Wednesday, August 25, 2010

Hebahan Umum : Workshop EFT

APAKAH ITU EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)?

EFT merupakan satu Kaedah Terapi Pembangunan Diri yang berasaskan pendekatan terapi diri (self therapy ) MINDA-EMOSI yang popular digunakan dalam menangani pelbagai isu kehidupan terutamanya :-

1. EFT banyak digunakan untuk mengatasi masalah kesihatan mental dan emosi khususnya berkaitan masalah psikosomatik (sakit psikologi).

2. EFT digunakan untuk mengatasi isu-isu psikologi yang menyebabkan seseorang individu itu sering GAGAL, KECEWA, SUSAH /MASALAH KEMISKINAN, KELIRU dan sebagainya.

3. EFT sering digunakan dalam melakukan TRANSFORMASI terutamanya dalam membangunkan potensi diri.

4. EFT digunakan sebagai alternatif atau teknik rawatan sokongan untuk mengatasi masalah kesakitan dan simptom fizikal walaupun kaedah rawatan yang lain telah gagal sebelumnya (contoh migrain teruk, pening kepala, sakit sendi, hipertension, gejala simptom stres, jantung berdebar, sesak nafas, penyakit kronik seperti kanser/barah-sebagai mengatasi masalah ketidakstabilan emosi dan pelbagai sakit fizikal yang lain).

5. EFT sering berguna untuk mengatasi masalah emosi seperti menguruskan stress, masalah panas baran, kebimbangan, resah, ketidak stabilan emosi, trauma, phobia dan sebagainya.

6. EFT berguna untuk melakukan re-programming mindset dari negatif kepada positif. Memecahkan halangan minda (limiting belief/mental block), meningkatkan kecerdasan otak seperti penumpuan dan daya fokus serta membina fikiran yang positif.

7. Mengatasi tabiat atau habit negatif seperti mengigit kuku jari, ketagihan merokok, masalah makan yang menjurus kepada obesiti, gangguan tidur/insomnia dan sebagainya.

8. EFT mampu meningkatkan tenaga aura dan daya tarikan positif diri.

9. Menjadi terapi pelengkap kepada pelbagai teknik dan kaedah pembangunan diri yang lain seperti KUASA MINDA dan HIPNOSIS.

10. Terapi yang berguna dalam meningkatkan PRESTASI kerjaya, bisnes, akademik, pencapaian persembahan (peak performance), pembangunan pesonaliti dan sebagainya.

11. EFT adalah satu pilihan rawatan diri yang mampu membantu anda menghadapi situasi kehidupan yang semakin mencabar!

Jika Anda sudah pernah menyertai pelbagai program latihan tetapi anda masih sering gagal dan belum dapat mencapai matlamat atau memenuhi keinginan Anda, maka ini adalah satu program latihan yang MESTI anda sertai.

Dengan nilai wang yang jauh lebih rendah, anda dijamin akan memperohi ilmu yang bermanfaat untuk anda bergerak maju ke hadapan dalam mencapai impian anda.

Maklumat Workshop
Tarikh : 25hb Sept 2010 - Sabtu (9.30am-4.30pm)
Lokasi : Kuala Lumpur
Yuran : RM350.00 (Bagi yang mendaftar sebelum 10hb Sept 2010, Yuran HANYA bernilai RM 280.00)


HADIAH PERCUMA akan diberikan iaitu :

# Sebuah Buku ditulis Amar Mahmood bertajuk "Tarik Kekayaan Dengan KUASA MINDA"
# 10 buah Ebook yang mengandungi pelbagai teknik dan informasi lanjut tentang EFT yang bernilai ratusan ringgit!

Testimoni live dari peserta yang pernah menyertai workshop ini  juga akan disertan supaya peserta dapat melihat sendiri manfaat yang diperolehi oleh peserta sebelumnya.
Untuk mengikuti WORKSHOP atau PROGRAM yang dianjurkan ini, Sila uruskan pembayaran anda melalui:-
Bank : MAYBANK – 1540-1738-3350
Akaun : Amar Mahmood

Kemudian hantarkan nama dan detail bayaran anda melalui email ke :- amar_sukses@yahoo.com atau SMS ke 016-2488106.


Dikendalikan Oleh:

Al Qudrah Training & Consultancy

Workshop Emotional Freedom Techique (EFT)


Atas beberapa permintaan, saya akan mengendalikan satu program perlatihan yang menjurus kepada satu terapi rawatan diri yang TERKENAL di dunia psikologi moden iaitu dipanggil Kaedah Emotional Freedom Technique yang diasaskan oleh seorang pakar pembangunan diri iaitu Gary Craig.
Teknik mudah dan paling cepat dapat dikuasai ini merupakan TERAPI MINDA dan EMOSI yang saya dapati sangat berkesan dalam mengatasi pelbagai isu-isu pembangunan diri, masalah psikologi, isu kehidupan, masalah kesihatan psikosomatik dan juga maslah kesihatan fizikal yang lain.

Saya akan membuat hebahan umum tentang program ini lebih lanjut beberapa hari lagi, bagaimanapun secara ringkasnya saya sertakan sedikit informasi tentang workshop ini :-

Tarikah : 25 sept 2010- Sabtu ( 9:30am-4.30pm)
Tempat : Kuala Lumpur
Yuran  : RM 280.00 sahaja

Sesiapa yang berminat hendaklah menghubungi saya di talian berikut:
016-2488106.
Sila tempah tempat Anda lebih awal kerana workshop di buat dalam kapasiti yang kecil sahaja.

Sekian

Amar Mahmood
AL QUDRAH Training & Consultancy

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak


Selamat menjalani ibadat puasa buat semua rakan-rakan dan juga mereka yang mengenali diri saya...

Amar Mahmood
016-2488106
Coach/Consultant
AL QUDRAH Leadership Center

Thursday, July 22, 2010

Friday, July 16, 2010

Corporate Training : Bengkel Pemantapan Minda Untuk Juruaudit


Alhamdulillah, rabu lepas (14/07/2010) selesai satu lagi latihan khusus buat para auditors (Team Audit ISO 2001) di Komplek 3C Bandar Sunway walaupun telah tertangguh beberapa kali ekoran jadual padat dari pihak MPSJ.

Walaupun dibebani dengan pelbagai tanggungjawab yang besar, mereka hadir juga untuk pengisian minda yang di panggil Bengkel Pemantapan Minda. Program dimodulkan khusus untuk membangunkan Kompetensi Personal yang merupakan salah satu teras penting dalam menghasilkan seorang pekerja yang efektif. Selain itu, ia juga penting dalam membentuk personaliti dan karakter seorang individu yang cemerlang.

Bersama mereka mengembalikan kenangan manis saya yang pernah terlibat menjadi salah seorang juruaudit di dalam Projek Team ISO 2001 untuk AEON Credit S/B. Bebanan dan masalah yang dialami dapat saya selami dan rasai sebelumnya. 

Terima kasih buat yang terlibat dan yang berjaya menghadiri bengkel tersebut. Juga reaksi dan komunikasi yang positif dari kebanyak peserta.

Walaupun masih banyak yang ingin diutarakan dan mahu dikongsikan, faktor masa sentiasa mencemburui buat mereka yang "dahaga" dengan ilmu. Saya PERCAYA, pihak  MPSJ akan berusaha untuk memenuhi permintaan peserta yang mahu kursus dilanjutkan pada masa yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

Tidak lupa juga, terima kasih ke atas pihak urus setia yang terlibat dan memberikan kerjasama yang baik.

Saya ucapkan selamat berjaya, moga kita berjumpa lagi...Insya Allah.

Nota : Gambar dengan peserta akan di-update selepas ini.

Sunday, June 27, 2010

Latihan Korporat/Organisasi : Stress & Emotion Management

Program Pengurusan Stres (Tekanan) & Emosi

Praktikal . Transformatif & Holistik
.

Program ini dibangunkan berdasarkan pengalaman dan kelayakan En. Amar Mahmood di dalam subjek Penyembuhan Dalaman (Inner Healing) dan Pengembangan Diri Secara Holistik iaitu menyentuh elemen tubuh, minda & kejiwaan (Mind.Body.Soul)

Ini adalah salah satu program latihan yang paling popular dikendalikan oleh Amar Mahmood bagi Organisasi, Kumpulan, Institusi Awam, Korporat, Institusi Pendidikan dan juga Orang Perseorangan.

Matlamat Program
3 Teras Pendekatan Latihan
3 Struktur Pembangunan Latihan
Maklumat Lanjut
Gambar

Hubungi 016-2488106 atau email ke amar_sukses@yahoo.com untuk sebarang jemputan atau keterangan lanjut tentang program latihan ini!


Wednesday, June 23, 2010

Maklumat Workshop TERKINI!


Saya akan mengendalikan satu Workshop LENGKAP KUASA MINDA untuk bulan Julai ini. Insya Allah pada 24hb Julai dan 25hb Julai nanti.

Program ini adalah program latihan yang akan dikendalikan oleh saya sebelum menjelma kedatangan bulan Ramadhan pada awal Ogos nanti.

Kerana terlibat dengan beberapa aktiviti latihan organisasi/korporat nanti, maka saya hanya akan mengendalikan program tersebut sebelum Ramadhan kerana saya akan berehat sepanjang bulan tersebut dengan  menumpukan kepada usaha menamatkan penulisan buku ke-tiga yang saya jangkakan selesai sebelum syawal nanti..Insya Allah.

Program LENGKAP Pembangunan Kekuatan Minda tersebut akan dikenali sebagai Workshop QUANTUM MIND : Aktifkan KUASA MINDA dan EMOSI Anda!. Iaitu satu program yang akan menumpukan pada pengaktifan Potensi Kekuatan minda sambil saya akan mengabungkan sekali kaedah TERKINI dan MUDAH menbangunkan KUASA EMOSI (Emotion Power).

Program akan tertumpu kepada kepelbagaian teknik dan kaedah terkini menguasai Minda Separa Sedar , Alpha Thinking dan juga Inner Power. Subjek akan lebih menyeluruh (tidak tertumpu kepada satu subjek sahaja) iaitu meliputi applikasi di dalam bidang perniagaan, kewangan, kesihatan , pencapaian matlamat dan kejayaan.
  
Program akan dijalankan di K Lumpur.

Bagi yang berminat..sila tunggu hebahan terkini dan maklumat lengkap tentang PROGRAM tersebut yang akan saya sebarkan di blog ini dalam masa yang terdekat ini atau hubugi tel 016-2488106.

Sekian...

Amar Mahmood

Tuesday, June 15, 2010

Reunion: selepas 13 tahun......

Alhamdulillah...Sabtu lepas tercapai jua hajat (secara spontan sebenarnya) yang dirancang hanya melalui Facebook. Selepas terpisah hampir 13 tahun lamanya dengan masing-masing memilih pelbagai landasan dalam meneruskan perjalanan dan membina kehidupan selepas selesai pengajian selama 4 tahun di Fakulti Ekonomi UKM. Bertempat di KRU UKM, hampir kebanyakan yang sudah berjanji untuk bertemu di FB, muncul dan meluangkan sedikit masa dari kesibukan tersebut.

Tidak disangka, ada sejauh Sabah..ada dari Kulim Kedah..malahan ada yang sempat meninggalkan kesibukan di SUKMA Melaka semata-mata untuk meraikan perjumpaan ini.

Walaupun Reunion ini tidak dirancang secara khusus (tanpa sebarang penyediaan makanan dan minuman), semangat ingin berjumpa tetap tinggi. Pagi sabtu, saya dan Naje kawan se-fakulti yang telah menetap di Melaka bergerak dengan niat untuk menyambung siraturahim yang terputus 13 tahun lepas. Mengikut komen-komen yang dikumpul melalui FB, mungkin sekitar 15-20 dari kawan-kawan lama yang bakal berkumpul. Saya mengganggap pertemuaan ini sebagai mini-gathering sebelum grand gathering yang mungkin dapat dikendalikan selepas perjumpaan ini.

Tepat 2 pm seperti yang dijanjikan, kami sampai di KRU. Setiba di parkir lagi, muka rakan lama muncul..siapa lagi jika buka Cha 'ah. Rakan yang masih kekal kecil moleknya.

Selelas itu, satu persatu muka rakan lama muncul dan suasana makin meriah dan ceria. Jika 13 tahun dahulu kebanyakkannya kurus dan kecil molek sahaja. Hari ini ramai yang sudah tambah besar dan berisi (terutama di perut). Ada beberapa rakan yang membawa sekali keluarga. Sudah pasti suasana tambah ceria dan happening. Tambah pula dengan suasana bukit yang menghijau di cafe KRU iaitu tempat kaki golf (golfer) melepak mengasah bakat.

Sepanjang tempuh masa yang berubah ini, kebanyakkan dari kami... ramai yang mempunyai karier yang baik. Ada di institusi awam, dan ada yang menjawat pelbagai jawatan di ajensi swasta. Dua dari kami sudah mempunyai Ph.d. Alhamdulillah.

Secara fizikalnya memang ramai yang sudah berubah. Tetapi bila saya menyorot kembali suasana petang itu, kebanyakan dari kami masih menyimpan baik memori dan siturahim yang terjalin 13 tahun dahulu. Gurauan, ketawa dan riuh yang berlaku jelas menunjukkan keakraban dan hubungan kekeluargaan yang terbentuk dahulu tetap utuh.

Malahan kebanyakan dari kami berjanji untuk memulakan perancangan bagi perjumpaan yang lebih besar nanti. Usaha mengumpul lebih ramai rakan-rakan yang terputus hubungan perlu dijalankan. Terutama bagi yang masih mempunyai nombor-nombor untuk berhubungan.

Saya secara peribadi juga teringin mengetahui cerita rakan-rakan seperti zambri (meri), Mohd Diyana, Mahadi Penang, Man Khamis dan ramai lagi rakan-rakan lama.

Moga perjumpaan ini bakal mengukuhkan kembali siraturahim yang pernah terjalin. Siapa tahu, perjumpaan ini mampu memberi manfaat besar kepada kehidupan kita semua.

Bersama ini saya sertakan juga tiga keping gambar yang menyimpan momen 13 tahun dahulu....



Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin