Wednesday, March 24, 2010

Seni & Sains Penyelarasan Energi

Getaran Energi atau juga Aura selalunya dirujuk kepada diri seseorang individu. DI dalam sains bio energi, aura ini boleh dikategorikan juga sebagai Energi Mikro kosmo kerana terdapat satu lagi alam energi yang lebih besar iaitu dipanggi Energi Alam Semesta atau Makro Kosmo.

Di dalam kita menyelaras, membersih dan menguatkan energi diri atau aura diri kita, ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa alam sekeliling kita juga melantunkan energi yang akan bertindakbalas kepada energi yang kita keluarkan. Mungkin kerana ia satu unsur atau elemen yang tidak dapat dilihat, maka ramai yang TIDAK SEDAR tentang kewujudan energi di sekeliling diri kita itu di rumah, premis perniagaan atau pekerjaaan mahupun keadaan sekeliling diri kita yang akan mempengaruhi setiap aktiviti dan perjalanan kehidupan kita setiap hari.

Tidak sedar atau tidak kelihatan bukan bermaksud ianya tidak wujud TETAPI sebenarnya kita dapat MERASAI melalui deria kita yang lain.

Jika anda masih kurang jelas...cuba anda perhatikan apakah yang anda rasai setiap kali anda memasuki sesebuah tempat yang sudah tidak diduduki lagi? Atau apa yang anda rasai setiap kali anda melawat rumah atau tempat-tempat kediaman yang bukan milik kita?

Saya percaya PASTI anda dapat merasai sesuatu atau dapat merasai sensitiviti energi yang akan memberi atau mempengaruhi perasaan dan seterusnya fisiologi diri kita sendiri.

Bagi kaum cina, mereka sangat terkenal dengan pendekatan yang dipanggil Feng Shui sebagai kaedah mereka menyelaraskan energi sekeliling kediaman atau premis kediaman mereka.

Mulai hari ini, saya akan mengembangkan ilmu tentang sains metafizik dan juga energi ini kepada skop yang lebih luas. Jika sebelumnya saya banyak menulis tentang energi diri atau vibrasi tenaga diri kita, selepas ini saya akan selitkan beberapa pekara yang patut kita ketahui supaya kiya menyedari bahawa alam ini mempunyai energinya sendiri.


No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin