Wednesday, May 26, 2010

Kekuatan Mental & Emosi Dalam Sains Sukan

Membaca artikel di bawah (sila rujuk pada artikel yang dipetik dari Sinar Harian), membuatkan saya jadi keliru dengan tahap pembangunan Sains Sukan di Malaysia. Terutama apabila ia berkaitan tentang subjek kekuatan mental dan kecerdasan emosi (EQ).

Jelas sekali seorang pakar sains sukan mempertikaikan kaedah yang dibawa dalam latihan mental yang digunakan dalam program latihan tersebut. Saya juga berpendapat kaedah melatih mental dengan aktiviti lasak atau fizikal bukan kaedah terbaik dalam bidang sukan. Ia mungkin sesuai bagi bidang yang lain.

Penggunaan kaedah stimulasi minda dan beberapa teknik kuasa minda seperti visualisasi jika diterapkan secara konsisten mampu memberi kesan yang baik. Tetapi saya tetap berpendapat bahawa faktor utama yang menghantui skuad badminton adalah masalah tekanan.

Pemain badminton Malaysia jelas mempunyai masalah BESAR dari sudut kematangan dan kecerdasan emosi (sila rujuk situasi ketidakmatangan beregu kedua Malaysia -Fairuzizuan/Zakry- yang tidak mampu mengawal emosi tertekan hingga melakukan reaksi negatif akibat provokasi penonton).

Minda & Emosi sangat berkait rapat. Kekuatan mental juga datang dari ketenangan emosi. Melatih minda perlu dengan cara yang betul. Kebanyakan latihan mental tidak perlu banyak menggunakan fizikal. Kerana ia melatih mental. Cukup berkomunikasi terus dengan Minda. Kenapa perlu banyak menggunakan fizikal atau deria untuk berkomunikasi?

Selain itu, kekuatan emosi sangat perlu diselaraskan. Saya kurang setuju dengan kenyataan bahawa IQ adalah punca skuad badminton. Walaupun kita perlu seorang atlet yang intektual tetapi fakta tidak menunjukan data untuk menyokong kenyataan tersebut. Strategi bukan isunya. Malaysia kalah seawal sebelum strategi.

Lihat wajah dan cara mereka bermain seawal pemainan. Kita tahu mereka kalah pada tekanan dan rendahnya kekuatan emosi. Masalah utama kita adalah dalam masalah psikologi. Maka ia perlu diatasi dengan gaya psikologi. Walau sekuat manapun latihan fizikal dan strategi digunakan tetapi jika masalah psikologi tidak diatasi kita tidak akan mampu melahirkan seorang atlet seperti Lin Dan.

Lihat bagaimana Ching Wei kalah setiap kali seluruh Malaysia memberi tumpuan dan harapan (Baca : Tekanan). Jangan sebut tentang pemain yang lain pula..


_____________________________________________________________
Pemain negara perlukan ujian IQ
Kuala Lumpur- Seorang pakar Sains Sukan mendakwa bentuk latihan mental yang diterapkan kepada pemain badminton negara tidak sesuai dan menjadi punca utama kegagalan skuad lelaki Malaysia mara ke saingan akhir Piala Thomas.

Bekas pengerusi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad berkata berdasarkan pemerhatiannya, latihan mental yang diterapkan kepada skuad kebangsaan lebih kepada aktiviti 'fizikal' untuk menguatkan mental.

“Saya lihat latihan kekuatan mental skuad kebangsaan seperti latihan berjemur di tengah panas, konon untuk menguji kekuatan mental, lebih sesuai bagi anggota tentera sahaja. “Bagi pemain badminton, kita tidak boleh terapkan latihan kesakitan fizikal untuk tingkatkan kekuatan mental. Pendekatan bagi atlet berbeza,” katanya.

Sheikh Kamaruddin yang berpengalaman selama 30 tahun sebagi saintis sukan dan kini mengajar Sains Sukan Di UPM berkata, latihan mental khusus bagi pemain badminton ialah melalui latihan menguji seperti latihan IQ dan EQ.

Latihan IQ dan EQ yang bertujuan mengukur ketajaman fikiran, mampu melatih atlet untuk memfokus minda masing-masing apabila berhadapan lawan di dalam gelanggang, katanya.

Beliau berkata tanpa mental yang sentiasa diasah supaya sentiasa cerdas, gerakan fizikal pemain juga akan lambat ketika memberikan tindakbalas. “Pelbagai jenis latihan IQ dan EQ boleh dipaktikkan oleh pemain. Tujuannya bagi menguatkan dan menajamkan minda pemain supaya lebih fokus. Contohnya tahu strategi lawan, ke manakah lawan akan menghantar bulu tangkisnya serta ke mana pula kita hendak menghantar bulu tangkis bagi mematikan lawan,” katanya.

Beliau mengakui faktor utama yang mengpengaruhi IQ dan EQ pemain ialah emosi pemain itu sendiri. “Kecelaruan minda ini akan menyebabkan Chong Wei hilang fokus dan strategi perlawanan yang diatur awal, tidak akan menjadi.

Beliau berkata cara terbaik bagi pemain badminton menguatkan mental ialah dengan cara mengosongkan minda sebelum perlawanan dan hanya fokus kepada strategi perlawanan yang diatur bersama jurulatih.

“Pakar psikologi yang ditugaskan menjaga dan menguatkan mental pemain juga haruslah seorang yang 'berkuasa' untuk mempengaruhi emosi atlet agar fokus kepada perlawanan tersebut.-Bernama

Sumber: Sinar Harian (26 Mei 2010)

Friday, May 21, 2010

Program Latihan Di MPSJ

Terima kasih kepada pihak urus setia yang banyak membantu melancarkan program tersebut. Terutama buat Puan Azan dan Cik Hani. Tidak lupa juga pada peserta yang memberi kerjasama yang memberangsangkan.
Moga bengkel tersebut memberi manfaat buat kalian semua.

Akhir kata...tidak lupa buat Puan Nik. Moga sokongan Puan diberi kebaikan buat Puan sekeluarga.

Bersama Management Team MPSJ yang terlibat di dalam program tersebut.


Sesi Latihan


NLP Technique-Mirror & Matching (unconscious communication)...


Sempat melakukan "Clearing & Releasing" untuk 2 hari program...

Friday, May 14, 2010

Program "Holistic Stress & Emotion Management"

Minggu hadapan saya akan mengendalikan Latihan Korporat selamat 2 hari untuk MPSJ. Program ini akan dijalankan pada 18 & 19hb nanti dengan subjek adalah tentang Pengurusan Stres dan Emosi. Saya akan mengendalikan program ini dengan mengguakan pendekatan holistik iaitu menyentuh "mind-body-soul" atau mudahnya ; tubuh-minda-jiwa (spirit).

3 pendekatan utama yang saya tekankan adalah :

1. Coaching- membimbing
2. Therapy Based
3. Holistik

Modul dibangunkan bukan sekadar membantu peserta dalam mengendalikan dan mengurus tekanan, sebaliknya saya akan membawa peserta kepada isu utama yang membawa kepada maslah stres atau tekanan ini iaitu bagaimana mengurus, membangunkan EQ dan seterusnya merawat emosi.

Selain itu, pada penhujung Mei, saya akan mengendalikan program pengembangan personal untuk pelajar Kolej Yaysan Mara. Program berjalan untuk 6 hari. Bagaimanapun saya akan terlibat hanya untuk 2 hari dengan mengupas dan membimbing pelajar kaedah terbanik membangunkan mindset.

Insya Allah..saya akan menganjurkan beberapa program latihan dan bengkel untuk awan pada bulan Jun nanti.

Saya akan mengendalikan dua modul utama iaitu Workshop "Rahsia Minda Jutawan" dan juga Bengkel Emotional Freedom Technique  yang akan dibuat secara istemewa pada bulan Jun nanti.

Sekian..

Salam..

Monday, May 10, 2010

Artikel: Warren Buffett’s son preaches values as wealth

NEW YORK, May 10 — The son of billionaire investor Warren Buffett (picture) has an old-world spiritual message for today’s money-rich parents: teach your children values and do not give them everything they want.

Musician and now author Peter Buffett preaches the message in his new book “Life is What You Make it: Finding Your Own Path to Fulfillment”. Recently released in the United States, it describes how he wound up a “normal, happy” person instead of a spoiled child to one of the world’s richest people.

Buffett, 52, teaches the rewards of self-respect and pursuing one’s own passions and accomplishments rather than buying into society’s concepts of material wealth.

“I am my own person and I know what I have accomplished in my life,” he said. “This isn’t about wealth or fame or money or any of that stuff, it is actually about values and what you enjoy and finding something you love doing.”

People who are born with a silver spoon in their mouth can fall victim to what Buffett said his father has called a “silver dagger in your back,” which leads to a sense of entitlement and a lack of personal achievement.

“Entitlement is the worst thing ever and I see entitlement coming in many guises,” he said. “Anybody who acts like they deserve something ‘just because,’, is a disaster.”

But Buffett wasn’t always this wise. His own family gave him US$90,000 (RM288,000) in stock when he was 19, a small sum from such immense financial wealth. After studying at Stanford University, he moved to San Francisco and lived in a studio apartment with just enough room for his musical instruments.

“I was really searching,” he said, adding that he began his musical career by working for free writing music for a local television station.

“I was kind of lost, but trying to find myself. It was definitely this strange period where I didn’t really know where I was going,” he said.

As well his musical passions, the values taught to him growing up and a sense of a bigger picture in life stayed with him during those trying times, he said.

“I was not only not handed everything as a kid, I was shown that there are lots of other people out there with very different circumstances,” he said.

Although many people he encounters assume that his father wanted him to go into finance, he said his father accepted his choice to become a musician beginning with commercials then his own albums and composing for television shows and films.

“It was encouraged for a moment when I was open to the idea,” he said about pursuing finance. But he added that as he grew older, it became clear the financial world “was not speaking to my heart.”

Along with the book, Buffett has embarked on a “Concert & Conversation” tour in which he plays the piano, talks about his life and warns against consumerist culture and damaging the environment.

He said he eventually inherited more money after his mother died in 2004, but by then he had learned his lessons. Now he works on giving back to the world — another of his life philosophies — which includes through working for his father’s NoVo charitable foundation.

“Economic prosperity may come and go; that’s just how it is,” he writes in the book. “But values are the steady currency that earns us the all-important rewards.— Reuters

Saturday, May 8, 2010

Merawat dan Membangunkan KUASA EMOSI

Ketika saya mula menulis buku Rahsia Minda Jutawan sekitar tahun 2006, masih belum ramai lagi individu yang bercakap tentang MINDA JUTAWAN. Apatah lagi soal membangunkan mindset atau cara berfikir seseorang yang berjaya di dalam bidang kewangan. Kerana itu saya meneruskan penulisan kedua saya dalam subjek dan skop yang hampir sama tetapi TIDAK serupa.

Hari ini, setiap hari saya dapat melihat banyaknya workshop dan buku-buku yang menulis subjek tersebut. Pada saya ini satu kesedaran yang POSITIF. Bila kita mula merubah pemikiran, sedikit sebanyak akan berlaku perubahan di dalam kehidupan kita..Insya Allah.

Tetapi..sebagai seorang yang sudah mendalami subjek ini hampir belasan tahun, saya tahu masih ramai yang gagal dalam mencapai impian yang mereka ingini. Tidak terkira banyaknya workshop MENGENAL POTENSI, mengetahui POTENSI dan  sedar tentang POTENSI DIRI yang telah dipelajari baik secara terus atau melalui pembacaan yang telah diikuti, TETAPI jika diri yang 'dalam' masih banyak terhalang, masih banyak "blockage" , masih banyak limiting belief..maka sudah tentu jalan merubah "nasib" ibarat satu perjalanan yang 'penuh ranjau dan duri'.

POTENSI hanya tinggal POTENSI kerana yang menguasai tubuh kita adalah organ kurniaan Allah swt yang hebat ini-OTAK. Jika kita diberitahu yang "karakter nombor" kita lebih cenderung untuk sukses dalam bidang perniagaan (dibaca sebagi "simbol nombor" BUKAN karakter elemen diri) TETAPI kita sendiri masih menyimpan pelbagai mindset dan emosi yang bertentangan dengan POTENSI kita...BAGAIMANA kita mahu maju ke depan dan menikmati kebahagian yang kita idamkan?

Setiap Mindset atau kepercayaan disimpan di dalam memori "melekat" dengannya emosi atau satu SENSASI perasaan kita(sensasi adalah satu rembesan energi-tenaga di dalam sistem hayat kita). Jika kita PERCAYA "hantu" itu mengerun dan menakutkan, sudah tentu terselit sama emosi "takut", "gementar ataupun perasaaan seram di dalam memori kita setiap kali teringat atau terbayangkan gambaran "hantu" tersebut. 

Cuba anda bayangkan jika kita "percaya bahawa kekayaan mampu merosakkan sikap dan hubungan kekeluargaan seseorang individu". Sudah tentu ada perasaan benci atau takut tersembunyi di dalam minda kita . Mungkin kita sedar. Atau mungkin juga kita tidak sedar. Ia tidak menghairankan saya. Kerana setiap pemikiran dan emosi disimpan rapat di dalam minda separa sedar (subconscious mind) manusia.

Membuang "mindset" atau merubah mindset adalah ibarat satu pekerjaan membuang 'duri yang tersusuk di dalam isi kulit' kita. Walaupun durinya yang di atas sudah kita cabut keluar, TETAPI jika hujungnya yang tajam masih tidak ditarik sama..sudah tentu ia TETAP memberi rasa sakit yang sama.

Begitu juga minda dan emosi. Ia hanyalah satu metafora untuk kita mudah memahami hubungan minda dan emosi.

Membuang pemikiran negatif menjadi sukar kerana emosi yang tersembunyi di dalam Minda Separa Sedar kita. Jika kita mempunyai perasaan TAKUT untuk berucap di khalayak ramai. Tetapi sudah puas menyebut affirmasi atau saranan minda "aku mampu berucap dengan baik dan berkeyakinan tinggi" SUDAH TENTU kaki kita akan mengigil dan perasaan risau dan bimbang akan muncul bila nama kita dipanggil untuk berucap di hadapan.

Itulah KEKUATAN EMOSI. SENSASINYA boleh melonjak menjadi MOTIVASI atau meledak menjadi kemurungan yang kronik. Jangan dipendam...jangan ditekan kerana ia mampu menjahanamkan hidup anda. Kenali kekuatan yang dimilikinya, supaya POTENSI MINDA yang ada bersatu dengan kekuatan EMOSI yang kita dimiliki.

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin