiah dari rakan di AEON

Di kirim dari jauh -Bogor Indonesia oleh Penulisnya sendiri-Abang Ismail Ishaq
Buku ini menjadi bahan semasa saya menulis buku "Rahsia Minda Jutawan"
Dihadiah oleh rakan baik-Tuan Jeff

Sumbangan dari rakan pensyarah pemasaran- Puan Zarmilah. Beliau tidak tahu kenapa beliau "terpaksa" membeli buku ini semasa memasuki MPH Bookstore. Ini kerana beliau bukan jenis membaca buku genre "spiritual healing" ini. 
Saya berjumpa beliau beberapa bulan lepas dan beliau berkata, " kau ambil nie baca, aku tak faham maksud buku nie". Saya membelik-belik sambil tersenyum...macam subjek aku je......

Buku ini sepasang. Ada buku 1 dan buku 2. Dihadiah oleh rakan semasa balik dari Indonesia.

 Hadiah sahabat dari KL
Ini baru saya terima ...oleh-ole dari nona manis Cik Fatimah Az Zahra

Cukup dulu. Terima kasih sekali lagi..

Friday, November 12, 2010

Pustaka Ilmu : The 7 Spiritual Law of Success

Ada beberapa individu yang mengirim email dan sms mohon saya memberi cadangan buku-buku yang sesuai dibaca atau boleh saya cadangkan.

Kerana saya seorang "hantu buku", saya mempunyai koleksi buku yang agar besar. Bagaimanapun, bahan yang saya baca dikuatiri sukar bagi mereka yang baru cuba mendalami dunia yang saya minati ini.

Kebanyakan buku yang saya kumpulkan adalah dari koleksi subjek seperti sains metafizik, neurosains, psikologi energi, buku koleksi New Age, Penyembuhan dan pembangunan diri secara holistik, EQ dan SQ serta koleksi buku -buku yang agak kontroversi.

Kebanyakan buku saya kumpulkan dari kedai buku seperti Borders, MPH, Kinokuniya dan Popular Bookstore.

Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan harapan rakan-rakan yang ingin mempunyai bahan membangunkan minda mereka, saya akan memberikan buku-buku yang pernah dan sudah saya baca buat perhatian rakan-rakan semua.

 Ini buku pertama. Bagi peminat psikologi kejayaan, buku ini patut dibaca. Memang berat kerana ia melihat kejayaan dari sudut metafizik. Tetapi jika kita memahaminya, terasa betapa hebatnya Sang Pencipta.

Karya hebat dari Tokoh "Holistic Healing"- Deepak Chopra. Buku ini menjadi perintis kepada dunia "Quantum Fizik". Saat ramai "guru-guru" motivasi barat bercakap tentang semangat dan matlamat, Deepak membuka dunia "self-help" dengan hukum-hukum universal.

Banyak prinsip yang terdapat di dalam buku ini menjadi inti kepada teknik atau method aliran psikologi energi yang terdapat di dunia pembangunan diri dewasa ini.


Wednesday, October 6, 2010

Buku Terbaru...

Saya hampir menyelesaikan penulisan buku terbaru saya. Insya Allah, saya doakan ia berjaya diterbitkan selewatnya pada hujung tahun ini.

Penulisan kali ini memang saya tulis lebih teliti dan melalui pelbagai permerhatian. Subjek masih mengabungkan beberapa modaliti topik yang saya gemari. Jika sebelum ini kedua-dua buah buku saya ditulis lebih menjurus kepada topik minda, penulisan kali ini menjurus pada elemen diri yang lebih dalam tetapi kerap diabaikan.

Di dalam dunia latihan semakin 'padat' dengan subjek kekuatan otak dan minda, saya berpendapat bahawa terdapat "missing link" yang sangat penting dalam kita melalui proses mengejar impian dan matlamat kita.

Buku kali ini kemungkinan menjadi landasan saya meneroka topik tersebut secara lebih mendalam selepas ini. Saya serahkan kepada Allah atas penerimaan perkongsian yang mungkin agak baru terutama pada kupasan tajuk tersebut.

Bagi pengamal pelbagai aliran, peminat subjek pembangunan diri ataupun mereka yang ingin mengetahui tentang potensi diri...buku ketiga saya ini wajib anda perolehi. Insya Allah..ia bakal memberi pencerahan kepada kehidupan anda....

Tuesday, March 23, 2010

Buku 2: TARIK KEKAYAAN DENGAN KUASA MINDA


Kekayaan dan menjadi jutawan adalah merupakan impian setiap manusia. Dengan kekayaan, mereka boleh melakukan apa sahaja dan mampu mencapai apa yang di impikan.

TARIK KEKAYAAN DENGAN KUASA MINDA, agak pelik bagi sesetengah orang namun ianya adalah merupakan satu kebenaran. Alam minda jauh lebih hebat dari alam fizikal. Kuasa yang ada pada minda mampu mencapai apa sahaja yang dikehendaki. Menarik kekayaan dengan kuasa minda adalah asas bagi membentuk minda individu yang mahu menjadi kaya raya. Buku ini juga menggamit pra pembaca untuk memprogramkan minda yang betul untuk mendapatkan kekayaan.

Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini ialah; Membuang kepercayaan negatif pada kekayaan, Memprogram kepercayaan baru bagi memudahkan aliran kekayaan, dan seterusnya Menggunakan Law Of Attraction bagi menarik energi kekayaan.

Dalam bab pertama telah diketengahkan tentang hakikat kekayaan yang perlu diketahui oleh setiap individu yang memasang impian untuk menjadi kaya. Walaupun maksud kekayaan teramat luas, namun buku ini telah menerangkan secara terperinci bagaimana menarik kekayaan material dan fizikal samada berbentuk wang ringgit, kereta ataupun rumah impian anda.

Bagi penulis kekayaan yang akan diterjemahkan adalah bermula dari dalam diri. Menurut beliau, semua perkara yang berlaku atas dunia ini adalah hasil dari apa yang wujud dalam diri manusia. Jadi secara sedar atau tidak manusia yang berjaya dan bergelar jutawan telah mencipta kejayaab dan kekayaan dalam diri mereka terlebih dahulu.

Telah diterangkan juga, ramai orang yang mengalami kesempitan kerana mereka telah mencipta kemiskinan dalam minda mereka. Mereka sentiasa memikirkan masalah, kepayahan, kedukaan, susah, takut. Secara lansung dan tidak langsung mereka telah mencipta sendiri sempadan hidup mereka sehingga mereka telah menjadi sebahagian daripadanya.

Dalam bab kedua, penulis telah menerangkan tentang rahsia manusia yang mempunyai empat tubuh. Menurutnya, selain dari tubuh fizikal yang mampu dilihat setiap hari, manusia juga mempunyai tubuh mental, emosi dan spiritual. Dan ramai yang tidak mengambil berat tentang ketiga-tiga tubuh lagi itu, sehingga wujud perbezaan yang ketara antara setiap individu.

Sering dipersoalkan bagaimanakah hendak menjadi kaya? Kekayaan ialah apabila seseorang dapat membebaskan dari kesempitan kewangan. Menurut pembacaan dan kajian yang telah dibuat, jawapan kepada persoalan tersebut ialah kekayaan datang dari dalam diri sendiri.

Penulis ada menyebut bahawa hari ini ramai orang sibuk mencari kekayaan yang ada pada dunia fizikal mereka. Namun mereka lupa pada kekayaan yang bermula dari dalam diri. Dalam hal kekayaan, manusia dapat berlakon seperti orang mewah. Namun mereka tidak mampu menyembunyikan hakikat yang anda selalu hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.

Kekayaan adalah energi atau tenaga. Ia juga adalah frekuensi atau getaran. Kekayaan mempunyai tenaga yang mengalir. Wang yang kita pegang setiap hari adalah tenaga.

Perkembangan sains fizik telah membuktikan semua yang wujud dalam dunia ini terhasil dari satu bentuk molekul-molekul elektron yang sangat halus. Bila dilihat daging manusia dibawah mikroskop, tidak lain yang akan kita nampak kecuali pergerakan-pergerakan molekul-molekul kimia yang bertindak balas tanpa henti. Jadi yang membezakan antara seseorang adalah tahap frekuensi ataupun tenaga yang dikumpulkan oleh objek itu.

Jadi persoalan disini, apakah itu wang dan apakah kaitannya dengan tenaga. Wang yang biasa berbentuk kertas adalah alat yang menunjukkan nilai. Sebenarnya nilai diwujudkan di dalam minda dan ianya kan berubah-ubah setiap hari bergantung pada nilai yang diletakkan oleh manusia. Oleh kerana iala adalah tenaga, kekayaan dipanggil aliran. Ia mengalir. Tenaga bersifat mengalir. "Dimana fikiran anda pergi disitu tenaga akan mengalir".

Kekayaan hanya untuk sesetengah individu sahaja? betulkah begitu. Mengapa kekayaan akan pergi kepada sesetengah individu dan setengah yang lain tidak menerima kekayaan. Persoalan juga ditimbulkan, adakah ini dikata takdir kepada individu itu? Sebenarnya Allah Maha Adil dan Allah menerangkan bahawa Islam itu adalah agama yang adil. Allah telah memberi peluang yang sama rata kepada setiap makhluk, cuma masih ada yang tidak sedar wujudnya peluang kekayaan disekeliling mereka. Malah ada yang masih tidak bersedia untuk menerima kekayaan. Ada yang masih belum membuka pintu untuk kekayaan masuk ke dalam diri mereka. Jadi anda yang membaca buku ini pasti akan menemui jalan penyelesaian. Jangan tunggu lagi. Ilmu adalah jambatan untuk mencipta kekayaan.

Sama masih ingat tentang kisah Irfan Khairi, Jutawan Internet dalam bukunya Nota Jutawan Nota Motivasi menyatakan bahawa beliau terpaksa bekerja sebagai tukan sapu dan cuci semata-mata untuk mendapatkan wang, membeli buku dan menambahkan pengetahuan.

Setelah anda membaca buku ini, maka anda seharusnya merubah minda dan bersedia untuk menerima kekayaan. "KEKAYAAN HANYA DATANG BILA ANDA MENAMPAKKANNYA DALAM MINDA".
 
Petikan dari Buku : Tarik Kekayaan Dengan KUASA MINDA

Saturday, March 20, 2010

Cover baru buku "Rahsia Minda Jutawan"

Ini adalah design terbaru untuk buku RAHSIA MINDA JUTAWAN. Saya tidak pasti untuk cetakan ke berapa. Kemungkinan cetakan ke 4 atau ke 5.

Moga buku ini terus "menghijau" menjadi bahan ilmu.

Sinopsi:-

Isi Kandungan Rahsia Minda Jutawan menerangkan ciri-ciri personaliti, motivasi, kepercayaan, matlamat dan cara berfikir para jutawan. Mereka bukan sahaja terlatih dalam bidang kewangan, malah dalam memotivasikan diri, berfikiran positif serta menggunakan minda separa sedar dengan efektif bagi mencapai cita-cita untuk berjaya. Mereka sebenarnya adalah orang biasa yang berjaya mencapai kejayaan luar biasa. Bagaimana?
Rahsia Minda Jutawan perlu dimiliki sekiranya kita ingin belajar bagaimana mencapai tahap pemikiran jutawan dan bagaimana menjadi salah seorang dalam kalangan mereka.
Antara perkara yang dibincangkan dalam Rahsia Minda Jutawan adalah;
•Motivasi minda yang digunakan oleh jutawan
•Rahsia kejayaan mereka
•Penggunaan minda separa sedar
•Bagaimana cara meniru pemikiran jutawan
•Jalan Menuju Kejayaan

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin