Hari ahad lepas ketika memandu di dalam taman kediaman saya, ternampak deratan kereta di hadapan rumah Pak Muslim yang merupakan salah seorang jiran dan kenalan saya. Pak Muslim merupakan seorang pengusaha ternakan di Alor Gajah. Ada beberap kali saya membeli telur Itik buat hidangan tengahari...
Apa sebabnya terdapat banyak kereta yang berkunjung ke rumah Pak Muslim..?
Tak lain tentu anaknya seorang pelakon terkenal yang kini beralih bidang menjadi seorang ahli penyembuh atau perawat perubatan alternatif iaitu Ashraf Muslim.
Ya..hari ahad itu, saudara Ashraf yang menwakili pusat rawatan Syifa' Al Hidayah mengendalikan rawatan di rumah ayahnya di Telok Emas Melaka.
Seperti sesi-sesi rawatan yang lepas (hanya dijalankan secara berkala iaitu mungkin dalam sela sebulan), mereka yang berkunjung dan berniat untuk mendapatkan rawatan perlu datang awal untuk mendapatkan angka giliran supaya tidak kecewa atau terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan giliran bertemu perawatnya.
ASHRAF MUSLIM ketika menjalankan rawatan kepada pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.
Di Telok Emas iaitu di kawasan tempat tinggal saya terdapat 2 buah pusat rawatan alternatif yang popular dan penuh dikunjungi oleh mereka yang bermasalah kesihatan. Selain rawatan dari Shifa Al Hidayah, sebuah lagi adalah rawatan bedah batin oleh Ustaz Rahim Darul Aitam Bukit Pegoh yang terkenal hingga mereka yang datang jauh dari Kelantan mahupun dari negara jiran iaitu Singapura.
Sebagai seorang pengamal dan perunding rawatan holistik, saya melihat keduanya secara esensinya mempunyai asas yang hampir sama iaitu energi.
Insya Allah saya akan terangkan dalam kolum tulisan saya pada artikel yang lainnya. hari ini biar kita santai sahaja......
No comments:
Post a Comment