Sunday, November 28, 2010

Hebahan Umum : Workshop Whole Brain Method

Berikutan banyaknya pertanyaan bilakah saya akan mengendalikan workshop berkaitan tentang potensi minda, hari ini saya ingin mewar-warkan program latihan yang akan saya kendalikan di dalam masa yang terdekat ini.

WORKSHOP: WHOLE BRAIN METHOD Training

Tarikh : 18hb Disember 2010
Masa 9.30am-430pm
Lokasi : Kuala Lumpur
Yuran : RM180.00
(Mereka yang mendaftar sebelum 6/12/10 HANYA perlu membayar RM150.00 sahaja)

Sila hubungi 016-2488106 untuk pendaftaran atau maklumat lanjut.

Peserta akan didedahkan tentang :-

-"Brain Power" dari sudut Neurosains dan Metafizik
-Potensi dan Kekuatan Otak
- (The Triune Brain) : Memahami Otak secara fizikal
-Kemampuan Otak Kiri & Otak Kanan
-Bagaimana mencapai keseimbangan otak (whole brain synchronization)
-Kaedah Membangunkan kekuatan Otak Kiri dan Otak Kanan
-Latihan meningkatkan kemampuan Otak
-Kaedah berkomunikasi dengan minda sedar & separa sedar
-Rahsia Gelombang Minda
-Praktikal dan Teknik Applikasi menggunakan Otak dalam mencapai matlamat dan kejayaan.
-Bagaimana menyelaraskan tenaga otak dengan Tenaga Alam (Hukum Tarikan)
-Bagimana menjaga kesihatan dan kemampuan otak
Dan banyak lagi maklumat BERHARGA yang sukar untuk anda perolehi.

Rebut pelung untuk membangunkan potensi luar biasa diri Anda!

Friday, November 26, 2010

Workshop Intensif EFT : JAngan Lupa ...Esok

Salam...

Buat mereka yang sudah mengesahkan untuk menyertai workshop EFt esok (27hb Nov), jangan lupa untuk hadir sebelum 930am di lokasi yang telah dihebahkan sebelumnya.

Jika ada sebarang masalah, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Sesi akan dijalankan secara Group Coaching yang dikendalikan oleh saya. Bermula dari jam 930 hingga jam 430pm Insya Allah.

Moga dipermudahkan Allah swt buat saya dan mereka yang ingin menyertainya.

Sekian...

Wednesday, November 24, 2010

Lokasi Workshop 27hb Nov (EFT Intensif)


Alamat : A 503 Pusat Perdagangan Taman Dagang, Taman Dagang, Jalan Dagang Besar Ampang.
Workshop bermula jam : 9.30am-4.30pm

Monday, November 22, 2010

Tahukah Anda Emosi mempunyai kesan besar kepada Kualiti Kehidupan Anda?

Soalan : Kenapa Saya perlu mengikuti Workshop Emotional Freedom Technique (EFT) ini?

Jawapan : Kenyataan dibawah ini mampu menjelaskan betapa emosi mempunyai kesan besar pada kehidupan anda setiap hari.
.....................................................................................
The Institute of HeartMath (IHM) in Boulder Creek, California is a nonprofit research organization that has been studying emotions and the electromagnetic energy generated by emotions and the body—specifically the heart—for over a decade.

Researchers at IHM have discovered that :- The heart generates the strongest rhythmic electromagnetic field generated in the body. Measured with modern magnetic field meters, the heart's electromagnetic field is approximately five thousand times (5000 kali) greater in strength than the field produced by the brain. The heart's field permeates every cell in the body and radiates up to eight feet outside the body, but theoretically it travels even further, although its field strength is too low to measure.

Lokasi Workshop EFT

Workshop pada hb Nor ini Sabtu) akan dijalankan di lokasi berikut:

Training Center
Off Jalan Ampang, Taman Dagang Ampang (berhampiran dengan Ampang Point)

Peta lengkap akan saya sisipkan pada esok hari.

Friday, November 19, 2010

Workshop EFT Intensif: Bagaiman mahu membebaskan diri anda dari "halangan minda"?

Salah satu sebab kenapa segala usaha dan impian kita kerap gagal dan menemui jalan buntu adalah kerana sistem pemikiran kita yang telah merekodkan pelbagai persepsi dan kepercayaan (Belief System) yang negatif.

Semenjak kita kecil hingga ke hari ini, otak kita terus menyimpan dan merekodkan segala pengalaman yang kita lalui. Masalahnya terdapat banyak kepercayaan dan persepsi tersebut sudah tidak berguna lagi kepada kehidupan kita.

Pada 27hb Nov ini (sabtu) , saya akan mengendalikan satu workshop yang sangat berguna untuk anda menukar dan memprogramkan semula kepercayaan yang kita simpan sekarang ini.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut....

Saturday, November 13, 2010

Pemain billiard terkenal dunia peluk Islam

MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut. Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu. Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi

Friday, November 12, 2010

Pustaka Ilmu : The 7 Spiritual Law of Success

Ada beberapa individu yang mengirim email dan sms mohon saya memberi cadangan buku-buku yang sesuai dibaca atau boleh saya cadangkan.

Kerana saya seorang "hantu buku", saya mempunyai koleksi buku yang agar besar. Bagaimanapun, bahan yang saya baca dikuatiri sukar bagi mereka yang baru cuba mendalami dunia yang saya minati ini.

Kebanyakan buku yang saya kumpulkan adalah dari koleksi subjek seperti sains metafizik, neurosains, psikologi energi, buku koleksi New Age, Penyembuhan dan pembangunan diri secara holistik, EQ dan SQ serta koleksi buku -buku yang agak kontroversi.

Kebanyakan buku saya kumpulkan dari kedai buku seperti Borders, MPH, Kinokuniya dan Popular Bookstore.

Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan harapan rakan-rakan yang ingin mempunyai bahan membangunkan minda mereka, saya akan memberikan buku-buku yang pernah dan sudah saya baca buat perhatian rakan-rakan semua.

 Ini buku pertama. Bagi peminat psikologi kejayaan, buku ini patut dibaca. Memang berat kerana ia melihat kejayaan dari sudut metafizik. Tetapi jika kita memahaminya, terasa betapa hebatnya Sang Pencipta.

Karya hebat dari Tokoh "Holistic Healing"- Deepak Chopra. Buku ini menjadi perintis kepada dunia "Quantum Fizik". Saat ramai "guru-guru" motivasi barat bercakap tentang semangat dan matlamat, Deepak membuka dunia "self-help" dengan hukum-hukum universal.

Banyak prinsip yang terdapat di dalam buku ini menjadi inti kepada teknik atau method aliran psikologi energi yang terdapat di dunia pembangunan diri dewasa ini.


Thursday, November 11, 2010

WORKSHOP EFT Intensif

Workshop 
Intensive EFT for Success and Abundance
Cara Mudah “Memecah” Halangan Minda, "Blockage Energi" dan Konflik Diri (Inner Conflict) yang Kerap menjadi PUNCA UTAMA KEGAGALAN Anda mencapai Impian!


EFT adalah
…..sangat mudah dipelajari (dijamin peserta mampu mempraktiskannya selepas workshop)
…..sangat mudah digunakan (hanya beberapa minit sahaja )
…..praktikal dan saintifik ( tidak melibatkan sebarang ritual atau applikasi yang mengarut)
…..berkesan dan kekal impaknya.
…..mampu memberi harapan baru dikala kebanyakan teknik lain tidak berkesan.
…..dan banyak lagi……


Workshop EFT Intensif ini adalah sebahagian dari modul latihan bagi mereka yang berminat untuk mendalami teknik dan terapi terkenal di dunia pembangunan diri iaitu Emotional Freedom Technique ATAU dikenali sebagai EFT.

Walaupun EFT diasaskan bagi menangani pelbagai masalah kesihatan fizikal dan emosi, kejayaan luar biasa modaliti ini telah terbukti terutama dalam membangunkan POTENSI diri seseorang individu.

Workshop ini dibangunkan khusus bagi mereka yang mencari dan ingin mencapai kejayaan dan kemakmuran di dalam kehidupan.

Siapa Yang Sepatutnya Menyertai Workshop ini?

- Mereka yang sudah mengikuti pelbagai kursus atau seminar motivasi dan pembangunan diri TETAPI masih gagal dan sukar menmperolehi apa yang mereka inginkan.
- Individu yang mempunyai masalah kepercayaan, keyakinan diri dan rendah harga diri.
- Individu yang kerap mempunyai pemikiran dan emosi yang negatif.
- Mereka yang ingin mengenal diri dan meningkatkan ilmu serta pengetahuan tentang POTENSI DIRI.
- Trainer, Juruterapi dan Penyembuh (Healer) bagi meningkatkan pemahaman isu psikologi dan masalah psikosomatik.
- Mereka yang ingin melengkapkan teknik atau modaliti yang lain seperti NLP, MindPower, Reiki dan sebagainya.
- Individu yang mempunyai Impian dan cita-cita untuk berjaya baik dalam kerjaya, pendidikan mahupun pencapaian personal.

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI!!!

Monday, November 8, 2010

Otak, Minda dan Emosi (1)

Walaupun dikatakan otak mempunyai potensi luar biasa, secara biologinya otak adalah sama seperti organ-organ fizikal tubuh kita yang lain. 

Tetap mempunyai tahap kekuatan dan kadar penggunaan yang tertentu. Maksudnya, otak juga perlu berehat dan tidak dipergunakan sehingga ia "kepenatan".

Mengunakan otak secara intelek terutama pekara-pekara yang bersifat IQ (otak kiri) banyak menggunakan tenaga dan kuasa otak tersebut. Berfikir, fokus, menganalisis dan sebagainya akan membuatkan otak bekerja secara aktif. Bagi pengamal-pengamal kuasa minda, kaedah seperti visualisasi, affirmasi dan pemusatan minda banyak menggunakan tenaga otak dan boleh memenatkan otak secara fizikalnya. 

Apatah lagi jika kaedah yang betul dan penyelarasan antara kedua-dua otak tidak dikendalikan dengan  tepat dan baik Kerana itu otak akan menjadi penat, letih dan menurun keupayaannya. Lantas ia akan memberi kesan kepada tahap prestasi otak kerana secara saintifiknya, gelombang otak banyak berlegar pada tahap gelombang beta.


Inilah punca kenapa individu yang bekerja atau aktif menggunakan otak kerap mengalami masalah gangguan minda, stres, pelupa, sakit kepala dan pelbagai simptom akibat "kepenatan" otak fizikal. Bagi mereka yang ingin menjana potensi otak bagi mencapai impian atau cita-cita, kegagalan mencapai impian tersebut mampu memberi tekanan dan kegelisahan kepada tubuh mereka.

Secara psikologinya, ia sangat tidak baik dan memberi impak negatif untuk aspek kesihatan dan kebahagiaan di dalam kehidupan anda.

Di sinilah anda perlu mempelajari EFT iaitu satu method dimana pencapaian matlamat atau impian tidak hanya tertumpu kepada kerja otak dan minda sahaja. Sebaliknya turut dikongsi oleh kecerdasan emosi dan juga spiritual!

Sunday, November 7, 2010

Kenapa Anda perlukan Kaedah EFT?

Saya menerima beberapa panggilan selepas saya membuat hebahan tentang Workshop terkini yang akan saya kendalikan pada 27hb Nov ini. Kebanyakannya adalah positif. Tetapi ada beberapa pertanyaan yang menyebabkan saya menulis artikel ini.

Ramai yang bertanyakan saya apakah itu EFT dan kenapa mereka perlu mempelajari method ini. Dan adakah ia satu sesi ceramah motivasi atau ia satu kursus mengkaji potensi yang kita miliki.

Soalan tentang EFT ada saya jelaskan di dalam satu artikel sebelumnya. Sudah pasti saya mempunyai masalah untuk menerangkan secara panjang lebar tentang EFT melalui penulisan. Justeru, dengan artikel yang ringkas saya cuba sebaik mungkin menerangkan apakah itu EFT.

Bagaimanapun, bagi yang bertanyakan adakah perlu mereka mempelajari medtod ini, saya katakan PERLU. Kenapa ..?

Ini penjelasan saya.

Hari ini semakin ramai individu yang sedang mempelajari tentang minda dan minda separa sedar. Tetapi begitu ramai yang mempelajari , seramai itu jugalah yang mengeluh kerana segala impian mereka masih gagal. Pengalaman saya di dalam bidang ini mendapati bahawa setelah kita hidup berpuluh-puluh tahun, minda kita sudah menjadi semacam satu 'gergasi" yang mencengkam kuat segala fikiran, persepsi, program minda dan maklumat yang telah kita lalui sepanjang kita hidup.

Baik ia yang positif mahupun yang negatif. Minda sifatnya Egois. Kerana itu individu yang hanya membangunkan minda selalunya mempunyai tahap ego yang tinggi (sila rujuk kajian psikologi moden).

Ramai orang yang bijak pandai, tinggi intelektualnya, mencapai segala-galanya dengan kekuatan mindanya akan semakin lupa beberapa pekara spiritual. Bahawa setiap segala yang kita perolehi, masih tetap kepunyaan dan keizinan tuhan yang maha esa.

Kerana itu semakin banyak individu yang mempunyai masalah stres dan masalah gangguan minda. Semakin kita menekan  minda ..semakin kita cuba ingin menguasai minda, semakin kuat "penolakan" atau tentangan datang dari si gergasi itu sendiri. Maka tidak hairan jika saya ada ditanya kenapa semakin kita ingin berfikiran positif semakin negatif pemikiran saya.

Kuncinya adalah pada hati dan emosi. Melalui Workshop EFT tersebut saya akan menerangkan panjang lebar kenapa kita perlu mengharmonikan diri kita supaya kita mudah mencapai kejayaan dengan cara yang lebih mudah dan tenang.

Saya akan menulis lebih lanjut pada artikel akan datang...

Thursday, November 4, 2010

Wednesday, November 3, 2010

Apakah itu Kaedah Emotional Freedom Technique (EFT)?


Emotional Freedom Technique (EFT) adalah sebuah Terapi Minda-Emosi (aliran meridian energi) yang dapat menangani banyak penyakit, baik itu penyakit fizikal, masalah penyakit psikologi (gangguan fikiran dan perasaan) atau ia gangguan emosi. Dapat dikatakan EFT adalah versi psikologi dari terapi akupunktur yang menggunakan jarum.

Cuma EFT tidak menggunakan jarum, melainkan dengan menyelaraskan sistem energi tubuh pada titik-titik meridian di tubuh Anda, dengan cara mengetuk (tapping) dengan hujung jari. Teknik ini sangat mudah dipelajari dan dapat diterapkan di mana saja dan untuk siapa saja.  

Menurut pendekatan teori EFT, "penyebab segala macam emosi negatif adalah terganggunya sistem energi tubuh". Dan emosi-emosi negatif yang tidak diselesaikan, menjadi penyebab utama pada hampir kebanyakan penyakit fizikal kita. Sedangkan praktek-praktek penyembuhan barat sekarang ini masih mengabaikan fakta bahwa emosi negatif adalah penyebab dari 85% penyakit fisik. Kerana itulah mengapa EFT sering kali berhasil  memberi kesan positif pada hal ia gagal diatasi oleh banyak terapi  atau perubatan konvensional yang lain.  

Beberapa masalah yang mampu diselesaikan dengan EFT antara lain: Kecemasan, Kemarahan, Compulsive Behavior, Panic disorder, Ketagihan (rokok atau ubat-ubatan), Stres dan Depresi, Trauma, Ketakutan dan Fobia (ketinggian, binatang, atau benda tertentu), Kecemasan di tempat awam, Ketakutan berucap di khalayak umum, Sakit Kepala, Menghilangkan keyakinan negatif, Perasaan malu / bersalah, Insomnia, Kekecewaan atau sakit hati, Peak Performance, Masalah seksual, Masalah pada anak atau wanita, Kanser, Allergi dan masalah lainnya.

Sejarah Ringkas EFT

Boleh dikatakan, EFT adalah versi dari terapi kuno cina iaitu akupuntur. Teknik penyembuhan akupuktur sendiri telah berusia lebih dari 5000 tahun. Dr. John Diamond menulis tentang hubungan “sistem energi tubuh” dengan gangguan psikologi. Dari konsep ini dilahirkan cabang baru dari ilmu psaikologi, yaitu Energy Psychology.

Dr. Roger Callahan, individu yang sudah lama mempelajari sistem energi tubuh menciptakan teknik terapi yang kontroversi yaitu Tought field Therapy (TFT) atau juga dikenal dengan Callahan Technique.

Pada waktu itu di tahun 1980 Dr. Callahan sedang menangani seorang pesakit bernama Mary yang mengalami sakit kepala berkepanjangan dan mimpi buruk yang menakutkan karena fobia terhadap air yang sangat teruk. Hingga suatu hari, Dr. Callahan mencuba cara terakhir diluar batas ilmu psikoterapi. Dengan pengetahuan “sistem energi tubuh” yang dimiliki, Ia cuba mengetuk (tapping) dengan hujung jarinya ke bagian bawah mata. Setelah pulang Mary melaporkan fobianya hilang dan Ia berani mendekati kolam air dan memercikan air ke mukanya tanpa rasa takut. Sakit kepalanya hilang demikian juga dengan mimpi buruknya. Dari situlah Dr. Callahan mengembangkan Tought field Therapy (TFT).

Murid pertama yang belajar teknik TFT pada Dr. Callahan adalah Gary Craig. Karena tekniknya dirasakan rumit, Gary Craig merubah TFT menjadi teknik yang lebih mudah dipelajari tapi tetap efektif. Teknik yang dikembangkan oleh Gary Craig inilah yang dinamakan Emotional Freedom Technique (EFT).

Gary Craig memperkenalkan teknik ini ke seluruh dunia. Pernah pada satu masa, Ia menawarkan untuk melakukan terapi kepada para veteran perang Vietnam di VA (Veteran Administration) yang sudah puluhan tahun menderita Post traumatic Stress Disorder (PTSD). Dalam 6 hari Gary berjaya membebaskan 20 orang veteran dari penderitaan puluhan tahun karena perang Vietnam.

.
Terapi EFT
 Indonesia
Gambar beberapa titik yang digunakan dalam EFT.


Kelebihan EFT dibandingkan teknik terapi lainnya adalah :
  • Kaedah penyembuhkan dengan lebih cepat. Anda tidak perlu menghabiskan waktu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk menyembuhkan gangguan emosi kerana ia mampu hilang dalam  kiraan minit atau jam.
  • Sering kali EFT hanya memerlukan satu atau dua sesi saja untuk mendapatkan kesan positif, dan kadang-kadang terjadi dengan cepat.
  • Begitu emosi negatif sudah dapat dihilangkan dengan EFT, maka masalah-masalah fizikal mulai hilang dengan sendirinya. Menurut pengalaman para pengguna EFT, sakit migraine puluhan tahun, sakit pinggang,  mampu pulih dengan cepat.
  • Walaupun EFT tidak bekerja 100%. Tetapi biasanya ia bekerja dengan baik dan hasilnya kadang-kala luar biasa.
  • EFT sangat lembut dan sering mencapai penyembuhan dengan sedikit atau tidak ada rasa sakit sama sekali.
  • Tidak memerlukan alat bantu seperti jarum, ubat-ubatan, herba.
  • Didokong oleh sejumlah penelitian ilmiah dan saintifik
  • Digunakan oleh lebih dari 100.000 praktisi di seluruh dunia
  • EFT sangat sederhana dan mudah dipelajari, bahkan anak-anak juga mampu melakukan teknik EFT sendiri.
  • Teknik penyembuhan konvensional hanya mengatasi gangguan fizikal. Tapi EFT dapat mengatasi baik gangguan pemikiran dan juga emosi. Malahan ia juga telah dibangunkan untuk meningkatkan kekuatan SQ (spiritual)
  • EFT dapat dilakukan dimana saja dan pada bila-bila masa saja.
Anda boleh belajar EFT dengan cara berikut ini:
1. Kunjungi Website Pengasas EFT
Anda boleh belajar EFT langsung dari pengasasnya. Kunjungi saja www.emofree.com. Anda boleh membeli Video Pelatihan EFT yang dibuat oleh Gary Craig, atau mendaftarkan alamat email anda di www.emofree.com untuk mendapatkan Ebook Panduan EFT secara percuma. Baik Video mahupun Ebook yang diterbitkan oleh Gary Craig, semuanya berbahasa Inggris. Ia juga agak sukar kerana EFT memerlukan penerangan yang praktikal dan applikasi secara berdepan .

2. Kursus/Pelatihan Emotional Freedom Technique
Kalau anda ingin yang lebih mudah, anda boleh mengikuti Workshop yang kami kendalikan  (berdasarkan jadual yang akan diumumkan). Workshop terbahagi kepada dua modul iaitu - EFT Intensif untuk kesihatan (Healthy) dan satu lagi adalah EFT Intensif untuk Kejayaan dan Kemakmuran (Success & Abundance) 

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang workshop tersebut di artikel di bawah.

Tuesday, November 2, 2010

TERKINI : Workshop EFT Intensif

Workshop 
Intensive EFT for Success and Abundance
Cara Mudah “Memecah” Halangan Minda, "Blockage Energi" dan Konflik Diri (Inner Conflict) yang Kerap menjadi PUNCA UTAMA KEGAGALAN Anda mencapai Impian!


EFT adalah
…..sangat mudah dipelajari (dijamin peserta mampu mempraktiskannya selepas workshop)
…..sangat mudah digunakan (hanya beberapa minit sahaja )
…..praktikal dan saintifik ( tidak melibatkan sebarang ritual atau applikasi yang mengarut)
…..berkesan dan kekal impaknya.
…..mampu memberi harapan baru dikala kebanyakan teknik lain tidak berkesan.
…..dan banyak lagi……


Workshop EFT Intensif ini adalah sebahagian dari modul latihan bagi mereka yang berminat untuk mendalami teknik dan terapi terkenal di dunia pembangunan diri iaitu Emotional Freedom Technique ATAU dikenali sebagai EFT.

Walaupun EFT diasaskan bagi menangani pelbagai masalah kesihatan fizikal dan emosi, kejayaan luar biasa modaliti ini telah terbukti terutama dalam membangunkan POTENSI diri seseorang individu.

Workshop ini dibangunkan khusus bagi mereka yang mencari dan ingin mencapai kejayaan dan kemakmuran di dalam kehidupan.

Siapa Yang Sepatutnya Menyertai Workshop ini?

- Mereka yang sudah mengikuti pelbagai kursus atau seminar motivasi dan pembangunan diri TETAPI masih gagal dan sukar menmperolehi apa yang mereka inginkan.
- Individu yang mempunyai masalah kepercayaan, keyakinan diri dan rendah harga diri.
- Individu yang kerap mempunyai pemikiran dan emosi yang negatif.
- Mereka yang ingin mengenal diri dan meningkatkan ilmu serta pengetahuan tentang POTENSI DIRI.
- Trainer, Juruterapi dan Penyembuh (Healer) bagi meningkatkan pemahaman isu psikologi dan masalah psikosomatik.
- Mereka yang ingin melengkapkan teknik atau modaliti yang lain seperti NLP, MindPower, Reiki dan sebagainya.
- Individu yang mempunyai Impian dan cita-cita untuk berjaya baik dalam kerjaya, pendidikan mahupun pencapaian personal.

Peserta akan dibimbing untuk :-

Memahami pembangunan diri secara holistik.
Mengenal kemampuan minda, emosi dan kerohanian.
Memahami sistem tenaga tubuh dan alam semesta (Universal Law).
Meningkatkan kemampuan EQ dan SQ.
Menangani dan mengurus stres dan pelbagai masalah emosi yang lain.
Mengawal Fobia dan Ketakutan.
Mengurangkan kesakitan fizikal.
Menghapuskan "limiting belief", pemikiran negatif dan gangguan kepercayaan yang sering menjadi halangan kepada kejayaan.
Meningkatkan Potensi dan Pengembangan Personal
Meningkatkan ketenangan dan kedamaian dalaman (Inner harmony)
Membantu keluarga dan rakan-rakan yang mengalami masalah seperti di atas

Kandungan Workshop:

• Pengenalan kepada Penyembuhan Holistik dan  EFT
• Sejarah dan Teori
• EFT –Basic Prosedure
• Short Cut dan Additional Applikasi
• Praktikal EFT
• Praktikal EFT untuk Masalah Fizikal
• Praktikal EFT Untuk Masalah Emosi
• Soalan dan Perbincangan

Maklumat Workshop

Tajuk   : Intensive EFT For Success & Abundance
Tarikh  : 27hb Nov 2010
Masa   : 930am-430pm
Lokasi  : Kuala Lumpur
Yuran  : RM180.00

Material : Sijil dan Nota Lengkap
( Termasuk minum dan makanan ringan sahaja)

Tempat adalah terhad kerana workshop tertumpu kepada pendekatan "Therapy based training".
Sila daftar tempat anda sekarang untuk mengelakkan sebarang masalah.

Testimoni live dari peserta yang pernah menyertai workshop ini juga akan disertan supaya peserta dapat melihat sendiri manfaat yang diperolehi oleh peserta sebelumnya.


Untuk tujuan PENDAFTARAN, Sila uruskan pembayaran anda melalui:-

Bank : MAYBANK – 1540-1738-3350
Akaun : Amar Mahmood

Kemudian hantarkan nama dan detail bayaran anda melalui sms ke :- 012-6990793/016-2488106
Jurulatih : Amar Mahmood

Amar Mahmood merupakan pengasas AL QUDRAH Training & Consultancy yang aktif mengendalikan pelbagai kursus, workshop dan seminar bagi topik pembangunan diri, kepimpinan dan komunikasi persuasif khusus bagi organisasi korporat, awam dan orang perseorangan.

Merupakan pemgamal, NS-NLP, Hipnosis, Time Lines, Mind Power dan Reiki. Beliau sudah mendalami EFT semenjak 7 tahun yang lepas. Dan sudah mengendalikan pelbagai workshop EFT untuk organisasi dan individu perseorangan.

Beliau juga merupakan penulis buku popular Rahsia Minda Jutawan dan “Tarik Kekayaan Dengan KUASA MINDA”.

Hubungi 012-6990793/016-2488106 untuk pendaftaran!

Monday, November 1, 2010

Senaman Untuk Otak

Keseimbangan Otak Manusia


Sekarang ini banyak kursus yang dikendalikan untuk membangunkan kekuatan minda. Ada otak kiri..ada otak kanan dan ada otak tengah. Memang mengelirukan bagi individu yang tidak biasa dengan cerita tentang otak.

Tetapi jika kita lihat pada fitrah...hukum yang penting adalah harmoni dan keseimbangan. Kalau kuat kiri je nanti jadi macam robot. Terlalu praktikal dan hilang rasa manusia. Kalau terlalu kanan nanti banyak menyendiri dan suka berkhayal. Kurang perancangan.

Maka....prinsipnya adalah seimbang. Bangunkan kedua -dua sisi otak. Maka anda sedang menoptimakan kemampuan otak bekerja.

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin