Tuesday, June 15, 2010

Reunion: selepas 13 tahun......

Alhamdulillah...Sabtu lepas tercapai jua hajat (secara spontan sebenarnya) yang dirancang hanya melalui Facebook. Selepas terpisah hampir 13 tahun lamanya dengan masing-masing memilih pelbagai landasan dalam meneruskan perjalanan dan membina kehidupan selepas selesai pengajian selama 4 tahun di Fakulti Ekonomi UKM. Bertempat di KRU UKM, hampir kebanyakan yang sudah berjanji untuk bertemu di FB, muncul dan meluangkan sedikit masa dari kesibukan tersebut.

Tidak disangka, ada sejauh Sabah..ada dari Kulim Kedah..malahan ada yang sempat meninggalkan kesibukan di SUKMA Melaka semata-mata untuk meraikan perjumpaan ini.

Walaupun Reunion ini tidak dirancang secara khusus (tanpa sebarang penyediaan makanan dan minuman), semangat ingin berjumpa tetap tinggi. Pagi sabtu, saya dan Naje kawan se-fakulti yang telah menetap di Melaka bergerak dengan niat untuk menyambung siraturahim yang terputus 13 tahun lepas. Mengikut komen-komen yang dikumpul melalui FB, mungkin sekitar 15-20 dari kawan-kawan lama yang bakal berkumpul. Saya mengganggap pertemuaan ini sebagai mini-gathering sebelum grand gathering yang mungkin dapat dikendalikan selepas perjumpaan ini.

Tepat 2 pm seperti yang dijanjikan, kami sampai di KRU. Setiba di parkir lagi, muka rakan lama muncul..siapa lagi jika buka Cha 'ah. Rakan yang masih kekal kecil moleknya.

Selelas itu, satu persatu muka rakan lama muncul dan suasana makin meriah dan ceria. Jika 13 tahun dahulu kebanyakkannya kurus dan kecil molek sahaja. Hari ini ramai yang sudah tambah besar dan berisi (terutama di perut). Ada beberapa rakan yang membawa sekali keluarga. Sudah pasti suasana tambah ceria dan happening. Tambah pula dengan suasana bukit yang menghijau di cafe KRU iaitu tempat kaki golf (golfer) melepak mengasah bakat.

Sepanjang tempuh masa yang berubah ini, kebanyakkan dari kami... ramai yang mempunyai karier yang baik. Ada di institusi awam, dan ada yang menjawat pelbagai jawatan di ajensi swasta. Dua dari kami sudah mempunyai Ph.d. Alhamdulillah.

Secara fizikalnya memang ramai yang sudah berubah. Tetapi bila saya menyorot kembali suasana petang itu, kebanyakan dari kami masih menyimpan baik memori dan siturahim yang terjalin 13 tahun dahulu. Gurauan, ketawa dan riuh yang berlaku jelas menunjukkan keakraban dan hubungan kekeluargaan yang terbentuk dahulu tetap utuh.

Malahan kebanyakan dari kami berjanji untuk memulakan perancangan bagi perjumpaan yang lebih besar nanti. Usaha mengumpul lebih ramai rakan-rakan yang terputus hubungan perlu dijalankan. Terutama bagi yang masih mempunyai nombor-nombor untuk berhubungan.

Saya secara peribadi juga teringin mengetahui cerita rakan-rakan seperti zambri (meri), Mohd Diyana, Mahadi Penang, Man Khamis dan ramai lagi rakan-rakan lama.

Moga perjumpaan ini bakal mengukuhkan kembali siraturahim yang pernah terjalin. Siapa tahu, perjumpaan ini mampu memberi manfaat besar kepada kehidupan kita semua.

Bersama ini saya sertakan juga tiga keping gambar yang menyimpan momen 13 tahun dahulu....



No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin