Semenjak saya mula menulis secara konsisten di blog iaitu sekitar tahun 2007 sehingga ke hari ini, saya mula sedar tentang satu pekara. Iaitu saya kerap menerima "hadiah" atau pemberian ikhlas berbentuk BUKU atau majalah dari pelbagai individu terutama ahli keluarga, rakan-rakan, pembaca penulisan saya dan juga dari peserta workshop yang pernah mengikuti program latihan yang saya kendalikan sebelumnya.
Mulanya saya anggap secara kebetulan, tetapi 2 tahun kebelakangan ini saya makin kerap menerima buku yang seolah memenuhi keperluan saya atau memberi "sesuatu input" yang sedang saya perlukan.
Dan sebagai seorang yang bercakap tentang hukum tarikan, saya menyimpulkan ia sebagai satu pembuktian hukum ini berlaku secara fitrahnya.
Sebagai seorang yang cintakan buku dan menjadikan penulisan sebagai pentas saya berkongsi ilmu, saya percaya "pantulan" energi (tenaga) ilmu yang terhasil setiap kali saya menulis di blog atau internet secara senang hati (ikhlas) MENARIK kembali "ilmu" kepada saya.
Ingat...buku hanyalah simbol. Hakikatnya (essence) ia adalah ILMU. Maka ia menjadi seperti berikut...."ilmu menarik ilmu kembali". Atau secara mudahnya saya ringkaskan bahawa, jika kita ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan baik melalui apa-apa medium pun, Insya Allah, kita akan menerima kembali lebih banyak ilmu pengetahuan baik seperti buku, pembacaan di internet ataupun pencerahan (pemahaman) sesuatu ilmu pengetahuan dari Tuan Empunya Ilmu itu sendiri ..Allah swt.
Berikut adalah beberapa buku yang dikirimkan sebelumnya kepada saya...Terima kasih. Moga Allah jua yang membalas kebaikan Tuan Puan.
Kiriman dari Penterjemahnya - Tuan Fakharoll Rodziee
Hadiah dari rakan di AEON
Di kirim dari jauh -Bogor Indonesia oleh Penulisnya sendiri-Abang Ismail Ishaq
Buku ini menjadi bahan semasa saya menulis buku "Rahsia Minda Jutawan"
Dihadiah oleh rakan baik-Tuan Jeff
Sumbangan dari rakan pensyarah pemasaran- Puan Zarmilah. Beliau tidak tahu kenapa beliau "terpaksa" membeli buku ini semasa memasuki MPH Bookstore. Ini kerana beliau bukan jenis membaca buku genre "spiritual healing" ini.
Saya berjumpa beliau beberapa bulan lepas dan beliau berkata, " kau ambil nie baca, aku tak faham maksud buku nie". Saya membelik-belik sambil tersenyum...macam subjek aku je......
Buku ini sepasang. Ada buku 1 dan buku 2. Dihadiah oleh rakan semasa balik dari Indonesia.
Hadiah sahabat dari KL
Ini baru saya terima ...oleh-ole dari nona manis Cik Fatimah Az Zahra
Cukup dulu. Terima kasih sekali lagi..
No comments:
Post a Comment