Blog asal saya (www.amarmahmood.com) dibangunkan semenjak Julai 2007. Sehingga hari ini ia sudah berumur menghampiri 3 tahun. Sudah beratus artikel yang telah saya tulis di laman tersebut. Blog itu saya gunakan sebagai medium saya berkongsi pandangan, menterjemahkan idea dan sudah pasti tempat saya melontarkan pandangan khusus bagi subjek atau disiplin yang saya minati iaitu Pembangunan Diri (Personal Development).
Kerana minat mendalam saya di dalam pembangunan diri secara HOLISTIK, saya kerap menekankan elemen pembangunan yang menyeluruh iaitu menyentuh elemen fizikal, minda, emosi dan juga kerohanian. Metodologinya pula banyak dari kaedah Sains Minda ( Mind Science), Psikologi Energi ( Energy Pscycology ) dan juga aliran Penyembuhan Energi ( Energy Healing/ Holistic Healing).
Ini adalah satu kombinasi yang agak pelik dan luar biasa bagi masyarakat Malaysia. Apatah lagi bagi masyarakat melayu. Bagi masyarakat dunia terutama mereka yang terdedah dengan dunia sains yang lebih ke depan, subjek ini adalah FENOMENA. Ia sudah menjalar di setiap lapisan pedebatan baik di dewan-dewan kuliah universiti terkenal dunia, bilik makmal perubatan, dunia korporat apatah lagi di dalam bidangnya sendiri iaitu pembangunan potensi manusia.
Sebut sahaja satu tokoh yang dihormati di luar, baik ia seleberiti seperti Oprah ataupun Britney Spears mahupun dari tokoh seperti Jack Canfield, Brain Tracy, Joe Vitale ataupun Dr Wagne Dyer yang buku mereka sudah terjual jutaan naskah di seluruh dunia. Mereka bukan setakat merasai manfaat dari evolusi subjek ini TETAPI turut terlibat aktif mempopularkan, mempromosi dan menyokong disiplin ini dikembngkan dan didedahkan secara meluas kepada masyarakat penduduk dunia.
Sudah berjuta individu yang sudah merasai manfaat subjek yang telah saya sebutkan di atas.
Di Malaysia jenama Psikologi Energi masih samar. Dunia pembangunan diri secara holistik juga tidak jelas (walaupun jenama ini ada disebut oleh Perdana Menteri di dalam budget 2010 yang lepas). KUASA MINDA masih dilabel dengan pelbagai persepsi negatif yang dangkal. Apatah lagi dengan dunia penyembuhan energi yang sangat sensitif dibicarakan (walhal di dalam dunia bisnes pelbagai jenama “aura” disogokkan kepada pengguna- Nota: "aura" adalah satu cabang subjek bio energi).
Merasai lompongnya bidang ini di Malaysia, saya rasa terpanggil untuk terus meneroka subjek ini secara mendalam. Blog asal saya adalah tempat saya mencurahkan pelbagai persoalan menarik tentang subjek tersebut. Banyak soalan dan pertanyaan yang masuk dari pelbagai individu terutama selepas mereka membaca kebanyakan artikel yang saya tulis. Malahan sehingga hari ini, kebanyakan program latihan dan kursus yang saya kendalikan hanya menggunakan blog tersebut sebagai alat sebaran.
Kerana itu apabila blog tersebut diserang virus Malware. Saya rasa agak sedih. Terutana mengingatkan nilai artikel yang terkumpul didalam blog tersebuat. Saya memohon maaf kerana sehingga hari ini saya masih belum dapat membaik pulih secara total blog tersebut.
Pertamanya kerana saya agak kesibukan kebelakangan ini. Dan keduanya saya belum sempat mendapatkan khidmat mereka yang mahir tentang dunia internet ini.
Mengenangkan betapa risikonya blog tersbut untuk hilang di dalam dunia ciber ini, dan mengingatkan visi asal saya untuk meneroka dan menyebarkan maklumat tentang subjek ini, saya bergerak untuk membangunkan blogspot ini secara berperingkat. Beberapa blogspot telah saya bangunkan dengan tujuan untuk memindahkan kebanyakan artikel yang terdapat di dalam blog asal saya. Malahan melalui blog ini juga saya akan pindahkan secara berperingkat artikel yang saya rasa sangat baik untuk dikongsikan kepada semua. Semua artikel yang dipindahkan akan saya labelkan sebagai “koleksi Blog Amar Mahmood”.
Insya Allah saya akan istiqmah. Penerokaan ini aadalah komitmen dan “passion' saya. Mungkin saya agak perlahan dalam mengemaskini penulisan terbaru saya. Saya komited untuk terus menyumbang ilmu pengetahuan dan pandangan buat mereka yang mencari sesuatu untuk mencapai impian yang mereka ingini.
Moga ada manfaat buat kita semua...!
No comments:
Post a Comment