Thursday, April 22, 2010
Pengurusan Stres & Emosi
Stres atau "rasa tegang" merupakan sebahagian dari kehidupan. Hidup tidak dapat lepas dari tekanan (stres), bahkan para pakar menyatakan jika tidak ada tekanan maka tidak akan ada kemajuan dalam kehidupan. Hingga ada pepatah mengatakan “hanya orang yang mati sahaja yang tidak stres”.
Untuk berhasil di dalam kehidupan khususnya dalam bidang kerjaya, seseorang individu itu harus mampu menggunakan tekanan untuk menjadi pendorong atau motivator bagi dirinya, sehingga orang tersebut mampu bekerja dengan lebih baik, lebih bersemangat, lebih kreatif dan akhirnya mampu memberikan hasil-hasil yang optimal baik bagi dirinya maupun bagi orang sekelilingnya.
Kemampuan seseorang menggunakan stres mampu menjadi motivator bagi dirinya, bergantung kepada sudut pandang orang tersebut dalam mengendalikan dan mengurus tekanan (stress) sehingga mampu menjadi sumber motivasi bagi orang tersebut.
Manakala stres yang tidak diurus atau dikendalikan dengan baik mampu memberi kesan yang buruk dan negatif kepada individu. Ia bukan sahaja melemahkan tenaga anda TETAPI juga melemahkan seluruh sistem kekebalan tubuh. Dan seterusnya akan mula menganggu kadar kecekapan, kebahagiaan, kesabaran dan kemarahan. Stres juga merendahkan kualiti kehidupan seseorang, hubungan dan kesehatannya. Karena itu, stres harus segera dikendalikan dan diatasi secepat mungkin.
Pada dasarnya, terdapat pelbagai method atau kaedah yang mampu digunakan untuk mengatasi / menghilangkan stres. Sudah tentu kaedah yang paling biasa atau selalu digunakan adalah dengan menggunakan perubatan moden (ubat-ubatan). Bagaimanapun, bagi yang memahami punca dan sumber stres akan mengetahui bahawa melalui ubat-ubatan ia hanya bersifat sementara saja iaitu HANYA menangani gejala atau simptom yang timbul akibat stres... tetapi tidak menghilangkan penyebabnya.
Kerana itu terdapat banyak kaedah alternatif yang lebih menjurus kepada merawat dan mengatasi masalah stres dan emosi. Kaedah ini lebih terkenal melalui pendekatan HOLISTIK. Iaitu lebih seimbang dan merawat terus kepada masalah yang menyebabkan tekanan tersebut.
Karena faktor utama timbulnya stres adalah fikiran dan emosi yang tidak diurus dan dikawal dengan baik, maka melalui kaedah holistik iaitu minda-emosi-tubuh, faktor ini akan dititikberatkan.
Kerana itu saya mengendalikan pelatihan khusus bagi menangani masalah stres ini melalui WORKSHOP “HOLISTIC STRESS & EMOTION MANAGEMENT” atau Bengkel Mengurus Tekanan dan Emosi Kaedah HOLISTIK.
Program latihan ini telah banyak dikendalikan bagi kelompok organisasi syarikat awam/korporat, graduan universiti dan juga masyarakat awam.
Nota:
Kami mengalu-alukan sebarang jemputan untuk membawa Program Latihan ini ke organisasi anda supaya ia memberi manfaat yang besar kepada produktivti dan prestasi peserta.
Hubungi kami di 017-6839638 untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jemputan Program Latihan
Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com
Sekian, Terima Kasih
Admin
Sekian, Terima Kasih
Admin
No comments:
Post a Comment