Saya menerima beberapa panggilan selepas saya membuat hebahan tentang Workshop terkini yang akan saya kendalikan pada 27hb Nov ini. Kebanyakannya adalah positif. Tetapi ada beberapa pertanyaan yang menyebabkan saya menulis artikel ini.
Ramai yang bertanyakan saya apakah itu EFT dan kenapa mereka perlu mempelajari method ini. Dan adakah ia satu sesi ceramah motivasi atau ia satu kursus mengkaji potensi yang kita miliki.
Soalan tentang EFT ada saya jelaskan di dalam satu artikel sebelumnya. Sudah pasti saya mempunyai masalah untuk menerangkan secara panjang lebar tentang EFT melalui penulisan. Justeru, dengan artikel yang ringkas saya cuba sebaik mungkin menerangkan apakah itu EFT.
Bagaimanapun, bagi yang bertanyakan adakah perlu mereka mempelajari medtod ini, saya katakan PERLU. Kenapa ..?
Ini penjelasan saya.
Hari ini semakin ramai individu yang sedang mempelajari tentang minda dan minda separa sedar. Tetapi begitu ramai yang mempelajari , seramai itu jugalah yang mengeluh kerana segala impian mereka masih gagal. Pengalaman saya di dalam bidang ini mendapati bahawa setelah kita hidup berpuluh-puluh tahun, minda kita sudah menjadi semacam satu 'gergasi" yang mencengkam kuat segala fikiran, persepsi, program minda dan maklumat yang telah kita lalui sepanjang kita hidup.
Baik ia yang positif mahupun yang negatif. Minda sifatnya Egois. Kerana itu individu yang hanya membangunkan minda selalunya mempunyai tahap ego yang tinggi (sila rujuk kajian psikologi moden).
Ramai orang yang bijak pandai, tinggi intelektualnya, mencapai segala-galanya dengan kekuatan mindanya akan semakin lupa beberapa pekara spiritual. Bahawa setiap segala yang kita perolehi, masih tetap kepunyaan dan keizinan tuhan yang maha esa.
Kerana itu semakin banyak individu yang mempunyai masalah stres dan masalah gangguan minda. Semakin kita menekan minda ..semakin kita cuba ingin menguasai minda, semakin kuat "penolakan" atau tentangan datang dari si gergasi itu sendiri. Maka tidak hairan jika saya ada ditanya kenapa semakin kita ingin berfikiran positif semakin negatif pemikiran saya.
Kuncinya adalah pada hati dan emosi. Melalui Workshop EFT tersebut saya akan menerangkan panjang lebar kenapa kita perlu mengharmonikan diri kita supaya kita mudah mencapai kejayaan dengan cara yang lebih mudah dan tenang.
Saya akan menulis lebih lanjut pada artikel akan datang...
Saya akan menulis lebih lanjut pada artikel akan datang...
No comments:
Post a Comment