Monday, June 7, 2010

Program Latihan di Kolej..

Beberapa hari lepas saya mengendalikn satu program latihan di Melaka. Saya dijemput untuk memberi bimbingan buat hampir 100 siswa/i Diploma Keusahawanan Kolej Profesional Mara. Program yang mengambil masa selama 6 hari ini dianjurkan bersama oleh MARA dengan Kanida Q Management iaitu sebuah pusat latihan yang diketuai oleh rakan karib saya Tuan Maizal Omar selaku Ketua Jurulatih program tersebut.

Saya bagaimanapun terlibat secara langsung hanya untuk 2 hari.

Peluang ini saya manfaatkan dengan mengupas dan memberi kesedaran khusus tentang strategi, prinsip dan mindset seorang usahawan berjaya kepada anak-anak muda yang sangat bersemangat untuk menjadi usahawan.

Alhamdulillah...program mendapat sambutan yang baik. Kerjasama dan reaksi yang diberikan menunjukkan budaya keusahawanan dikalangan kaum melayu semakin berkembang baik.

Sudah tentu pembentukan mindset yang betul, pembangunan EQ dan SQ yang sejajar akan memberi kesan yang positif kepada peserta.

Moga mereka dapat membangunkan 'kesedaran dalaman-Inner Awareness' dan membentuk satu Mentaliti Bisnesman yang betul dalam menjana usaha yang murni ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih khusus buat Tuan Maizal Omar yang menjemput saya dan juga kepada wakil MARA unit IPT iaitu Puan Norehan dari Ibupejabat KL.

Sekian... 

Re-Program Activity

 
Tuan Maizal Omar (Morning Briefing-Nanyi lagu "Kau BOLEH!"

"Modeling-Percontohan"



Pace & Speed


Creative Visualization-Right Brain

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin