Agak lama juga saya tidak menulis secara konsisten di blog ini kerana beberapa sebab yang sudah saya jelaskan sebelumnya, bagaimanapun keinginan menulis dan berkongsi cerita datang semakin hari semakin kuat.
Walaupun, perkembangan dunia internet semakin menjurus kepada laman-laman sosial seperti FB dan twitter, sebagai seorang yang 'mencintai' bidang penulisan, saya masih kerap membaca banyak tulisan dari pelbagai sumber baik di media massa mahupun di pelbagai laman-laman blog 'persendirian' yang lain.
Saya masih merasakan bahawa perkongsian di blog-blog masih mempunyai "jiwa' (baca: energi) nya yang tersendiri. Kita rasa lebih dekat dan dapat menyelami dunia kehidupan yang cuba disampaikan.
Saya masih merasakan bahawa perkongsian di blog-blog masih mempunyai "jiwa' (baca: energi) nya yang tersendiri. Kita rasa lebih dekat dan dapat menyelami dunia kehidupan yang cuba disampaikan.
Saya selalu melihat bahawa setiap individu dilahirkan dengan kemampuan dan pengalaman yang tersendiri. Tidak kira apapun bidang mahupun cabang perjalanan yang mereka pilih untuk dilalui. Maka, pengalaman inilah yang membentuk cara pemikiran dan cara individu itu melihat 'dunia'.
"Rasa" dan "pengalaman" itulah yang sepatutnya dikongsikan kepada dunia. Mungkin ada pengajaran dan perkongsian yang bermanfaat kepada individu yang tertentu. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan dari cerita itu.
Kerana itulah saya memutuskan untuk menulis secara tetap semula di blog ini.
Saya mempunyai minat yang tinggi dalam beberapa subjek. Salah satunya adalah di dalam bidang yang saya ceburi iaitu 'pembangunan diri'. Saya menulis buku dan memberi latihan di dalam subjek tersebut termasuk beberapa subjek yang lain. Kerana saya lebih suka memberi pengkhususan kepada topik-topik yang tertentu, maka banyak pekara lain yang saya tidak dapat bercerita melalui penulisan buku mahupun di dalam bilik latihan.
Maka saya mahu menjadikan blog ini untuk saya menulis banyak lagi pekara lain yang saya minati dan selalu menjadi permerhatian saya setiap hari.
Kerana itulah saya mahu kembali menulis .....menulis dengan sepenuh dan sepuas hati saya sendiri.
No comments:
Post a Comment