Tuesday, April 20, 2010

Maklumat Terkini...

Asalamualaikum wbt..

Salam kemakmuran buat semua pembaca dan rakan-rakan yang dikasihi.

Sudah agak lama saya tidak menulis atau mengemaskini maklumat di blog. Secara jujurnya, memang selepas blog asal saya diserang virus, saya memang memperlahankan kadar penulisan di laman blog baru ini.

Pertamanya saya agak sibuk dengan urusan pelatihan. Dan keduanya memang saya belum bersedia untuk aktif menulis di blog semula. Bagaimanapun kerana menulis adalah sebahagian dari "passion" saya, maka saya teruskan kegemaran ini dengan menulis banyak subjek dan bahan untuk buku terbaru saya.

Selain itu, saya juga kini menumpukan pembangunan program latihan untuk kelompok organisasi korporat. Maka, banyak aktiviti adalah bersifat "indoor".

Bagaimanapun mulai bulan Mei ini, saya akan mengendalikan beberapa program latihan buat individu yang sentiasa ingin berkembang dan berubah. Saya akan menggunakan media utama untuk mengiklankan program tersebut.

Insya Allah , saya akan menghebahkan semula di blog ini.

Salam buat semua...

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin