Thursday, March 4, 2010

Program Latihan Terbaru..

Salam sejahtera buat semua...

Untuk bulan ini (March), saya akan mengendalikan dua workshop di Al Qudrah Training Center Melaka. Yang pertamanya adalah Bengkel/Workshop Penjanaan KUASA MINDA. Bengkel ini dikhususkan untuk individu yang ingin mendalami POTENSI KEKUATAN MINDA. Saya akan mengupas subjek ini berdasarkan beberapa method iaitu seperti NLP, Hipnosis dan juga Kuasa Bio Energi Manusia.

Bagi mereka yang banyak bertanyakan tentang kekuatan minda mahupun dipanggil KUASA yang Ampoh.. ini adalah bengkel yang saya cadangkan tuan/puan perlu hadiri.

Ia berguna buat kita memahami apakah kemampuan yang kita miliki.

Dan bengkel kedua nya adalah Bengkel Kuasa Emosi-Penjanaan dan Terapi Emosi dengan peserta akan dilengkapkan dengan terapi minda-emosi yang terkenal dan terbukti berkesan iaitu Emotional Freedom Technique (EFT).

Teknik ini sangat kurang didedahkan dalam bentuk latihan di Malaysia. Maka, tuan/puan sepatutnya mengambil peluang ini untuk mendalami dan mengetahui manfaat besar dari terapi Minda-emosi yang hebat ini. Peserta akan didedahkan pelbagai kaedah dan teknik yang betul bagi menjana kuasa minda dan emosi untuk mencapai kejayaan, kesihatan yang baik atau apa sahaja impian yang tuan/puan ingini.

Malahan saya akan mengupas penggunaan method ini secara spiritual bagi membangunkan kemampuan emosi dan kerohanian peserta.

Kedua bengkel ini boleh diikuti secara terasing atau kedua-duanya sekali dengan yuran yang istemewa. Nawaitu saya moga , ilmu ini dapat disebarkan buat manfaat semua.

Salam..

PS: jika berminat sila ke web berikut : http://www.alqudrah.blogspot.com/ atau hubungi ke hp 017-6839638.

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin