Di dalam beberapa sesi latihan (workshop) yang saya kendalikan, satu soalan yang kerap saya terima adalah berkisar tentang 'kehangatan' modul latihan atau workshop yang sedang rancak dikendalikan dalam nilai ringgit yang rendah.
Dengan janji yang "luar biasa", workshop sehari ini ibarat seorang ahli silap mata dengan "magic wand"-nya yang mampu menukar 'seketul batu menjadi emas', menghilangkan yang gusar kepada kecerian dalan kiraan 1,2 dan 3. Malahan ada workshop yang hanya sekadar 3 jam juga menjanjikan emas dan permata.
Soalannya bukan nilai wang tetapi saya berpendapat adalah inti dan keikhlasan "si pembimbing".
Sebagai seorang "pelatih" atau Trainer, saya juga terasa kehangatan gelombang program latihan yang sedemikian.
Peserta banyak bertanyakan pandangan saya. Menanyakan subjek yang dikendalikan dan juga melahirkan kekecewaan yang dialami.
Kebanyakannya mengatakan bidang latihan menjadi ibarat tempat pembimbing mengambil kesempatan atas dahaga ilmu yang dimiliki oleh insan-insan yang ingin mencapai impian mereka.
Ada workshop bukan jadi tempat membimbing tetapi peserta yang hadir membayar HANYA untuk mendengar pembimbing menjual produk latihan mereka yang luar biasa mahal (RM 3 ribu, RM4 ribu hingga mencecah RM5 ribu tanpa pengiktirafan badan-badan bertauliah) atau program-program jualan yang lain. Niatnya (intention) si pembimbing sudah bukan pada membimbing tetapi lebih menjual. Kaedah "Mass Persuasion" dan manupulasi digunapakai hanya untuk "menolak" (push) peserta menyertai program yang lain. Ini semua gaya-gaya yang pernah dibawa oleh penceramah barat yang pernah datang ke Malaysia dan menjual produk mereka tanpa menekankan keaslian dan keikhlasan membimbing mereka.
Siapa yang kecewa...? Ofis boy, kerani, buruh am, peniaga, pelajar dan pelbagai lagi golongan insan yang ingin membangunkan diri mereka secara betul tetapi ditunjukkan dengan cara yang salah.
Yang lebih luar biasa, ada program yang modul latihannya menekankan konsep dan falsafah spiritulis, terapi berprinsipkan spiritual tetapi gaya dan cara ala-ala kapitalis yang nyata melanggar cara asal niatnya itu tercapai.
Moga tulisan peribadi ini mendapat perhatian...
No comments:
Post a Comment