Saudara Maizal Omar selaku Koordinator Program
Saturday, April 23, 2011
Thursday, April 21, 2011
Terkini : Workshop Emotional Freedom Technique 23hb April 2011
Saya akan mengendalikan satu program latihan intensif terapi meridian yang terkenal iaitu Emotional Freedom Technique pada 23hb April ini (hari sabtu ini) bertempat di Wangsa Melawati. Workshop akan menunjukkan dan membimbing peserta untuk mendalami dan menguasai teknik ini untuk mereka menghadapi pelbagai isu dan situasi di dalam kehidupan mereka.
Tuan/Puan yang berminat boleh menghubungi 016-2488106 untuk tujuan pendaftaran.
Sekian
Amar Mahmood
Tuan/Puan yang berminat boleh menghubungi 016-2488106 untuk tujuan pendaftaran.
Sekian
Amar Mahmood
Monday, April 18, 2011
Energi Pati Bunga
Beberapa bulan yang lepas, semasa mengendalikan salah satu dari workshop saya, seorang peserta memberikan saya satu 'flyer' produk yang saya belum dengar sebelum ini. PHYTOBIOPHYSICS atau dalam bahasa melayunya FITOBIOFIZIK.
Memang sebelum ini saya biasa dengan produk energi pati bunga yang terdapat di Malaysia, tetapi saya tidak pernah mendengar produk energi keluaran Dr Diana Mossop iaitu pengasas dan juga pembawa aliran terapi energi bunga yang popular di dunia.
Peserta tersebut meminta saya mendapatkan maklumat lanjut tentang produk disamping cuba memberikan komen lanjut tentang prinsip dan falsafah yang dibawa oleh aliran fitobiofizik terutama ia menyentuh tentang subjek yang saya kendalikan iaitu MINDA & EMOSI.
Semalam, saya berjaya bertemu muka denga salah seorang pengarahnya di Melaka. Ms Kong Peoi Moon seorang pengamal Reiki dan juga Speaker / Pelatih bagi aliran pati bunga ini. Banyak yang saya perolehi. Malahan kami juga bertukar fikiran kerana subjek yang dibincangan adalah menjadi 'passion' saya iaitu ENERGI.
Apa yang menarik hati saya adalah beberapa kaedah/teknik yang digunakan dalam mereka membuat diagnosis masalah 'pesakit' juga mencari isu yang dihadapi oleh individu tersebut.
Insya Allah, di lain artikel saya akan kongsikan maklumat tentang terapi ini.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang aliran ini di laman berikut :- QALBU
Monday, April 11, 2011
QALBU Research Center
Salam Sejahtera...
Berikutan minat dan keinginan mendalam saya tentang dua subjek utama iaitu tentang Kemampuan Otak dan satu lagi adalah tentang Emosi, maka saya telah memulakan satu projek khas iaitu mendirikan sebuah pusat yang akan mengkaji dan meneroka potensi dan kemampuan yang dimiliki oleh OTAK (Brain) dan juga "HATI" (Heart) yang keduanya menghasilkan 'fikiran' (mind) dan juga emosi-perasaan (emotion) pada tubuh manusia.
Terlalu banyak pekara yang sebenarnya tidak kita ketahui tentang kedua-dua organ ini tetapi mempengaruhi keseluruhan tubuh manusia yang membentuk sikap dan karakter seseorang individu. Malahan kajian mendapati kedua organ inilah yang akan menentukan tahap kesihatan, kejayaan dan kebahagian seseorang individu itu disepanjang kehidupan mereka.
Maka, QALBU Research Center dibangunkan atas rasa prihatin dan keinginan mendalam saya untuk menyebarkan maklumat dan informasi yang bersifat ilmiah dan saintifik supaya pengetahuan ini sampai dan mampu memberi manfaat berguna kepada mereka yang inginkan perubahan positif di dalam kehidupan mereka.
Dengan ini, tuan-puan dijemput untuk berkunjung ke laman QRC tersebut dari hari kesehari untuk mendalami subjek yang akan saya sentuh tersebut.
Dengan itu, Weblog ini (amar-mahmood.blogspot) akan bergerak atas kapasiti saya seorang Jurulatih dan Penulis manakala QRC menjadi pusat kajian teknologi kemampuan "Heart-brain".
Kedua-duanya didokong oleh syarikat yang saya asaskan iaitu AL QUDRAH Training & Consultancy.
Sekian
Saturday, April 2, 2011
Q & A dan QALBU
Selepas artikel "Terapi Ketukan Jari" yang terbit 2 minggu lepas di Berita Minggu (sila rujuk copy pada artikel sebelum ini), saya menerima beberapa pertanyaan baik melalui email, laman sosial dan juga sms. Kebanyakannya ingin mengetahui lebih lanjut tentang apakah yang dikatakan "Terapi Ketukan Jari" tersebut.
Walaupun agak sibuk kebelakangan ini, saya akan cuba menjawap beberapa persoalan yang pada pendapat saya berguna dan mampu memberi sedikit informasi tentang terapi EFT tersebut.
Saya akan menulis beberapa siri artikel selepas ini bagi menjawap pertanyan yang dikirimkan tersebut.
Selain itu, saya juga ada membangunkan sebuah blogspot yang akan memberi perhatian kepada beberapa subjek yang mula menarik minat saya 2-3 tahun kebelakangan ini tetapi tidak banyak diketengahkan oleh kebanyakan dari mereka yang terlibat di dalam dunia pembangunan diri.
Saya akan menulis lebih lanjut beberapa pekara yang semakin kerap bermain-main dan "menepu" di dalam fikiran saya.
Jumpa lagi kita selepas ini....
Sunday, March 27, 2011
Friday, March 25, 2011
Kompleks Falak Al Khawarizmi
Hari ini saya berada di sebuah Komplek yang dikenali sebagai Kompleks Falak Al Khawarizmi yang terletak di Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka.
Saya berada di sini atas urusan program latihan bagi sebuat institusi pendidikan -UTeM.
Menariknya tempat ini kerana kompleks ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kompleks ini yang mungkin tidak diketahui oleh ramai individu dan masyarakt umum. Terutana bagi peminat subjek astrologi, kompleks ini menawarkan dan menyediakan maklumat dan informasi berguna untuk di jadikan renungan dan panduan.
Berikut adalah Objektif yang ditandakan oleh kompleks ini:-
- Memupuk kesedaran akan kepentingan ilmu falak terhadap masyarakat
- Menyokong dan menjana usaha-usaha ke arah menggalakkan perkembangan ilmu falak
- Membantu perkembangan ilmu falak kepada masyarakat menerusi aktiviti pelancongan
- Membantu perkembangan ilmu falak melalui penyelidikan terhadap aspek-aspek falak yang mempunyai hubungkait dengan ibadah dan kehidupan
Tuesday, March 22, 2011
Jemputan Untuk Alumni EFT
Berikutan beberapa pertanyaan dari peserta (Alumni EFT) yang pernah mengikuti Workshop EFT kendalian saya sebelum ini, saya dengan senang hati ingin menjemput Tuan/Puan/Para Alumni EFT untuk hadiri Workshop Intensif EFT yang akan dipada 23hb April nanti di KL.
Alumni akan diberi diskaun 'refresh' dengan yuran yang sangat berbaloi. Alumni akan dapat berkongsi pengalaman, maklumat terkini dan informasi yang berguna untuk mendalami lagi terapi atau kaedah EFT. Apatah lagi, evolusi teknologi "brain-heart" yang semakin berkembang pesat dewasa ini.
Sila hubungi 016-2488106 atau sms dengan menyertakan maklumat diri supaya saya dapat memberi butiran lanjut diskaun tersebut.
Sekian.
Amar Mahmood
QALBU Research Center
AL QUDRAH Training & Consultancy
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jemputan Program Latihan
Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com
Sekian, Terima Kasih
Admin
Sekian, Terima Kasih
Admin



