Sunday, January 30, 2011

3 cara mudah mengakses minda separa sedar

Seperti yang banyak diketahui oleh ramai individu, manusia mempunyai potensi minda yang luar biasa yang dikatakan terletak pada minda manusia dan dikenali sebagai minda separa sedar (subconscious mind).

Minda ini dikatakan mempunyai hampir 90 peratus dari kemampuan yang dimiliki oleh otak manusia. Kerana itu setiap individu yang ingin membangunkan potensi diri mereka perlu memahami otak dan minda mereka. di sampiang itu perlu mengetahui kaedah yang tepat dan betul dalam membangunkan kekuatan tersebut.

Di dalam artikel ini saya ingin kongsikan 3 cara mudah untuk anda dapat mengakses atau memasuki gelombang minda tersebut.

1. Menggunakan elemen visual atau dikenali sebagai visualisasi.
2. Menggunakan elemen irama atau muzik.
3. menggunakan emosi atau "rasa"

Jika kita perhatikan di dalam kebanyakan kaedah atau teknik Kuasa Minda dan Hipnosis (satu teknik terkenal dalam sains minda), ketiga-tiga elemen ini sangat kuat digunakan sebagai medium untuk memasuki minda separa sedar seseorang individu. Malahan. elemen inilah yang menjadi kunci seseorang memanipulasikan pemikiran individu lain dengan menghantar 'message' terus kepada minda seorang individu.

Saya ada menyentuh lebih lanjut dan mendalam teknik ini dan kaedah lain untuk digunakan oleh kita dalam membangunkan minda separa sedar di dalam workshop Whole Brain Method kendalian saya.

Thursday, January 27, 2011

Mengurus masalah stres dan emosi dengan kaedah EFT

Salah satu kaedah atau teknik paling popular bagai mengurus stres dan emosi yang saya gunakan adalah dari aliran Meridian Tapping Technique (MTT) yang popular di dalam dunia psikologi energi iaitu Emotional Freedom Technique atau dikenali sebagai EFT.

EFT sangat terkenal sebagai satu method penyembuhan yang mudah, praktikal dan dinamik. Walaupun asalnya dibangunkan untuk mengatasi masalah kesihatan, bagaimanapun, keberkesanannya dalam mengatasi pelbagai masalah yang berkaitan psikologi minda dan emosi menyebabkan laedah ini menjadi salah satu method yang WAJIB diketahui oleh kebanyakan individu yang ingin membangunkan potensi diri, mencapai kejayaan, memperbaiki kesihatan dan pelbagai lagi fungsi lainnya.

Dalam keadaaan masalah gangguan mental dan emosi yang semakin meningkat naik hingga mula membimbangkan kerajaan, saya berpendapat kesedaran dan kaedah mampu guna ini adalah satu kaedah alternatif terbaik yang mampu dipelajari terutama oleh individu yang menghadapi pelbagai suasanan kehidupan moden yang mencabar.
Saya menjemput anda untuk mempelajari Terapi Minda-Emosi yang terkenal ini baik melalui klip video di YouTube, artikel di laman rasmi EFT, ebook percuma atau pilihan yang tepat adalah mengikuti workshop yang dianjurkan oleh AL QUDRAH.

Artikel Tambahan
Sumber : iluvislam.com
 Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.

Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia.

Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja.

Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental.

Tuesday, January 25, 2011

"Apa di dalam baju Anda" Wahai Para Pembimbing?

Di dalam beberapa sesi latihan (workshop) yang saya kendalikan, satu soalan yang kerap saya terima adalah berkisar tentang 'kehangatan' modul latihan atau workshop yang sedang rancak dikendalikan dalam nilai ringgit yang rendah.

Dengan janji yang "luar biasa", workshop sehari ini ibarat seorang ahli silap mata dengan "magic wand"-nya yang mampu menukar 'seketul batu menjadi emas', menghilangkan yang gusar kepada kecerian dalan kiraan 1,2 dan 3. Malahan ada workshop yang hanya sekadar 3 jam juga menjanjikan emas dan permata.

Soalannya bukan nilai wang tetapi saya berpendapat adalah inti dan keikhlasan "si pembimbing".

Sebagai seorang "pelatih" atau Trainer, saya juga terasa kehangatan gelombang  program latihan yang sedemikian.
Peserta banyak bertanyakan pandangan saya. Menanyakan subjek yang dikendalikan dan juga melahirkan kekecewaan yang dialami.

Kebanyakannya mengatakan bidang latihan menjadi ibarat tempat pembimbing mengambil kesempatan atas dahaga ilmu yang dimiliki oleh insan-insan yang ingin mencapai impian mereka.

Ada workshop bukan jadi tempat membimbing tetapi peserta yang hadir membayar HANYA untuk mendengar pembimbing menjual produk latihan mereka yang luar biasa mahal (RM 3 ribu, RM4 ribu hingga mencecah RM5 ribu tanpa pengiktirafan badan-badan bertauliah) atau program-program jualan yang lain. Niatnya (intention) si pembimbing sudah bukan pada membimbing tetapi lebih menjual. Kaedah "Mass Persuasion" dan manupulasi digunapakai hanya untuk "menolak" (push) peserta menyertai program yang lain.  Ini semua gaya-gaya yang pernah dibawa oleh penceramah barat yang pernah datang ke Malaysia dan menjual produk mereka tanpa menekankan keaslian dan keikhlasan membimbing mereka.

Siapa yang kecewa...? Ofis boy, kerani, buruh am, peniaga, pelajar dan pelbagai lagi golongan insan yang ingin membangunkan diri mereka secara betul tetapi ditunjukkan dengan cara yang salah.

Yang lebih luar biasa, ada program yang modul latihannya menekankan konsep dan falsafah spiritulis, terapi berprinsipkan spiritual tetapi gaya dan cara ala-ala kapitalis yang nyata melanggar cara asal niatnya itu tercapai.

Moga tulisan peribadi ini mendapat perhatian...  


Sunday, January 23, 2011

Sekitar Workshop WBM Jan 2011

Alhamdulillah, sabtu lepas workshop pertama saya untuk tahun 2011 berjaya dijalankan. Walaupun ada beberapa situasi yang agak berat sedang saya lalui, Tuhan Yang Esa terus melapangkan dan memudahkan perkongsian tersebut berlaku.

Terima kasih kepada peserta yang hadir. Walaupun saya hanya membuat hebahan melalui blog dan Facebook sahaja, nyata 'message' saya sampai kepada mereka yang memang sentiasa dahagakan ilmu membangunkan potensi diri mereka.

Banyak pekara yang dapat saya kongsikan. Malahan juga saya berjaya mengutip pelbagai maklumat dari para peserta. Terutama dari para peserta yang sebelumnya pernah menghadiri workshop saya yang lain. Perkongsian, testimoni dan komen yang 'sporting' dari mereka sangat mengharukan. Malahan kesungguhan mereka berkongsi pengetahuan dengan peserta yang lain sangat saya hargai.

Buat peserta yang baru pertama kali menghadiri workshop kendalian saya, moga kita terus berhubung dan berkongsi cerita. Saya percaya setiap sesuatu itu pasti memberi pencerahan kepada kita semua.

Tidak lupa pada pihak bilik training. com terutama Tuan Fauzul dan juga rakan-rakan penulis yang sempat saya ketemu iaitu Tuan Zamri Mohamad dan Tuan SK.

Satu lagi, dari reaksi balas yang saya terima semasa mengendalikan workshop, saya dapati pengaruh blog ini masih signifikan dalam saya menyampaikan maklumat, informasi malahan juga perkongsian terutama pada mereka yang ingin mendalami subjek yang banyak saya kemukakan. Ini membuatkan saya membuat keputusan untuk aktif menulis dan menambah kekerapan saya mengemaskini blog ini.

Insya Allah..kita akan terus berkomunikasi dengan lebih kerap....

Wednesday, January 19, 2011

Artikel MajalahNiaga.Com

Seperti yang telah saya maklumkan melalui artikel yang lepas, saya ada menulis untuk MajalahNiaga.Com iaitu satu portal yang dibangunkan untuk meyebarkan informasi dan maklumat tentang isu-isu keusahawan. Artikel pertama saya telah dimuat turunkan semalam.

Anda dijemput untuk membaca artikel tersebut.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut... 

Friday, January 14, 2011

Jadual Workshop Januari 2011

Saya menjemput anda untuk menyertai workshop pertama saya tahun ini (2011). Workshop WHOLE BRAIN METHOD adalah satu program latihan khusus untuk membimbing anda dan mendedahkan rahsia potensi dan kekuatan mental dan otak manusia.

Workshop ini memang dibangunkan setelah saya menerima pelbagai feedback dari peminat dan individu yang ingin mempelopori rahsia kekuatan minda.

Workshop ini akan mendedahkan :-

1.  Rahsia Otak kiri-Otak Kanan
2. Mengenal Minda sedar dan minda separa sedar.
3. Gelombang Alpha dan Theta
4. Aura Minda
5. Membangunkan potensi kedua-dua belahan otak.
6. Teknik-teknik bagi menjana kekuatan mental
7. Teknik berkomunikasi dengan Minda Separa sedar.
8. Kaedah memprogram mindset
9. Kaedah meningkatkan prestasi otak dan minda
10. Dan banyak lagi....

Tarikh : 22hb Jan 2011 (Sabtu)
Masa : 9.30am-4.30pm
Tempat Wangsa Melawati KL.
Yuran : RM180.00

Hubungi 016-2488106

Sekian ...

Thursday, January 13, 2011

TOP 500 PTS

  
Alhamdulillah atas limpahan kejayaan yang diberikan dan Terima Kasih buat mereka yang terus menyokong usaha saya sebelumnya.

Walaupun kedua buah buku penulisan saya telah diterbitkan semenjak tahun 2007 dan 2008, senarai yang dikeluarkan oleh Penerbitan PTS menunjukkan kedua buku tersebut masih mencatat jualan yang baik.

Keduanya tersebarai sebagai Judul TOP 500 PTS  berdasarkan Nilai RM dan Naskah Jualan untuk tahun 2010. Berikut adalah maklumat lengkap : klik di sini dan di sini!

Monday, January 10, 2011

Menulis di Majalah Niaga

Sebelumnya saya pernah menyumbang artikel di Majalah IM (Internet Marketing) yang dibangunkan oleh Flarebiz yang diketuai oleh Tuan Adly atau dikenali dalam dunia maya sebagai Labanon. Bagaimanapun atas beberapa pekara majalah tersebut telah dihentikan sementara waktu oleh Tuan Adly.

Bagaimanapun selepas mengalami beberapa proses pembesaran, Majalah IM akan dijenamakan semula dengan dikenali sebagai Majalah Niaga. Iaitu memberi fokus dan liputan yang lebih luas dan menepati kehendak sasaran.
Saya dihubungi minggu lepas oleh seorang wakil dari Tim Majalah tersebut iaitu Tuan Hasbul Aqill untuk menyumbang artikel bagi majalah tersebut. 

Kerana menulis adalah jiwa saya dan keusahawan merupakan satu bidang yang menjadi sebahagian dari kehidupan saya, dengan rasa senang hati saya menerima jemputan tersebut. Apatah lagi majalah ini mempunyai kumpulan anak-anak muda generasi baru yang berminat dengan keusahawanan. Memang sepatutnya saya memberi galakan dan perkongsian ilmu dan pengalaman.

Justeru melalui blog ini saya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk melawati blog rasmi Majalah Niaga yang telah dilancarkan semalam. Berikut adalah alamt laman web tersebut :  MajalahNiaga.Com (sila klik disini!) Juga alamat facebook-nya : http://www.facebook.com/MajalahNiaga

Saya akan menulis topik kegemaran saya iaitu tentang pembangunan minda (kuasa minda dan pemikiran)dan pembangunan diri dari skop keusahawanan.


Saturday, January 8, 2011

Fokus 2011

Jika 2009 merupakan tahun di mana saya belajar lebih mendalam tentang kehidupan, tahun 2010 merupakan tahun yang amat memberangsangkan baik dari sudut kesihatan mahupun bagi perjalanan saya di dalam bidang kejurulatihan.

Seawal tahun 2010 lagi saya sudah sibuk menerima jemputan dan mengendalikan beberapa program latihan. Baik diundang di dalam latihan organisasi mahupun mengendalikan beberapa sesi latihan anjuran AL QUDRAH sendiri..

Paling manis adalah diundang sebagai penceramah bagi program E-Kasih anjuran Kerajaan Negeri Melaka. Program sehari tersebut telah dihadiri oleh hampir 500 peserta dengan sokongan beberpa organisasi yang terlibat.

Alhamdulillah, tahun 2010 juga menyaksikan saya berjaya mengendalikan beberapa sesi latihan bagi modul Terapi Meridian Energi iaitu EFT. Sesi tersebut telah dikendalikan di Melaka mahupun di KL. Saya juga berjaya memperkukuhkan program Pengurusan Stres yang bersifat lebih holistik di beberapa organisasi swasta mahupun awam. Sambutan adalah sangat mengalakkan.

Cuma, tahun lepas bukan tahun produktif saya dalam bidang penulisan. Penulisan buku saya tergendala malahan penulisan saya di blog juga turut terganggu.

Maka, tahun 2011 ini saya menjangkakan fokus akan saya berikan pada dua bidang ini (latihan dan penulisan)  dengan beberapa modul sebelumnya akan dikembangkan dan diperkukuhkan. Topik pembangunan minda dan pengurusan emosi akan menjadi teras modul yang akan dibangunkan. Manakala saya juga akan memberi tumpuan untuk mengembangkan beberapa terapi aliran psikologi energi yang telah menjadi satu subjek yang sangat saya gemari.

Penerbitan buku ke-tiga saya yang dijangkakan akan mampu diterbit sebelum Pesta Buku Antarabangsa KL nanti bakal menambah momentum besar kepada bidang latihan dan penulisan yang saya ceburi ini.

Saya mendoakan sokongan dan dorongan rakan-rakan yang sentiasa memberi kekuatan untuk saya terus memberi sesuatu buat mereka yang memerlukannya...

Friday, January 7, 2011

Hebahan Umum : Workshop WHOLE BRAIN Method

Program Penjanaan Kuasa Otak dan Potensi Minda akan dikendalikan oleh Tuan Amar Mahmood. Berikut adalah maklumat lengkap tersebut :

Tarikh : 22hb Jan 2011 (Sabtu)
Masa : 9.30am - 4.30pm
Lokasi :

BilikTraining.com (BTC)
9-1 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Yuran : RM180.00

Hubungi 016-2488106 untuk maklumat lanjut!









Thursday, January 6, 2011

Workshop

Setiap maklumat tentang latihan dan workshop akan dihebahkan di blog ini.

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin