Sunday, December 12, 2010

Fisiologi Meditasi dan zikir oleh Dr. Danial



Artikel dipetik daripada buku Tip-tip Cemerlang daripada Quran yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin

Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada kesihatan manusia. Pada tahun 1967, Profesor Dr. Herbert Beson dari Fakulti Perubatan Harvard mendapati mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17 peratus lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta di dalam otak meningkat dengan jelas. 

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila individu itu berada pada saat yang amat menenangkan terutamanya semasa hampir terlena. Dr. Herbert Benson berpendapat, meditasi mampu meredakan tekanan dan menjadikan individu itu lebih tenang serta ceria.

Mengikut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Stroke pada tahun 2000, 60 orang rakyat Amarika berbangsa Negro yang menghidap penyakit arteriosklerosis iaitu pembuluh darah menebal disebabkan lemak disuruh melakukan meditasi selama enam hingga sembilan bulan. Kajian itu mendapati, lemak yang menyelimuti pembuluh darah menjadi nipis selepas selesai program meditasi itu.

Kajian ini melibatkan 90 orang pesakit kanser juga dilakukan. Mereka bermeditasi selama tujuh minggu. Kumpulan yang mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah sugul, resah dan marah berbanding kumpulan yang tidak bermeditasi.Tambahan daripada itu, individu yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang bermeditasi mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman. Kajian ini diterbitkan di dalam majalah Psychosomatic Medicine tahun 2000.

Mengikut pengkaji-pengkaji dari Maharisi School of Management yang berpusat di Fairfield, lowa, meditasi mengurangkan tekanan. Ini kerana kadar hormon stres yang bernama kortisol amat rendah di kalangan mereka yang suka bermeditasi.

Zikir yang dilakukan secara khuyuk boleh diibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam zikir yang dilakukan secara khusyuk terdapat unsur-unsur meditasi. Tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana zikir yang dilakukan oleh umat Islam adalah ibadah. Kalimat-kalimat zikir yang disebutkan adalah berdasarkan Quran dan sunah. Lebih daripada itu, mereka yang berzikir dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada tuhan.

Sumber : Portal PTS 

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin