Jika 2009 merupakan tahun di mana saya belajar lebih mendalam tentang kehidupan, tahun 2010 merupakan tahun yang amat memberangsangkan baik dari sudut kesihatan mahupun bagi perjalanan saya di dalam bidang kejurulatihan.
Seawal tahun 2010 lagi saya sudah sibuk menerima jemputan dan mengendalikan beberapa program latihan. Baik diundang di dalam latihan organisasi mahupun mengendalikan beberapa sesi latihan anjuran AL QUDRAH sendiri..
Paling manis adalah diundang sebagai penceramah bagi program E-Kasih anjuran Kerajaan Negeri Melaka. Program sehari tersebut telah dihadiri oleh hampir 500 peserta dengan sokongan beberpa organisasi yang terlibat.
Alhamdulillah, tahun 2010 juga menyaksikan saya berjaya mengendalikan beberapa sesi latihan bagi modul Terapi Meridian Energi iaitu EFT. Sesi tersebut telah dikendalikan di Melaka mahupun di KL. Saya juga berjaya memperkukuhkan program Pengurusan Stres yang bersifat lebih holistik di beberapa organisasi swasta mahupun awam. Sambutan adalah sangat mengalakkan.
Cuma, tahun lepas bukan tahun produktif saya dalam bidang penulisan. Penulisan buku saya tergendala malahan penulisan saya di blog juga turut terganggu.
Maka, tahun 2011 ini saya menjangkakan fokus akan saya berikan pada dua bidang ini (latihan dan penulisan) dengan beberapa modul sebelumnya akan dikembangkan dan diperkukuhkan. Topik pembangunan minda dan pengurusan emosi akan menjadi teras modul yang akan dibangunkan. Manakala saya juga akan memberi tumpuan untuk mengembangkan beberapa terapi aliran psikologi energi yang telah menjadi satu subjek yang sangat saya gemari.
Penerbitan buku ke-tiga saya yang dijangkakan akan mampu diterbit sebelum Pesta Buku Antarabangsa KL nanti bakal menambah momentum besar kepada bidang latihan dan penulisan yang saya ceburi ini.
Saya mendoakan sokongan dan dorongan rakan-rakan yang sentiasa memberi kekuatan untuk saya terus memberi sesuatu buat mereka yang memerlukannya...
No comments:
Post a Comment