Thursday, November 4, 2010

Wednesday, November 3, 2010

Apakah itu Kaedah Emotional Freedom Technique (EFT)?


Emotional Freedom Technique (EFT) adalah sebuah Terapi Minda-Emosi (aliran meridian energi) yang dapat menangani banyak penyakit, baik itu penyakit fizikal, masalah penyakit psikologi (gangguan fikiran dan perasaan) atau ia gangguan emosi. Dapat dikatakan EFT adalah versi psikologi dari terapi akupunktur yang menggunakan jarum.

Cuma EFT tidak menggunakan jarum, melainkan dengan menyelaraskan sistem energi tubuh pada titik-titik meridian di tubuh Anda, dengan cara mengetuk (tapping) dengan hujung jari. Teknik ini sangat mudah dipelajari dan dapat diterapkan di mana saja dan untuk siapa saja.  

Menurut pendekatan teori EFT, "penyebab segala macam emosi negatif adalah terganggunya sistem energi tubuh". Dan emosi-emosi negatif yang tidak diselesaikan, menjadi penyebab utama pada hampir kebanyakan penyakit fizikal kita. Sedangkan praktek-praktek penyembuhan barat sekarang ini masih mengabaikan fakta bahwa emosi negatif adalah penyebab dari 85% penyakit fisik. Kerana itulah mengapa EFT sering kali berhasil  memberi kesan positif pada hal ia gagal diatasi oleh banyak terapi  atau perubatan konvensional yang lain.  

Beberapa masalah yang mampu diselesaikan dengan EFT antara lain: Kecemasan, Kemarahan, Compulsive Behavior, Panic disorder, Ketagihan (rokok atau ubat-ubatan), Stres dan Depresi, Trauma, Ketakutan dan Fobia (ketinggian, binatang, atau benda tertentu), Kecemasan di tempat awam, Ketakutan berucap di khalayak umum, Sakit Kepala, Menghilangkan keyakinan negatif, Perasaan malu / bersalah, Insomnia, Kekecewaan atau sakit hati, Peak Performance, Masalah seksual, Masalah pada anak atau wanita, Kanser, Allergi dan masalah lainnya.

Sejarah Ringkas EFT

Boleh dikatakan, EFT adalah versi dari terapi kuno cina iaitu akupuntur. Teknik penyembuhan akupuktur sendiri telah berusia lebih dari 5000 tahun. Dr. John Diamond menulis tentang hubungan “sistem energi tubuh” dengan gangguan psikologi. Dari konsep ini dilahirkan cabang baru dari ilmu psaikologi, yaitu Energy Psychology.

Dr. Roger Callahan, individu yang sudah lama mempelajari sistem energi tubuh menciptakan teknik terapi yang kontroversi yaitu Tought field Therapy (TFT) atau juga dikenal dengan Callahan Technique.

Pada waktu itu di tahun 1980 Dr. Callahan sedang menangani seorang pesakit bernama Mary yang mengalami sakit kepala berkepanjangan dan mimpi buruk yang menakutkan karena fobia terhadap air yang sangat teruk. Hingga suatu hari, Dr. Callahan mencuba cara terakhir diluar batas ilmu psikoterapi. Dengan pengetahuan “sistem energi tubuh” yang dimiliki, Ia cuba mengetuk (tapping) dengan hujung jarinya ke bagian bawah mata. Setelah pulang Mary melaporkan fobianya hilang dan Ia berani mendekati kolam air dan memercikan air ke mukanya tanpa rasa takut. Sakit kepalanya hilang demikian juga dengan mimpi buruknya. Dari situlah Dr. Callahan mengembangkan Tought field Therapy (TFT).

Murid pertama yang belajar teknik TFT pada Dr. Callahan adalah Gary Craig. Karena tekniknya dirasakan rumit, Gary Craig merubah TFT menjadi teknik yang lebih mudah dipelajari tapi tetap efektif. Teknik yang dikembangkan oleh Gary Craig inilah yang dinamakan Emotional Freedom Technique (EFT).

Gary Craig memperkenalkan teknik ini ke seluruh dunia. Pernah pada satu masa, Ia menawarkan untuk melakukan terapi kepada para veteran perang Vietnam di VA (Veteran Administration) yang sudah puluhan tahun menderita Post traumatic Stress Disorder (PTSD). Dalam 6 hari Gary berjaya membebaskan 20 orang veteran dari penderitaan puluhan tahun karena perang Vietnam.

.
Terapi EFT
 Indonesia
Gambar beberapa titik yang digunakan dalam EFT.


Kelebihan EFT dibandingkan teknik terapi lainnya adalah :
  • Kaedah penyembuhkan dengan lebih cepat. Anda tidak perlu menghabiskan waktu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk menyembuhkan gangguan emosi kerana ia mampu hilang dalam  kiraan minit atau jam.
  • Sering kali EFT hanya memerlukan satu atau dua sesi saja untuk mendapatkan kesan positif, dan kadang-kadang terjadi dengan cepat.
  • Begitu emosi negatif sudah dapat dihilangkan dengan EFT, maka masalah-masalah fizikal mulai hilang dengan sendirinya. Menurut pengalaman para pengguna EFT, sakit migraine puluhan tahun, sakit pinggang,  mampu pulih dengan cepat.
  • Walaupun EFT tidak bekerja 100%. Tetapi biasanya ia bekerja dengan baik dan hasilnya kadang-kala luar biasa.
  • EFT sangat lembut dan sering mencapai penyembuhan dengan sedikit atau tidak ada rasa sakit sama sekali.
  • Tidak memerlukan alat bantu seperti jarum, ubat-ubatan, herba.
  • Didokong oleh sejumlah penelitian ilmiah dan saintifik
  • Digunakan oleh lebih dari 100.000 praktisi di seluruh dunia
  • EFT sangat sederhana dan mudah dipelajari, bahkan anak-anak juga mampu melakukan teknik EFT sendiri.
  • Teknik penyembuhan konvensional hanya mengatasi gangguan fizikal. Tapi EFT dapat mengatasi baik gangguan pemikiran dan juga emosi. Malahan ia juga telah dibangunkan untuk meningkatkan kekuatan SQ (spiritual)
  • EFT dapat dilakukan dimana saja dan pada bila-bila masa saja.
Anda boleh belajar EFT dengan cara berikut ini:
1. Kunjungi Website Pengasas EFT
Anda boleh belajar EFT langsung dari pengasasnya. Kunjungi saja www.emofree.com. Anda boleh membeli Video Pelatihan EFT yang dibuat oleh Gary Craig, atau mendaftarkan alamat email anda di www.emofree.com untuk mendapatkan Ebook Panduan EFT secara percuma. Baik Video mahupun Ebook yang diterbitkan oleh Gary Craig, semuanya berbahasa Inggris. Ia juga agak sukar kerana EFT memerlukan penerangan yang praktikal dan applikasi secara berdepan .

2. Kursus/Pelatihan Emotional Freedom Technique
Kalau anda ingin yang lebih mudah, anda boleh mengikuti Workshop yang kami kendalikan  (berdasarkan jadual yang akan diumumkan). Workshop terbahagi kepada dua modul iaitu - EFT Intensif untuk kesihatan (Healthy) dan satu lagi adalah EFT Intensif untuk Kejayaan dan Kemakmuran (Success & Abundance) 

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang workshop tersebut di artikel di bawah.

Tuesday, November 2, 2010

TERKINI : Workshop EFT Intensif

Workshop 
Intensive EFT for Success and Abundance
Cara Mudah “Memecah” Halangan Minda, "Blockage Energi" dan Konflik Diri (Inner Conflict) yang Kerap menjadi PUNCA UTAMA KEGAGALAN Anda mencapai Impian!


EFT adalah
…..sangat mudah dipelajari (dijamin peserta mampu mempraktiskannya selepas workshop)
…..sangat mudah digunakan (hanya beberapa minit sahaja )
…..praktikal dan saintifik ( tidak melibatkan sebarang ritual atau applikasi yang mengarut)
…..berkesan dan kekal impaknya.
…..mampu memberi harapan baru dikala kebanyakan teknik lain tidak berkesan.
…..dan banyak lagi……


Workshop EFT Intensif ini adalah sebahagian dari modul latihan bagi mereka yang berminat untuk mendalami teknik dan terapi terkenal di dunia pembangunan diri iaitu Emotional Freedom Technique ATAU dikenali sebagai EFT.

Walaupun EFT diasaskan bagi menangani pelbagai masalah kesihatan fizikal dan emosi, kejayaan luar biasa modaliti ini telah terbukti terutama dalam membangunkan POTENSI diri seseorang individu.

Workshop ini dibangunkan khusus bagi mereka yang mencari dan ingin mencapai kejayaan dan kemakmuran di dalam kehidupan.

Siapa Yang Sepatutnya Menyertai Workshop ini?

- Mereka yang sudah mengikuti pelbagai kursus atau seminar motivasi dan pembangunan diri TETAPI masih gagal dan sukar menmperolehi apa yang mereka inginkan.
- Individu yang mempunyai masalah kepercayaan, keyakinan diri dan rendah harga diri.
- Individu yang kerap mempunyai pemikiran dan emosi yang negatif.
- Mereka yang ingin mengenal diri dan meningkatkan ilmu serta pengetahuan tentang POTENSI DIRI.
- Trainer, Juruterapi dan Penyembuh (Healer) bagi meningkatkan pemahaman isu psikologi dan masalah psikosomatik.
- Mereka yang ingin melengkapkan teknik atau modaliti yang lain seperti NLP, MindPower, Reiki dan sebagainya.
- Individu yang mempunyai Impian dan cita-cita untuk berjaya baik dalam kerjaya, pendidikan mahupun pencapaian personal.

Peserta akan dibimbing untuk :-

Memahami pembangunan diri secara holistik.
Mengenal kemampuan minda, emosi dan kerohanian.
Memahami sistem tenaga tubuh dan alam semesta (Universal Law).
Meningkatkan kemampuan EQ dan SQ.
Menangani dan mengurus stres dan pelbagai masalah emosi yang lain.
Mengawal Fobia dan Ketakutan.
Mengurangkan kesakitan fizikal.
Menghapuskan "limiting belief", pemikiran negatif dan gangguan kepercayaan yang sering menjadi halangan kepada kejayaan.
Meningkatkan Potensi dan Pengembangan Personal
Meningkatkan ketenangan dan kedamaian dalaman (Inner harmony)
Membantu keluarga dan rakan-rakan yang mengalami masalah seperti di atas

Kandungan Workshop:

• Pengenalan kepada Penyembuhan Holistik dan  EFT
• Sejarah dan Teori
• EFT –Basic Prosedure
• Short Cut dan Additional Applikasi
• Praktikal EFT
• Praktikal EFT untuk Masalah Fizikal
• Praktikal EFT Untuk Masalah Emosi
• Soalan dan Perbincangan

Maklumat Workshop

Tajuk   : Intensive EFT For Success & Abundance
Tarikh  : 27hb Nov 2010
Masa   : 930am-430pm
Lokasi  : Kuala Lumpur
Yuran  : RM180.00

Material : Sijil dan Nota Lengkap
( Termasuk minum dan makanan ringan sahaja)

Tempat adalah terhad kerana workshop tertumpu kepada pendekatan "Therapy based training".
Sila daftar tempat anda sekarang untuk mengelakkan sebarang masalah.

Testimoni live dari peserta yang pernah menyertai workshop ini juga akan disertan supaya peserta dapat melihat sendiri manfaat yang diperolehi oleh peserta sebelumnya.


Untuk tujuan PENDAFTARAN, Sila uruskan pembayaran anda melalui:-

Bank : MAYBANK – 1540-1738-3350
Akaun : Amar Mahmood

Kemudian hantarkan nama dan detail bayaran anda melalui sms ke :- 012-6990793/016-2488106
Jurulatih : Amar Mahmood

Amar Mahmood merupakan pengasas AL QUDRAH Training & Consultancy yang aktif mengendalikan pelbagai kursus, workshop dan seminar bagi topik pembangunan diri, kepimpinan dan komunikasi persuasif khusus bagi organisasi korporat, awam dan orang perseorangan.

Merupakan pemgamal, NS-NLP, Hipnosis, Time Lines, Mind Power dan Reiki. Beliau sudah mendalami EFT semenjak 7 tahun yang lepas. Dan sudah mengendalikan pelbagai workshop EFT untuk organisasi dan individu perseorangan.

Beliau juga merupakan penulis buku popular Rahsia Minda Jutawan dan “Tarik Kekayaan Dengan KUASA MINDA”.

Hubungi 012-6990793/016-2488106 untuk pendaftaran!

Monday, November 1, 2010

Senaman Untuk Otak

Keseimbangan Otak Manusia


Sekarang ini banyak kursus yang dikendalikan untuk membangunkan kekuatan minda. Ada otak kiri..ada otak kanan dan ada otak tengah. Memang mengelirukan bagi individu yang tidak biasa dengan cerita tentang otak.

Tetapi jika kita lihat pada fitrah...hukum yang penting adalah harmoni dan keseimbangan. Kalau kuat kiri je nanti jadi macam robot. Terlalu praktikal dan hilang rasa manusia. Kalau terlalu kanan nanti banyak menyendiri dan suka berkhayal. Kurang perancangan.

Maka....prinsipnya adalah seimbang. Bangunkan kedua -dua sisi otak. Maka anda sedang menoptimakan kemampuan otak bekerja.

Saturday, October 30, 2010

Synchronization in Brain



Chi...Inner Harmony

Hukum Pasangan : Hitam & Putih kehidupan


"Law of Duality". Itu dalam bahasa Inggeris-nya. Di alam yang sangat luas ini, satu dari hukum atau peraturan yang sangat jelas adalah Hukum Pasangan. Jika kita rajin berfikir dan merenung segala ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, pasti kita tahu bahawa setiap kejadian selalunya ada pasangannya.

Ada Adam ada Hawa. Ada kiri dan ada kanan. Ada matahari dan ada bulan. Ada siang dan ada malam. Ada turun dan ada naiknya. Ada sepasangan tangan. Ada sepasang kaki. Semuanya berpasang-pasangan.

Manusia dituntun untuk berkahwin kerana fitrahnya kejadian tuhan berpasang-pasangan.Warna hitam lawannya adalah warna putih. perkataan positif lawanya negatif. Ada Yin dan ada Yang. Ada lelaki dan anda perempuannya.Ada fizik dan ada metafiziknya.

Kerana itu jika kita di dalam keadaan susah, insyaAllah ada waktu kita akan kembali senang. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi. Samada kita mahu mengkaji dan memahami peraturan atau hukum ini bergantung kepada setiap individu.

Nama lain yang selalu dikaitkan dengan hukum ini adalah Hukum Keseimbangan. Kerana apa..? Kerana setiap satu-satu unsur yang dijadikan Allah swt dijadikan pasangan untuk menwujudkan keseimbangan..atau keharmonian. Itu fitrah yang sebenarnya.

Hidup kita ini perlu keseimbangan dan keharmonian. Dengan memahami hukum ini maka kita ketahui bagaimana mahu mencapai keharmonian di dalam kehidupan.

Satu lagi pasangan yang selalu dilupakan oleh kita tetapi sangat penting kita ketahui adalah ada otak kiri dan otak kanan.....

Thursday, October 28, 2010

Artikel: Yin -Yang


Dalam hidup, kita mengalami segala sesuatu dalam 2 rupa atau wujud. Seperti siang-malam, tangis-ketawa, bahagia-sedih, suka-duka, hidup-mati dan masih banyak lagi. Sebenarnya hal ini telah ada sejak zaman dahulu. Dan hal seperti ini kental sekali dalam masyarakat Tionghoa, khususnya yang menganut aliran Tao.

Dalam aliran itu ada yang kita sebut Yin-Yang. Suatu pola keseimbangan. Yin-Yang digambarkan sebagai sebuah filosofi hidup yang menunjukkan bagaimana segala sesuatu terjadi. Yin-Yang memiliki makna. Lingkaran luar dalam simbol Yin-Yang menunjukkan “everything”, maksudnya keseluruhan yang ada di dunia. Kemudian Yin (Black) dan Yang (White) keduanya merupakan simbol segala sesuatu yang tak terpisahkan. Memang tidak akan pernah terjadi hitam dan putih secara bersamaan. Namun ada saatnya terjadi hitam dan ada saatnya terjadi putih. Sebuah prinsip keseimbangan yang saling mengisi dan melengkapi.
  • Yin (Black) memiliki arti dark, passive, downward, cold, contracting and weak (bisa diartikan sebagai segala unsur negatif di alam).
  • Yang (White) memiliki arti bright, active, upward, hot, expanding and strong (bisa diartikan sebagai segala unsur positif di alam).
Kedua hal ini saling mengisi. Di saat kita kekurangan unsur positif, unsur negatif dari Yin akan mengisi kekosongan. Begitu pula sebaliknya. Sebab segala sesuatu yang terlalu berlebihan tidak baik. Jadi harus diseimbangkan.

Seringkali bahkan hampir setiap kali saat kita merasakan kesuksesan, kita teriak kegirangan namun lupa bersyukur. Namun di kala kita mengalami kesulitan atau kegagalan, kita menangis sejadi-jadinya dan dengan lantang menyalahkan TUHAN.

Padahal, TUHAN memberi kita keberhasilan dan kegagalan, semua ada maksud dan tujuannya. Semuanya untuk keseimbangan. Kalau kita hanya pernah mengalami keberhasilan, tanpa pernah mengalami kegagalan, kita tidak akan pernah tahu indahnya saat kita bangkit dari keterpurukan, saat kita bisa menikmati keberhasilan yang kita raih dengan susah payah.

Sebaliknya, kalau kita hanya pernah mengalami kegagalan tanpa pernah mengalami keberhasilan, kita tidak akan pernah tahu sampai batas mana kemampuan diri kita. Karena kita hanya merasa, apa yang kita lakukan tidak membuahkan hasil.

Prinsip keseimbangan ini berlaku di sini. Yang penting bukan bagaimana hidup kita, namun cara kita memandang hidup ini yang lebih penting. Dengan kita memandang hidup ini dari berbagai aspek yang ada, maka kita akan bisa menikmati hidup dan mengambil pelajaran dari setiap peristiwa yang terjadi dalam hidup kita. Makna dari simbol tersebut sangatlah mendalam jika kita dapat memahaminya.

kaskus

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin