Tuesday, April 26, 2011

Emotional Freedom Technique (EFT) @ Meridian Tapping Technique (MTT)

Emotional Freedom Techniques adalah satu metode yang berorientasi sistem energi tubuh, untuk melepaskan individu dari gangguan emosional,masalah minda dan juga fisikal.

Pengasas EFT adalah Gary Craig yang merupakan seorang lulusan dari Stanford University merupakan murid Dr. Callahan yang menemukan “Callahan Technique” atau “Thought Field Therapy (TFT)”, walaupun sangat positif hasilnya, tetapi cukup rumit bagi digunakan oleh orang awam. Untuk menguasainya memerlukan latihan yang agak susah dan kos latihan yang tinggi.

Dari Gary Craig, istilah EFT dilahirkan. Ia menyederhanakan TFT hingga menjadi teknik yang lebih mudah tetapi tetap efektif hasilnya. Gary telah menguji kebekesanan EFT, secara intensif ,secara sistematis, mudah dipelajari dan dipraktikkan.

Selama beberapa tahun sejak 1991, Gary telah mengelilingi Amerika untuk menawarkan terapi ini secara percuma. Ia mempersembahkan dan menerapkan EFT pada ribuan orang, ia hadir di acara-acara sosial seperti jamuan, club gathering dan acara lainnya. 

Kemuncaknya, ia menawarkan diri untuk menerapi para veteran perang Vietnam di VA (Veteran Administration) yang telah puluhan tahun menderita PTSD (Post Traumatic Stress Disorder). Para veteran perang yang malang ini selama belasan tahun telah ditangani oleh belasan psikoterapis tanpa menunjukan hasil positif yang signifikan. Anehnya, dalam 6 hari Gary Craig telah berjaya membebaskan 20 orang veteran dari penderita emosi yang mereka derita selama puluhan tahun.

Manfaat EFT

EFT terbukti telah membantu melalui "Mind/Body Healing Technique" yang sangat berguna untuk penyakit fisik, mental (trauma, fobia- penyakit psikologi), masalah masalah kehidupan seperti kegagalan, kesedihan dan banyak testimoni yang dibuktikan oleh banyak orang yang sudah menggunakan EFT di seluruh dunia.

Beberapa manfaat EFT dapat mengatasi masalah-masalah sebagai berikut: Trauma & Shock, PTSD (post-traumatic stress disorder), Stress, Depresi, Gangguan Seksual, Cemas & Marah, Phobia dan ketakutan, masalah hubungan, kesedihan yang mendalam & pelbagai lagi jenis penyakit (diabetes, darah tinggi, asam urat, dll), Permasalahan wanita, lelaki dan anak-anak.

EFT juga baik untuk masalah-masalah fisikal seperti: Sakit Pinggang, Sakit kepala dan Migrain, Leher kaku, Insomnia (susah tidur), Permasalahan berat badan, kurang kosentrasi, Permasalahan mata, Beberapa bentuk dari dyslexia, Berhenti merokok.

Di dunia barat, EFT lebih dikenal dengan Psikologi Energi. Psikologi merupakan pendekatan "Mind" dan Energi pendekatan "Body" karena menggunakan akupuntur sebagai media terapinya walau sudah disederhakan dengan "Tapping" (ketuk ringan dengan dua ujung jari", sehingga agar Holistic maka "Soul" atau spiritual perlu ditambahkan karena mayoritas di Indonesia adalah umat beragama. EFT sangat berhubungan erat dengan Holistic konsep (Mind, Soul & Body), walaupun lebih dikenal dengan Teknik Pembebasan Emosi, namun persoalan emosi merupakan persoalan otak bawah sadar, yang 88% memegang peranan dalam Pola Fikir.

Dari berbagai kajian yang telah dibuat, 60% dari mereka yang menggunakan EFT pertama kali telah dapat melepaskan (release) emosi negatif dan "merasa sesuatu yang penting telah berubah" pada kesehatan dan kehidupan. Sementara 20% lagi dapat merasa perubahan semakin baik dan terus mempraktekan teknik ini untuk mendapatkan manfaat dari metode ini.

Kini, selepas Gary mengumumkan untuk bersara, EFT telah mula bergerak dalam kelompok yang lebih besar dan tersusun. Di bawah 'payung' Meridian Tapping Technique (MTT), semua aliran yang menggunakan kaedah atau pendekatan 'ketukan' atau 'tapping' akan dikenali sebagai MTT. Ini untuk memudahkan orang awam mudah mempelajari dan memperolehi maklumat yang lebih tepat kerana terdapat banyak modaliti yang lahir dari EFT seperti SEFT, BSFF, AFT dan sebagainya.

Thursday, April 21, 2011

Terkini : Workshop Emotional Freedom Technique 23hb April 2011

Saya akan mengendalikan satu program latihan intensif terapi meridian yang terkenal iaitu Emotional Freedom Technique pada 23hb April ini (hari sabtu ini) bertempat di Wangsa Melawati. Workshop akan menunjukkan dan membimbing peserta untuk mendalami dan menguasai teknik ini untuk mereka menghadapi pelbagai isu dan situasi di dalam kehidupan mereka.

Tuan/Puan yang berminat boleh menghubungi 016-2488106 untuk tujuan pendaftaran.

Sekian

Amar Mahmood

Monday, April 18, 2011

Energi Pati Bunga

Beberapa bulan yang lepas, semasa mengendalikan salah satu dari workshop saya, seorang peserta memberikan saya satu 'flyer' produk yang saya belum dengar sebelum ini. PHYTOBIOPHYSICS atau dalam bahasa melayunya FITOBIOFIZIK.

Memang sebelum ini saya biasa dengan produk energi pati bunga yang terdapat di Malaysia, tetapi saya tidak pernah mendengar produk energi keluaran Dr Diana Mossop iaitu pengasas dan juga pembawa aliran terapi energi bunga yang popular di dunia.

Peserta tersebut meminta saya mendapatkan maklumat lanjut tentang produk disamping cuba memberikan komen lanjut tentang prinsip dan falsafah yang dibawa oleh aliran fitobiofizik terutama ia menyentuh tentang subjek yang saya kendalikan iaitu MINDA & EMOSI.

Semalam, saya berjaya bertemu muka denga salah seorang pengarahnya di Melaka. Ms Kong Peoi Moon seorang pengamal Reiki dan juga Speaker / Pelatih bagi aliran pati bunga ini. Banyak yang saya perolehi. Malahan kami juga bertukar fikiran kerana subjek yang dibincangan adalah menjadi 'passion' saya iaitu ENERGI.

Apa yang menarik hati saya adalah beberapa kaedah/teknik yang digunakan dalam mereka membuat diagnosis  masalah 'pesakit' juga mencari isu yang dihadapi oleh individu tersebut.

Insya Allah, di lain artikel saya akan kongsikan maklumat tentang terapi ini.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang aliran ini di laman berikut :- QALBU

Monday, April 11, 2011

QALBU Research Center

Salam Sejahtera...

Berikutan minat dan keinginan mendalam saya tentang dua subjek utama iaitu tentang Kemampuan Otak dan satu lagi adalah tentang Emosi, maka saya telah memulakan satu projek khas iaitu  mendirikan sebuah pusat yang akan mengkaji dan meneroka potensi dan kemampuan yang dimiliki oleh OTAK  (Brain) dan juga "HATI" (Heart) yang keduanya menghasilkan 'fikiran' (mind) dan juga emosi-perasaan (emotion) pada tubuh manusia.

Terlalu banyak pekara yang sebenarnya tidak kita ketahui tentang kedua-dua organ ini tetapi mempengaruhi keseluruhan tubuh manusia yang membentuk sikap dan karakter seseorang individu. Malahan kajian mendapati kedua organ inilah yang akan menentukan tahap kesihatan, kejayaan dan kebahagian seseorang individu itu disepanjang kehidupan mereka.

Maka, QALBU Research Center dibangunkan atas rasa prihatin dan keinginan mendalam saya untuk menyebarkan maklumat dan informasi yang bersifat ilmiah dan saintifik supaya pengetahuan ini sampai dan mampu memberi manfaat berguna kepada mereka yang inginkan perubahan positif di dalam kehidupan mereka.

Dengan ini, tuan-puan dijemput untuk berkunjung ke laman QRC tersebut dari hari kesehari untuk mendalami subjek yang akan saya sentuh tersebut.

Dengan itu, Weblog ini (amar-mahmood.blogspot) akan bergerak atas kapasiti saya seorang Jurulatih dan Penulis manakala QRC menjadi pusat kajian teknologi kemampuan "Heart-brain".

Kedua-duanya didokong oleh syarikat yang saya asaskan iaitu AL QUDRAH Training & Consultancy.

Sekian

Saturday, April 2, 2011

Q & A dan QALBU

Selepas artikel "Terapi Ketukan Jari" yang terbit 2 minggu lepas di Berita Minggu (sila rujuk copy pada artikel sebelum ini), saya menerima beberapa pertanyaan baik melalui email, laman sosial dan juga sms. Kebanyakannya ingin mengetahui lebih lanjut tentang apakah yang dikatakan "Terapi Ketukan Jari" tersebut.

Walaupun agak sibuk kebelakangan ini, saya akan cuba menjawap beberapa persoalan yang pada pendapat saya berguna dan mampu memberi sedikit informasi tentang terapi EFT tersebut.

Saya akan menulis beberapa siri artikel selepas ini bagi menjawap pertanyan yang dikirimkan tersebut.

Selain itu, saya juga ada membangunkan sebuah blogspot yang akan memberi perhatian kepada beberapa subjek yang mula menarik minat saya 2-3 tahun kebelakangan ini tetapi tidak banyak diketengahkan oleh kebanyakan dari mereka yang terlibat di dalam dunia pembangunan diri.

Saya akan menulis lebih lanjut beberapa pekara yang semakin kerap bermain-main dan "menepu" di dalam fikiran saya.

Jumpa lagi kita selepas ini....

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin