Monday, April 11, 2011

QALBU Research Center

Salam Sejahtera...

Berikutan minat dan keinginan mendalam saya tentang dua subjek utama iaitu tentang Kemampuan Otak dan satu lagi adalah tentang Emosi, maka saya telah memulakan satu projek khas iaitu  mendirikan sebuah pusat yang akan mengkaji dan meneroka potensi dan kemampuan yang dimiliki oleh OTAK  (Brain) dan juga "HATI" (Heart) yang keduanya menghasilkan 'fikiran' (mind) dan juga emosi-perasaan (emotion) pada tubuh manusia.

Terlalu banyak pekara yang sebenarnya tidak kita ketahui tentang kedua-dua organ ini tetapi mempengaruhi keseluruhan tubuh manusia yang membentuk sikap dan karakter seseorang individu. Malahan kajian mendapati kedua organ inilah yang akan menentukan tahap kesihatan, kejayaan dan kebahagian seseorang individu itu disepanjang kehidupan mereka.

Maka, QALBU Research Center dibangunkan atas rasa prihatin dan keinginan mendalam saya untuk menyebarkan maklumat dan informasi yang bersifat ilmiah dan saintifik supaya pengetahuan ini sampai dan mampu memberi manfaat berguna kepada mereka yang inginkan perubahan positif di dalam kehidupan mereka.

Dengan ini, tuan-puan dijemput untuk berkunjung ke laman QRC tersebut dari hari kesehari untuk mendalami subjek yang akan saya sentuh tersebut.

Dengan itu, Weblog ini (amar-mahmood.blogspot) akan bergerak atas kapasiti saya seorang Jurulatih dan Penulis manakala QRC menjadi pusat kajian teknologi kemampuan "Heart-brain".

Kedua-duanya didokong oleh syarikat yang saya asaskan iaitu AL QUDRAH Training & Consultancy.

Sekian

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin