Semenjak saya memasukan sedikit informasi satu dari teknik MTT iaitu dari kaedah EFT di dalam buku "Tarik Kekayaan Dengan Kuasa Minda", saya kerap menerima pertanyaan tentang Terapi EFT ini.
Sebenarnya, waktu buku tersebut ditulis (iaitu sekitar tahun 2007) saya sudah mengamalkan Terapi EFT 2-3 tahun sebelumnya. Sebagai seorang peminat Hukum Tarikan atau LOA (law of attraction) waktu itu, EFT sangat popular dijadikan sebagai "tool" atau alat di dalam menguatkan tarikan magnet diri (aura).
Saya mengikuti beberapa workshop yang dikendalikan oleh seorang NLP Coach iaitu Katrina Sin. Melalui beliaulah saya mula mendalami dan mengembangkan pengetahuan saya mengenai EFT termasuk melalui pelbagai maklumat dan online (workshop) yang terdapat di internet.
Sebagi seorang pengamal Reiki, memahami konsep terapi energi bukan satu masalah besar buat saya. Alhamdulillah, banyak pekara positif yang telah saya perolehi semenjak saya menggunakan kaedah ini bersama- sama method kuasa minda, reiki dan NLP yang telah saya pelajari sebelumnya.
Saya gunakan baik bagi isu kesihatan, pembangunan diri terutama bagi pemprograman minda separa sedar dan pembangunan personaliti, isu perhubungan, kerjaya mahupun di dalam isu kerohanian.
Keputusannya menakjubkan!
Walaupun kaedah ini agak unik dan mudah (mungkin pelik bagi yang baru mengenalinya), hasil yang diperolehi adalah sangat baik untuk dikongsikan. Semenjak dari itu, saya mula kongsikan dengan peserta atau menulis tentang kaedah ini di blog lama saya.
Selepas beberapa tahun mendalami, mengamalkannya dan berkongsi di pentas latihan, saya berpendapat bahawa adalah lebih baik saya memberi perhatian dengan lebih besar kepada mendedahkan kaedah ini secara lebih konsisten baik melalui latihan dan penulisan saya.
Di dalam banyak teknik pembangunan diri baik penyembuhan, saya dapati pendekatan MTT atau aliran EFT ternyata sangat praktikal dan lebih "direct" di dalam mengatasi simptom kesihatan fizikal mahupun masalah-masalah di dalam kehidupan kita setiap hari.
Malahan, apa yang menarik perhatian saya adalah, pendekatan MTT adalah ternyata HOLISTIK atau menyeluruh. Ia fokus kepada isu sebenar atau "root" kepada permalasalahan kita berbanding pendekatan lain yang memberi perhatian kepada "simptom" atau masalah "depan/muka" yang kita hadapi.
Mulai hari ini, saya akan menulis secara konsisten tentang subjek ini supaya kebanyakan dari kita akan mendapat manfaat dari salah satu kaedah pembangunan diri yang paling cepat berkembang dan mendapat sambutan yang besar dari setiap individu yang ingin membangunkan potensi diri mereka.
No comments:
Post a Comment