Buat dua tahun berturut-turut saya tidak dapat menghasilkan sebarang buku baru khusus sempana kedatangan Pesta Buku Antarabangsa kali ini. Walaupun sebenarnya bahan yang ada agak mencukupi untuk saya menyelesaikannya, naluri saya masih belum berpuas hati dan masih mahu menokoktambah beberapa penulisan baru ke dalam manuskrip tersebut.
Mungkin ada sesuatu yang tersembunyi dan hikmah buat buku akan datang ini. Insya Allah...bila sampai masa yang sesuai dan cukup "rasa" yang saya ingini tentang buku tersebut, saya tidak akan berlengah untuk menghantar naskah tersebut ke pusat penerbitan.
Buat masa ini, kita raikan kedatangan Pesta Buku ini dengan peluang menambah ilmu dengan harga yang lumayan!
No comments:
Post a Comment