Tuesday, March 16, 2010

Sesi "Coaching"

Alhamdulillah..baru-baru ini saya selesai mengendalikan satu sesi personal coaching dengan seorang insan yang pada saya sangat CEKAL dan KUKUH keyakinannya dengan masa depan. Walaupun beliau telah diuji dengan  ujian yang sangat besar, JELAS tidak kelihatan sebarang keraguan beliau untuk sukses dan mencapai kemakmuran pada kehidupannya pada masa akan datang.

Secara jujur saya teruja dengan komitmen dan kesungguhan beliau untuk bertemu saya untuk menjalani sesi coaching aka satu sesi terapi buat beliau. Memerhatikan kondisi fizikal beliau yang mengalami keuzuran akibat "stroke'..saya terkesan dengan kesungguan beliau itu.
Selepas sehari suntuk berbual dan berkongsi pelbagai cerita serta pengalaman, ia menyakinkan saya betapa manusia itu sangat besar potensi dan kemampuan yang dianugerahkan Allah swt-Tuhan Pencipta Sekalian Manusia.

Sebagai seorang Master Trainer bagi modaliti Reiki Usui, beliau jelas mempunyai BAKAT dan KEMAMPUAN yang sangat besar di dalam dunia penyembuhan energi. Menganalisis kaedah yang diguna pakai oleh beliau mengingatkan saya kesamaan kaedah tersebut dengan apa yang saya baca di dalam buku The Attractor Factor naskah hebat dari Joe Vitale.

Biat masa ini saya tidak akan berkongsi identiti beliau. Hanya jika diizinkan oleh si empunya diri..Insya Allah.


No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin