Friday, April 23, 2010

Artikel : Lady Gaga Jalani Pembedahan Atasi Kemurungan

 
Lady Gaga membuat persembahan di Tokyo, Japan, pada 20 April 2010. - Foto AP


BINTANG pop Lady Gaga dilaporkan tidak suka akan wajahnya dan merancang untuk menjalani pembedahan tidak lama lagi bagi membantunya mengatasi kemurungan.

"Dia amat tidak gembira, tetapi kerap bercakap tentang membelanjakan beribu-ribu dolar untuk membuat pembedahan plastik. Dia benar-benar percaya pembedahan itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya," menurut sumber.

Lady Gaga difahamkan mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan hidung, implan pada pipi, pembesaran buah dada dan pelangsingan paha serta punggung.
Sumber tersebut menambah, semua pihak bimbang akan dirinya dan merayu dia agar berehat untuk mendapatkan semula keyakinan dirinya.

Sumber : Mstar

Nota Penulis : Mampukah pembedahan mengatasi masalah emosi?

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin