Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin movere yang bermakna bergerak. Oleh yang demikian istilah motivasi bermakna mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku. Subjek ini adalah bagi menjawab pertanyaan “mengapa” berkenaan tingkah laku, iaitu sebab-sebab yang mendorong manusia melakukan pelbagai perbuatan.
Ditinjau daripada satu sudut, motivasi didorong oleh kepentingan peribadi. Di sebalik setiap tingkah laku ada persoalan “Apa aku dapat?” sebelum seseorang itu mahu melakukan sesuatu perbuatan. Ertinya manusia sentiasa mendahulukan kepentingan peribadinya dalam semua tingkah lakunya.
Panduan Menggunakan Teori Motivasi (Ainon Mohd-PTS Publication)
Manakala di dalam buku “Hypnotic Writing” oleh Joe Vitale mengatakan:-
“Seperti mana yang kita tahu, terdapat dua (2) kaedah yang menyebabkan seseorang individu mengambil tindakan. Satu adalah kesakitan (pain) dan keduanya kegembiraan (pleasure).
Motivasi adalah satu aktiviti EMOSI. Tindakan yang terhasil adalah datang dari apa yang “dirasa” oleh individu. Jika ia memberi kegembiraan dan kebahagiaan, individu tersebut akan bergerak atau terdorong untuk bertindak mendapatkannya. Begitu juga sebaliknya.
Seorang pencinta meletakkan CINTA (love) dan HARAPAN (hope) kepada kekasihnya untuk menerbitkan rasa kegembiraan tersebut. Harapan yang diberikan akan menjadi MOTIVASI kepada pasangan kekasih untuk bergerak ke hubungan yang lebih kukuh.
Di dalam Islam, kisah syurga diulang-ulang untuk menjadi pendorong kepada motivasi diri seorang muslim. Syurga adalah VISI nombor satu bagi orang Islam. Seorang muslim akan bertindak dan bertingkah laku sesuai untuk mencapai matlamat mereka.
Ini juga mengajar seorang individu bagaimana pentingnya visi atau matlamat sebagai satu lonjakan motivasi. Individu yang tidak mempunyai visi selalunya rendah tahap motivasi untuk bergerak maju ke depan.
No comments:
Post a Comment