Wednesday, June 22, 2011

Jadual Workshop EFT untuk Julai 2011

Saya menerima beberapa pertanyaan tentang jadual latihan yang saya kendalikan. Tetapi kerana saya sibuk dengan beberapa urusan, kebanyakannya saya minta agar mereka mengikuti hebahan yang akan saya lakukan melalui blog ini.

Memandangkan tidak lama lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan (Ogos), maka saya HANYA akan mengendalikan satu program latihan khusus untuk Terapi EFT pada bulan Julai nanti. Selepas itu, saya hanya akan mengendalikan semula program-program latihan bagi khalayak umum hanya selepas sebulan kita berpuasa.

Maka saya amat berharap agar mereka yang berminat dan pernah menghubungi saya untuk mengikuti program latihan yang dikendalikan oleh saya, tidak melepaskan peluang untuk menghadiri program kali ini.

Berikut adalah maklumat penuh program tersebut.

Program : Workshop Intensif EFT
Tarikh : 30hb Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : Kuala Lumpur
Yuran : RM200.00

Insya Allah, saya akan menulis lebih lanjut tentang intipati dan pengisian program kali ini. Hubungi 016-2488106 untuk pendaftaran.

Sekian
 

Monday, June 6, 2011

Santai : Ashraf Muslim dan penyembuhan...

Hari ahad lepas ketika memandu di dalam taman kediaman saya, ternampak deratan kereta di hadapan rumah Pak Muslim yang merupakan salah seorang jiran dan kenalan saya. Pak Muslim merupakan seorang pengusaha ternakan di Alor Gajah. Ada beberap kali saya membeli telur Itik buat hidangan tengahari...

Apa sebabnya terdapat banyak kereta yang berkunjung ke rumah Pak Muslim..?

Tak lain tentu anaknya seorang pelakon terkenal yang kini beralih bidang menjadi seorang ahli penyembuh atau perawat perubatan alternatif iaitu Ashraf Muslim.

Ya..hari ahad itu, saudara Ashraf yang menwakili pusat rawatan Syifa' Al Hidayah mengendalikan rawatan di rumah ayahnya di Telok Emas Melaka.

Seperti sesi-sesi rawatan yang lepas  (hanya dijalankan secara berkala iaitu mungkin dalam sela sebulan), mereka yang berkunjung dan berniat untuk mendapatkan rawatan perlu datang awal untuk mendapatkan angka giliran supaya tidak kecewa atau terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan giliran bertemu perawatnya.

 ASHRAF MUSLIM ketika menjalankan rawatan  kepada pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.
ASHRAF MUSLIM ketika menjalankan rawatan kepada pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.
 
Di Telok Emas iaitu di kawasan tempat tinggal saya terdapat 2 buah pusat rawatan alternatif yang popular dan penuh dikunjungi oleh mereka yang bermasalah kesihatan. Selain rawatan dari Shifa Al Hidayah, sebuah lagi adalah rawatan bedah batin oleh Ustaz Rahim Darul Aitam Bukit Pegoh yang terkenal hingga mereka yang datang jauh dari Kelantan mahupun dari negara jiran iaitu Singapura.

Sebagai seorang pengamal dan perunding rawatan holistik, saya melihat keduanya secara esensinya mempunyai asas yang hampir sama iaitu energi.

Insya Allah saya akan terangkan dalam kolum tulisan saya pada artikel yang lainnya. hari ini biar kita santai sahaja......

Thursday, June 2, 2011

Memakmurkan blog...

Agak lama juga saya tidak menulis secara konsisten di blog ini kerana beberapa sebab yang sudah saya jelaskan sebelumnya, bagaimanapun keinginan menulis dan berkongsi cerita datang semakin hari semakin kuat. 

Walaupun, perkembangan dunia internet semakin menjurus kepada laman-laman sosial seperti FB dan twitter, sebagai seorang yang 'mencintai' bidang penulisan, saya masih kerap membaca banyak tulisan dari pelbagai sumber baik di media massa mahupun di pelbagai laman-laman blog 'persendirian' yang lain.

Saya masih merasakan bahawa perkongsian di blog-blog masih mempunyai "jiwa' (baca: energi) nya yang tersendiri. Kita rasa lebih dekat dan dapat menyelami dunia kehidupan yang cuba disampaikan.

Saya selalu melihat bahawa setiap individu dilahirkan dengan kemampuan dan pengalaman yang tersendiri. Tidak kira apapun bidang mahupun cabang perjalanan yang mereka pilih untuk dilalui. Maka, pengalaman inilah yang membentuk cara pemikiran dan cara individu itu melihat 'dunia'.

"Rasa" dan "pengalaman" itulah yang sepatutnya dikongsikan kepada dunia. Mungkin ada pengajaran dan perkongsian yang bermanfaat kepada individu yang tertentu. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan dari cerita itu.

Kerana itulah saya memutuskan untuk menulis secara tetap semula di blog ini. 

Saya mempunyai minat yang tinggi dalam beberapa subjek. Salah satunya adalah di dalam bidang yang saya ceburi iaitu 'pembangunan diri'.  Saya menulis buku dan memberi latihan di dalam subjek tersebut termasuk beberapa subjek yang lain. Kerana saya lebih suka memberi pengkhususan kepada topik-topik yang tertentu, maka banyak pekara lain yang saya tidak dapat bercerita melalui penulisan buku mahupun di dalam bilik latihan.

Maka saya mahu menjadikan blog ini untuk saya menulis banyak lagi pekara lain yang saya minati dan selalu menjadi permerhatian saya setiap hari.

Kerana itulah saya mahu kembali menulis .....menulis dengan sepenuh dan sepuas hati saya sendiri.

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin