Monday, April 18, 2011

Energi Pati Bunga

Beberapa bulan yang lepas, semasa mengendalikan salah satu dari workshop saya, seorang peserta memberikan saya satu 'flyer' produk yang saya belum dengar sebelum ini. PHYTOBIOPHYSICS atau dalam bahasa melayunya FITOBIOFIZIK.

Memang sebelum ini saya biasa dengan produk energi pati bunga yang terdapat di Malaysia, tetapi saya tidak pernah mendengar produk energi keluaran Dr Diana Mossop iaitu pengasas dan juga pembawa aliran terapi energi bunga yang popular di dunia.

Peserta tersebut meminta saya mendapatkan maklumat lanjut tentang produk disamping cuba memberikan komen lanjut tentang prinsip dan falsafah yang dibawa oleh aliran fitobiofizik terutama ia menyentuh tentang subjek yang saya kendalikan iaitu MINDA & EMOSI.

Semalam, saya berjaya bertemu muka denga salah seorang pengarahnya di Melaka. Ms Kong Peoi Moon seorang pengamal Reiki dan juga Speaker / Pelatih bagi aliran pati bunga ini. Banyak yang saya perolehi. Malahan kami juga bertukar fikiran kerana subjek yang dibincangan adalah menjadi 'passion' saya iaitu ENERGI.

Apa yang menarik hati saya adalah beberapa kaedah/teknik yang digunakan dalam mereka membuat diagnosis  masalah 'pesakit' juga mencari isu yang dihadapi oleh individu tersebut.

Insya Allah, di lain artikel saya akan kongsikan maklumat tentang terapi ini.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang aliran ini di laman berikut :- QALBU

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin