Walaupun dikatakan otak mempunyai potensi luar biasa, secara biologinya otak adalah sama seperti organ-organ fizikal tubuh kita yang lain.
Tetap mempunyai tahap kekuatan dan kadar penggunaan yang tertentu. Maksudnya, otak juga perlu berehat dan tidak dipergunakan sehingga ia "kepenatan".
Mengunakan otak secara intelek terutama pekara-pekara yang bersifat IQ (otak kiri) banyak menggunakan tenaga dan kuasa otak tersebut. Berfikir, fokus, menganalisis dan sebagainya akan membuatkan otak bekerja secara aktif. Bagi pengamal-pengamal kuasa minda, kaedah seperti visualisasi, affirmasi dan pemusatan minda banyak menggunakan tenaga otak dan boleh memenatkan otak secara fizikalnya.
Apatah lagi jika kaedah yang betul dan penyelarasan antara kedua-dua otak tidak dikendalikan dengan tepat dan baik Kerana itu otak akan menjadi penat, letih dan menurun keupayaannya. Lantas ia akan memberi kesan kepada tahap prestasi otak kerana secara saintifiknya, gelombang otak banyak berlegar pada tahap gelombang beta.
Inilah punca kenapa individu yang bekerja atau aktif menggunakan otak kerap mengalami masalah gangguan minda, stres, pelupa, sakit kepala dan pelbagai simptom akibat "kepenatan" otak fizikal. Bagi mereka yang ingin menjana potensi otak bagi mencapai impian atau cita-cita, kegagalan mencapai impian tersebut mampu memberi tekanan dan kegelisahan kepada tubuh mereka.
Secara psikologinya, ia sangat tidak baik dan memberi impak negatif untuk aspek kesihatan dan kebahagiaan di dalam kehidupan anda.
Di sinilah anda perlu mempelajari EFT iaitu satu method dimana pencapaian matlamat atau impian tidak hanya tertumpu kepada kerja otak dan minda sahaja. Sebaliknya turut dikongsi oleh kecerdasan emosi dan juga spiritual!
No comments:
Post a Comment