Saturday, May 8, 2010

Merawat dan Membangunkan KUASA EMOSI

Ketika saya mula menulis buku Rahsia Minda Jutawan sekitar tahun 2006, masih belum ramai lagi individu yang bercakap tentang MINDA JUTAWAN. Apatah lagi soal membangunkan mindset atau cara berfikir seseorang yang berjaya di dalam bidang kewangan. Kerana itu saya meneruskan penulisan kedua saya dalam subjek dan skop yang hampir sama tetapi TIDAK serupa.

Hari ini, setiap hari saya dapat melihat banyaknya workshop dan buku-buku yang menulis subjek tersebut. Pada saya ini satu kesedaran yang POSITIF. Bila kita mula merubah pemikiran, sedikit sebanyak akan berlaku perubahan di dalam kehidupan kita..Insya Allah.

Tetapi..sebagai seorang yang sudah mendalami subjek ini hampir belasan tahun, saya tahu masih ramai yang gagal dalam mencapai impian yang mereka ingini. Tidak terkira banyaknya workshop MENGENAL POTENSI, mengetahui POTENSI dan  sedar tentang POTENSI DIRI yang telah dipelajari baik secara terus atau melalui pembacaan yang telah diikuti, TETAPI jika diri yang 'dalam' masih banyak terhalang, masih banyak "blockage" , masih banyak limiting belief..maka sudah tentu jalan merubah "nasib" ibarat satu perjalanan yang 'penuh ranjau dan duri'.

POTENSI hanya tinggal POTENSI kerana yang menguasai tubuh kita adalah organ kurniaan Allah swt yang hebat ini-OTAK. Jika kita diberitahu yang "karakter nombor" kita lebih cenderung untuk sukses dalam bidang perniagaan (dibaca sebagi "simbol nombor" BUKAN karakter elemen diri) TETAPI kita sendiri masih menyimpan pelbagai mindset dan emosi yang bertentangan dengan POTENSI kita...BAGAIMANA kita mahu maju ke depan dan menikmati kebahagian yang kita idamkan?

Setiap Mindset atau kepercayaan disimpan di dalam memori "melekat" dengannya emosi atau satu SENSASI perasaan kita(sensasi adalah satu rembesan energi-tenaga di dalam sistem hayat kita). Jika kita PERCAYA "hantu" itu mengerun dan menakutkan, sudah tentu terselit sama emosi "takut", "gementar ataupun perasaaan seram di dalam memori kita setiap kali teringat atau terbayangkan gambaran "hantu" tersebut. 

Cuba anda bayangkan jika kita "percaya bahawa kekayaan mampu merosakkan sikap dan hubungan kekeluargaan seseorang individu". Sudah tentu ada perasaan benci atau takut tersembunyi di dalam minda kita . Mungkin kita sedar. Atau mungkin juga kita tidak sedar. Ia tidak menghairankan saya. Kerana setiap pemikiran dan emosi disimpan rapat di dalam minda separa sedar (subconscious mind) manusia.

Membuang "mindset" atau merubah mindset adalah ibarat satu pekerjaan membuang 'duri yang tersusuk di dalam isi kulit' kita. Walaupun durinya yang di atas sudah kita cabut keluar, TETAPI jika hujungnya yang tajam masih tidak ditarik sama..sudah tentu ia TETAP memberi rasa sakit yang sama.

Begitu juga minda dan emosi. Ia hanyalah satu metafora untuk kita mudah memahami hubungan minda dan emosi.

Membuang pemikiran negatif menjadi sukar kerana emosi yang tersembunyi di dalam Minda Separa Sedar kita. Jika kita mempunyai perasaan TAKUT untuk berucap di khalayak ramai. Tetapi sudah puas menyebut affirmasi atau saranan minda "aku mampu berucap dengan baik dan berkeyakinan tinggi" SUDAH TENTU kaki kita akan mengigil dan perasaan risau dan bimbang akan muncul bila nama kita dipanggil untuk berucap di hadapan.

Itulah KEKUATAN EMOSI. SENSASINYA boleh melonjak menjadi MOTIVASI atau meledak menjadi kemurungan yang kronik. Jangan dipendam...jangan ditekan kerana ia mampu menjahanamkan hidup anda. Kenali kekuatan yang dimilikinya, supaya POTENSI MINDA yang ada bersatu dengan kekuatan EMOSI yang kita dimiliki.

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin