Selepas artikel "Terapi Ketukan Jari" yang terbit 2 minggu lepas di Berita Minggu (sila rujuk copy pada artikel sebelum ini), saya menerima beberapa pertanyaan baik melalui email, laman sosial dan juga sms. Kebanyakannya ingin mengetahui lebih lanjut tentang apakah yang dikatakan "Terapi Ketukan Jari" tersebut.
Walaupun agak sibuk kebelakangan ini, saya akan cuba menjawap beberapa persoalan yang pada pendapat saya berguna dan mampu memberi sedikit informasi tentang terapi EFT tersebut.
Saya akan menulis beberapa siri artikel selepas ini bagi menjawap pertanyan yang dikirimkan tersebut.
Selain itu, saya juga ada membangunkan sebuah blogspot yang akan memberi perhatian kepada beberapa subjek yang mula menarik minat saya 2-3 tahun kebelakangan ini tetapi tidak banyak diketengahkan oleh kebanyakan dari mereka yang terlibat di dalam dunia pembangunan diri.
Saya akan menulis lebih lanjut beberapa pekara yang semakin kerap bermain-main dan "menepu" di dalam fikiran saya.
Jumpa lagi kita selepas ini....
No comments:
Post a Comment