Ada beberapa individu yang mengirim email dan sms mohon saya memberi cadangan buku-buku yang sesuai dibaca atau boleh saya cadangkan.
Kerana saya seorang "hantu buku", saya mempunyai koleksi buku yang agar besar. Bagaimanapun, bahan yang saya baca dikuatiri sukar bagi mereka yang baru cuba mendalami dunia yang saya minati ini.
Kebanyakan buku yang saya kumpulkan adalah dari koleksi subjek seperti sains metafizik, neurosains, psikologi energi, buku koleksi New Age, Penyembuhan dan pembangunan diri secara holistik, EQ dan SQ serta koleksi buku -buku yang agak kontroversi.
Kebanyakan buku saya kumpulkan dari kedai buku seperti Borders, MPH, Kinokuniya dan Popular Bookstore.
Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan harapan rakan-rakan yang ingin mempunyai bahan membangunkan minda mereka, saya akan memberikan buku-buku yang pernah dan sudah saya baca buat perhatian rakan-rakan semua.
Ini buku pertama. Bagi peminat psikologi kejayaan, buku ini patut dibaca. Memang berat kerana ia melihat kejayaan dari sudut metafizik. Tetapi jika kita memahaminya, terasa betapa hebatnya Sang Pencipta.
Karya hebat dari Tokoh "Holistic Healing"- Deepak Chopra. Buku ini menjadi perintis kepada dunia "Quantum Fizik". Saat ramai "guru-guru" motivasi barat bercakap tentang semangat dan matlamat, Deepak membuka dunia "self-help" dengan hukum-hukum universal.
Banyak prinsip yang terdapat di dalam buku ini menjadi inti kepada teknik atau method aliran psikologi energi yang terdapat di dunia pembangunan diri dewasa ini.
No comments:
Post a Comment