Friday, December 3, 2010

Whole Brain Method (WBM) : Modul latihan lengkap tentang minda


Setelah sekian kali tertangguh dalam usaha saya membangunkan satu modul yang lengkap tentang salah satu subjek kegemaran saya, akhirnya bulan ini (disember 2010) saya berhasil untuk menjadikan ia satu kenyataan.

Bagi meraka yang sudah membaca kedua-dua buah buku saya, pasti mengenali diri saya melalui subjek KUASA MINDA. Malahan subjek ini sudah menjadi sebahagian branding saya setiap kali saya memperkenalkan diri saya di khalayak ramai mahupun di kalangan rakan-rakan yang mengenali saya.

Anehnya, walaupun saya kerap mengendalikan kursus tentang subjek ini di dalam kumpulan organisasi ataupun kumpulan yang tertentu, saya masih belum pernah mengendalikan modul yang lengkap tentang subjek Kekuatan Minda ini untuk masyarakat awam. Sebaliknya saya banyak mengendalikan subjek seperti terapi EFT, Pengurusan Stres dan Modul latihan bagi Pembangunan Kekuatan Emosi sebelum ini.

Jadi, program WBM ini ibarat saya melihat kembali jejak-jejak saya di dalam bidang latihan sebelumnya. Rancangan awalnya saya mahu mengendalikan modul latihan WBM ini awal 2011 nanti, sebagai sebahagian modul menyeluruh saya tentang subjek bidang tumpuan saya iaitu  Pembangunan Diri  (Personal Development). Tetapi kerana memikirkan kenapa saya perlu melengah-lengahkannya kala sudah banyak workshop tentang minda diadakah?

Maka tanpa fikir panjang selain berserah (let go) saya memulakan perancangan tahun 2011 lebih awal mengambil berkat perubahan kalender hijrah yang bakal menjelang tidak beberapa hari lagi ..Insya Allah (7hb Disember nanti).
Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman, orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 218)
Nota: Hijrah itu simboliknya adalah satu TITIK PERUBAHAN. Secara meluas, ia merangkami dan menjangkau  di dalam pelbagai aspek kehidupan kita termasuk perubahan di dalam diri kita sendiri.

Workshop WBM dibangunkan khusus memfokuskan tentang kekuatan otak dan minda sekaligus. Ia lebih bersifat ilmiah, informatif dan sudah tentu praktikal di dalam applikasi methodnya. WBM tidak menjadikan satu topik khusus seperti kekayaan atau kejayaan dalam pencapaian workshop tersebut. Dan inilah KUNCI perbezaan workshop ini.

Ia lebih bersifat HOLISTIK. Anda tentukan apa yang anda mahukan. Apa yang penting anda memahami secara falsafah, teori dan juga sudah tentu applikasinya. Saya mahu workshop ini menjadi landasan bagi peminat atau mereka yang mahu membangunkan potensi dan mengembangkan kemampuan diri memperolehi ilmu tentang potensi tersebut. Malahan ia mampu menjadi satu pencerahan dalam kita menyusuri perjalanan kita mencapai impian yang kita inginkan.

Saya berhajat memperkukuhkan workshop ini sebagai asas kepada Modul latihan tentang pembangunan Minda yang lengkap pada masa hadapan. Selepas itu barulah kita boleh menoleh jauh ke depan meninjau potensi diri yang lain atau yang lebih tepat adalah potensi diri yang lebih mendalam.

Saya menjemput anda menyertai latihan ini sebagai satu langkah anda melakukan perubahan sempena kedatangan Hijrah 1432H ini nanti. Saya secara peribadi yakin workshop ini mampu memberi manfaat besar buat anda!
 

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin