Sunday, January 31, 2010

Kuasa Minda :Berkomunikasi Dengan Minda Anda (part2)

Kuasa Minda :Berkomunikasi Dengan Minda Anda (part2)
Jul.27, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP

Affirmasi atau kata-kata yang ditujukan pada diri sendiri adalah satu lagi teknik yang berkesan untuk tujuan berkomunikasi dengan minda atau mental anda. Ia adalah suatu cara yang mudah dengan mengulang-ulang matlamat atau keadaan yang diingini atau suatu kepercayaan yang baru supaya melekat ke dalam minda separa sedar.

Ia juga boleh di gunakan dengan cara menulis , menyebut perkataan secara lisan atau di dalam mental, mendengar dari pihak lain sehingga saranan atau pernyataan itu tetap di dalam minda separa sedar.

Terdapat beberapa teknik affirmasi iaitu saranan diri atau kata kepada diri sendiri secara sedar, auto hipnosis iaitu saranan atau affirmasi yang diucapkan dalam keadaan separa sedar atau biasanya di tahap gelombang alpa. Satu lagi di panggil hetero-hipnosos iaitu ucapan kata-kata dari pihak ketiga.

Perkataan yang dikatakan pada diri anda baik oleh diri kita sendiri, orang lain dan persekitaran anda jika di ulang-ulang akan menjadi kepercayaan minda yang menyimpannya. Kerana itu, jika anda ditegur yang muka anda kelihatan tidak sihat atau seperti orang sakit secara berulang-ulang maka anda tentu akan mula merasai kesan terhadap kata2 tersebut seperti anda merasa tidak sihat atau sedap badan.

Amar Mahmood x+
Rahsia Minda Jutawan

Kuasa Minda : Berkomunikasi Dengan Minda Anda (part 1).

Kuasa Minda : Berkomunikasi Dengan Minda Anda (part 1).
Jul.25, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP

Applikasi kuasa minda yang pertama akan kita perkatakan dalam blog ini adalah bagaimana anda berkomunikasi dan memberi arahan kepada minda anda.

Sebenarnya, minda anda mempunyai kekuatan untuk merealisasikan atau menarik apa sahaja yang anda inginkan TETAPI bergantung bagaimana kekuatan yan telah dapat anda bentuk pada minda anda. Dan jika “bahasa” komunikasi yang digunakan betul dan mudah difahami oleh minda anda, maka semakin mudah anda dapat merealitikan keinginan anda itu.

Bagaimanapun, setiap teknik yang saya terangkan tidak akan saya perjelaskan secara “detail” kerana beberapa teknik ini sebenarnya telah banyak disentuh oleh beberapa blog tetapi saya akan menyarankan kepada anda untuk membaca melalui blog tersebut tentang bagaimana anda boleh menggunakan teknik2 tersebut.

Bagaimanapun, bagi konsep-2 tertentu saya akan cuba menerangkannya kepada anda pendekatan yang sedikit berbeza iaitu mengikut aliran yang sesuai dengan pendekatan saya.

Teknik komunikasi yang ingin saya terangkan adalah teknik arahan kepada minda iaitu visualisasi kreatif atau gambaran imej tentang sesuatu objek atau situasi yang saudara inginkan.

Sebenarnya, visualisasi adalah teknik yang sangat berkesan dan paling berkesan untuk diterima oleh minda manusia. Kebanyakaan manusia telah terlupa untuk menggunakan kehebatan yang telah ada di dalam diri kita ini. Bagi orang melayu, cerita angan-angan mat jenin telah menjadi momokan untuk kita kerap berangan-angan atau sebenarnya menggunakan visualisasi sebagai alat memanifestasikan keinginan kita.

Blog yang boleh dibaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik ini :
linncomel.com
shueqry.blogspot.com

Amar Mahmood x+

P.S : Bagi ibubapa, jangan halang anak-anak anda berfantasi kerana ia akan menghalang kebolehan kreatif yang memang telah wujud dalam diri manusia. Kebolehan berfantasi dari kecil akan menghasilkan anak-anak yang bercita-cita besar dan berfikiran (berjiwa) besar.

Sains Minda

Sains Minda
Jul.24, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP

Seperti yang telah saya terangkan pada post sebelum ini, mempelajari sains minda adalah seperti mempelajari bagaimana mengendalikan diri dan tubuh badan anda sendiri. Anda akan memahami bagaimana berkomunikasi dan memberi arahan kepada diri anda. Bayangkan diri anda sebuah kapal yang sedang belayar, sedah semestinya diri anda yang sebenarnya adalah nahkoda yang akan memandu kapal tersebut. Nahkoda mestilah tahu bagaimana mengendalikan kapal tersebut. Di manakah lokasi yang ingin dituju?..bukan begitu? Jika tidak , ombak dan angin yang bertiup akan membawa kapal itu kearah yang tidak diingini.

Kerana itu, mempelajari ilmu minda ini sangat berguna kerana anda akan dapat menguruskan diri dan perjalanan kehidupan diri anda sendiri. Gunakan komunikasi yang betul dan teknik yang betul untuk meyampaikan arahan kepada diri anda. Bila anda telah mula menguasai ilmu ini, anda tak akan runsing untuk menghadapi perjalanan kehidupan anda.

Kuasa Minda Separa Sedar

Kuasa Minda Separa Sedar
Jul.23, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP, Terapi dan Psikologi Energi

Minda bawah sedar ibarat tanah yang subur dan hanya menunggu benih benih untuk anda tanam dan boleh memungut hasilnya pada hari akan datang. Tidak kira apa yang anda tanam, baik ianya positif atau negati, Minda bawah sedar akan merekodkannya dan bekerja 24 jam sehari hanya untuk membuahkan hasil seperti yang anda tanamkan.

Segala pemikiran , idea dan kepercayaan yang terdapat di dalam minda akan ditanam di minda hingga ia mula membuahkan hasil. Apa yang anda tanam pasti akan membuahkan hasil yang sama seperti benihnya. Buah yang baik dan manis bergantung kepada benih yang bermutu tinggi. Jika anda menanam benih yang tidak bermutu atau berkualiti, pasti hasil yang anda terima akan mendukacitakan diri anda.

Minda sedar adalah seperti seorang pekebun. Ia mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan dan memilih dengan teliti apakah yang akan disemai di dalam taman atau minda anda. Tetapi malangnya, kebanyakan dari kita yang menjadi pekebun tersebut telah terlupa tentang tanggungjawab hingga tidak berupaya untuk memjaga apakah benih yang di tanam.

Minda separa sedar tidak dapat membezakan sesuatu. Ia akan mengeluarkan hasil samada baik atau buruk, kaya atau miskin dan sebagainya.

Menggunakan kekuatan atau kuasa yang di miliki oleh minda bawah sedar ini membolehkan anda mencipta kegembiraan, kejayaan dan kemakmuran di dalam kehidupan anda.

Di petik dari: Rahsia Minda Jutawan

Dunia mempunyai 9.5 juta jutawan.

NEWS: Dunia mempunyai 9.5 juta jutawan.
Jul.23, 2007 in Info, News & Umum, Kongsi Informasi
AFT- Jumlah individu yang memiliki asset lebih daripada AS$1 juta (RM3.8juta) meningkat 8.3 peratus pada tahun 2006 menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 9.5 juta orang di dunia, lapor satu kajian kelmarin. Syarikat kewangan Capgemini dan Bank Pelaburan Amerika Syarikat (AS), Merrill Lynch itu turut menyatakan bahawa jumlah jutawan paling ramai adalah dari Singapura, India, Indonesia dan Rusia.
Lain itu, jumlah individu yang mempunyai asset melebihi AS$30 juta (RM105) turut dilaporkan meningkat sebanyak 11.3 peratus pada 2006, menjadikan jumlahnya sekitar 94,970 orang. Definasi seorang jutawan menurut Capgemini dan Merrill Lynch ialah individu yang mempunyai asset kewangan seperti wang tunai, saham, bon atau dana melebihi AS$1 juta. Ia tidak termasuk nilai harta kediaman utama dan koleksi berharga peribadi seperti hasil seni, barangan antik ataupun syiling.

Kuasa Minda @ MindPower

Kuasa Minda @ Mind Power
Jul.20, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP

Asalamualaikum…

Hari ini, saya ingin bercakap tentang subjek yang menjadikan saya berbeza. Topik yang paling banyak telah mengubah hidup saya dan topik yang menjadi “makanan” harian saya. Dan melalui topik ini lah saya telah melalui perjalanan kehidupan yang sangat hebat. Semakin saya mendalaminya, semakin banyak yang saya ingin ketahui…ilmu Allah. (sangat hebat)

Pada saya, kuasa minda ini ibarat kita mempelajari ilmu tentang diri kita. Ilmu bagaimana mengawal diri kita. Ilmu pengurusan (management) bagaimana mengurus, memberi arahan, menetapkan matlamat pengurusan dan sebagainya kepada suatu objek yang di panggil manusia. Pusat kawalan ini sangat penting kerana, jika kita tidak belajar bagaimana untuk mengendalikannya maka bagaimana kita boleh menghasilkan sesuatu yang kita inginkan?

Asalnya, saya datang dari aliran dunia ekonomi…belajar tentang subjek ekonomi dan berkerja dalam bidang kewangan. Meminati bidang metafizik telah membawa saya kepada subjek ini. Saya belajar tentang sufism, filosofi aliran timur tengah, saya belajar tentang yoga (aliran sahaja yoga), saya mengenali apa itu kundalini, chakra, aura, prana, chi, dan pelbagai lagi istilah yang kadang kalanya memang mempunyai maksud yang sama.

Pernah saya duduk dalam “dunia misik” melayu, lebih hebat kerana itu orang melayu terkenal dengan “luar biasanya”…..Pelbagai bentuk mentra, serapah dan ritual yang pernah saya lihat dan baca, …mandi bunga, mandi garam malahan mandi besi juga telah saya lalui. Kita memang hebat, tetapi ramai dari kita masih terkapai-kapai mencari kebebasan dalam kehidupan zaman moden ini.

Saya pernah sampai ke pulau jawa, hanya ingin melihat ilmu “mistik” ini….tetapi sebenarnya saya sangat dekat dengan apa yang berkaitan dengan spiritual. Tetapi syukur pada Allah, saya ketemu dengan subjek minda ini. subjek yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat malaysia.

Pada saya sains minda terbahagi kepada 2:

1) Kerangka Minda ( Mindset atu sistem kepercayaan manusia)

2) Kekuatan atau Kuasa yang ada pada minda sendiri.

Dua subjek ini sedikit berbeza tetapi berkaitan. Tetapi ramai pengamal sains minda juga tidak dapat membezakan dua topik ini dengan baik. Belief system dan mind power memang berbeza. kerana itu saya akan cuba memberi penjelasan tentang kedua-dua topik ini melalui blog saya.

Nasihat saya, belajarlah tentang sains minda (kuasa minda) kerana anda akan belajar tentang ilmu mengendalikan “kenderaan” yang anda bawa setiap hari. Jika tidak, ”kenderaan” anda akan sentiasa membawa haluan yang salah atau yang tidak anda inginkan…Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Amar Mahmood
Mind Power Practitioner

EFT @ Emotional Freedom Tech (part 2)

EFT @ Emotional Freedom Tech (part 2)
Jul.18, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, Psikologi Sukses, Terapi dan Psikologi Energi

Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau method yang boleh digunakan untuk anda melepaskan (release) atau membuang (let go) kepercayaan yang negatif atau emosi negatif yang masih anda bawa di dalam minda dan diri anda. Selain EFT , Sedona Method juga adalah satu kaedah yang sangat berkesan dan telah mendapat kredit dari Guru2 self help seperti Jack Canfield, Joe Vitale, Deepak Copra dan lain-lainnya.

Tetapi, saya hanya akan menyentuh teknik yang amat praktikal dan saintifik yang telah saya amalkan iaitu EFT.

Dibangunkan oleh Gary Craig seorang Stanford Engineer (rujuk www.emofree.com) dengan mengatakan :

“Semua sebab dari emosi negatif adalah akibat dari gangguan sistem energi (tenaga) di dalam tubuh badan manusia” Beliau membangunkan kaedah ini dari kaedah Though Field Therapy (TFT) yang telah dijumpai oleh seorang therapist dan ahli psikologis iaitu Dr. Roger Callahan.Melalui kajian yang telah dibuat, 60% dari mereka yang menggunakan EFT pada kali pertama telah dapat melepaskan (release) emosi negatif dan “merasa sesuatu yang penting telah berubah” pada kesihatan dan kehidupan mereka. Sementara 20% lagi dapat merasa perubahan semakin baik dan terus mempraktiskan kaedah ini untuk mendapatkan manafaat dari method ini. Cuma portion kecil sahaja yang memerlukan terapi dari konsultan atau Master Therapist untuk memulihkan kondisi kehidupan mereka.

Kaedah ini terbukti telah membantu melalui Mind/Body Healing tech yang sangat berguna untuk penyakit fizikal, mental (trauma, fobia- penyakit psikologi), masalah masalah kehidupan seperti kegagalan, kesempitan dan pelbagai lagi testimoni yang telah diperolehi dari pengamalnya di seluruh dunia.

Kaedah ini menggunakan aliran acupuncture dan energy psikologi sebagai asas kepada penggunaannya.

Di Malaysia, kaedah ini masih baru tidak seperti di Barat yang telah menggunakannya dengan sangat meluas sebagai alternatif membaiki kehidupan manusia setiap hari.

MINDA ISLAM : Minda Pemimpin Agung- Rasulullah

MINDA ISLAM : Minda Pemimpin Agung- Rasulullah
Jul.13, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP

Asalamualaikum….
Hari ini saya ingin membuka minda kita tentang satu lagi kehebatan yang kita miliki. Sebagai seorang Islam, sebenarnya kita telah mempunyai ‘ikon’ atau idola yang sepatutnya kita tiru atau ‘model’ kan.

Baik sebagai seorang pemimpin di tempat kerja , pemimpin di rumah, pemimpin masyarakat apatah lagi sebagai seorang pemimpin negara….kita sebenarnya boleh mencontohi atau meniru kehebatan Pemimpin Agung- Nabi Muhammad saw dalam memimpin pengikutnya.

Mungkin kita banyak didedahkan dengan buku2 yang menunjukkan kehebatan pemimpin barat seperti Abraham Linchon, Napolean, Gandhi,Winston Churchill,Roosevelt dan sebagainya. Mungkin kita boleh cuba meniru cara mereka memimpin pengikut mereka tapi tahukah anda betapa kita tidak begitu serius dalam mengkaji bagaimana Rasulullah berfikir sehingga hari ini Islam tetap kekal sebagai sebuah agama yang paling cepat berkembang di dunia.

Tahukah anda betapa Rasulullah telah memerintah sebuah empayar Islam yang sangat hebat? Tahukah anda bagaimana Rasulullah bersama-sama berjuang di medan perang bukan seperti pemimpin hari ini. Bukan itu sahaja malahan Rasulullah juga adalah ’strategist yang hebat’?

Fikirkan bagaimana Rasulullah sentiasa bersama-sama melihat masalah umat-umat Baginda. Bagaimanakah Baginda boleh membuat vision sebuah empayar Islam yang sangat hebat di zaman tersebut. Dan perbagai lagi kehebatan Rasulullah yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pun pemimpin dunia (dan memang tidak sepatutnya kita mebandingkannya- tetapi sekadar ingin membuka minda kita)

Jadi kenapa kita tidak mengkaji apakah rahsia atau bagaimanakah cara Rasulullah berfikir supaya kita boleh meniru dan menjadikan Rasulullah sebagai model Agung seorang pemimpin.

Beruntungnya kita….

P.S : Masih menunggu sebuah buku kepimpinan yang hebat ini..
P.S.S: Bezakan ini…Seorang manager berkata; ”go”… tetapi seorang leader pula berkata ”Let go”…

Pusat Peyimpanan atau Pengeluaran?

Pusat Peyimpanan atau Pengeluaran?
Jul.11, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP

Stor hanya mampu memberi hasil sewa yang kecil tetapi stor yang sama boleh mendapat pendapatan yang besar dengan menjadi pusat pengeluaran.
Faham kah anda “statement” di atas? Jika di rumah anda terdapat satu bilik atau stor yang hanya digunakaan untuk menyimpan barang, ia hanya mampu untuk di sewa dengan harga yang murah.

Tetapi jika anda menggunakan bilik tersebut untuk menghasilkan sesuatu atau menggeluarkan sesesuatu hasil, nilai yang anda terima adalah sangat besar.

Oleh itu, otak manusia tidak sepatutnya hanya berfungsi sebagai tempat menyimpan maklumat atau pengetahuaan. Menggunakan otak seperti bilik untuk menyimpan barang tidak ubah menjadikannya seperti fungsi sebuah stor. Tidak guna berapa banyak pekara yang anda belajar, tetapi jika anda hanya menyimpan di dalam otak anda seperti sebuah stor simpanan, ia hanya memberikan hasil yang sangat sedikit kepada anda.

TETAPI, anda hanya boleh menjadi kaya atau mendapatkan hasil yang sangat besar jika anda mengunakan otak sebagai pusat pengeluaran (production). Dengan menggunakan ilmu atau maklumat pengetahuaan yang telah dipelajari, anda boleh mengeluarkankan sesuatu hasil atau “result” yang berguna kepada manusia, maka anda akan mendapat pendapatan yang sangat besar.

Moralnya; Anda tidak akan sukses dengan apa yang anda tahu; anda hanya akan sukses dan menjadi kaya hasil dari apa yang anda lakukan dengan pengetahuaan yang anda tahu itu.

Amar Mahmood x++
P.S : Tips ini diperolehi dari M.R. Kopmeyer

Anda Ingin Menjadi Jutawan?

Anda Ingin Menjadi Jutawan?
Jul.11, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP, Psikologi Sukses

“Untuk menjadi seorang jutawan, anda harus memiliki minda seorang jutawan”
John Paul Getty- Getty Oil
Saya percaya anda juga ingin menjadi seorang jutawan tetapi berapa ramaikah dari anda yang benar-benar berani atau ‘komited’ untuk meletakkan sasaran mereka untuk menjadi seorang jutawan dalam tempoh yang mereka tetapkan? Atau adakah menjadi jutawan merupakan ibarat mimpi-mimpi indah yang sukar untuk anda capai? Kenapa ramai orang telah mencapai tahap jutawan atau mempunyai kebebasan kewangan? Adakah ini nasib yang telah ditetapkan oleh Tuhan?

“Memperolehi RM1 juta pada usia 25 tahun bukanlah NASIB. Saya telah belajar mengenai kekayaan dan kejayaan sejak berusia 18 tahun lagi… pada masa itulah saya telah menetapkan matlamat untuk memperolehi RM1 juta. Sehingga kini sudah 10 tahun saya mendalami ilmu psikologi kejayaan..”

Irfan Khairi
Malaysia Hari Ini, TV3

Mengikut kajian sains psikologi kejayaan, jalan mudah untuk seseorang itu berjaya adalah dengan meniru (modeling) atau mengikut cara-cara mereka bekerja yang telah digunakan oleh mereka untuk berjaya dalam bidang perniagaan, pelaburan atau kerjaya mereka.

Bagaimanapun persoalannya, bagaimana kita hendak meniru cara kerja jutawan ini…? Menurut Wallace Wattles dalam buku klasik The Science of Getting Rich menerangkan “ terdapat sains untuk menjadi kaya, dan ia seperti sains berkenaan aljebra atau arithmetic. Jika sains ini dipelajari dan diikuti, maka orang akan mendapat kekayaan.” Ahli psikologi mengatakan cara yang paling mudah untuk mendapat atau meniru jutawan ini adalah melalui cara meniru mereka ini berfikir dan kepercayaan minda mereka tentang hal-hal berkaitan kejayaan ataupun kekayaan. Ini kerana melalui pelbagai kajian atau penelitian oleh ahli-ahli psikologi dunia atau ahli motivasi seperti Napolean Hill, John Murph, Anthony Robbins dan lain-lainnya mendapati semua mereka atau sebahagian besar jutawan di dunia ini berkongsi satu cara pemikiran yang hampir sama tentang persepsi mereka terhadap kekayaan.
‘Rasanya tak ada apa-apa rahsia, Cuma saya suka mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam bidang ini.Kaji bagaimana mereka boleh berjaya dan cuba aplikasi ke atas diri sendiri.Selain itu, perlu disiplin yang tinggi dan buatlah sesuatu untuk capai matlamat yang disasarkan.’

Irfan Khairi
Dipetik Dari Buku : Rahsia Minda Jutawan
Diterbitkan Oleh : PTS Professional Publishing

Kunci Untuk Sukses

Kunci Untuk Sukses
Jul.10, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP, Psikologi Sukses

Ramai orang ingin berjaya. Dan setiap hari kita ingin mendengar cerita2 kejayaan. Tapi apakah sebenarnya kunci untuk seseorang itu berjaya?

Hari ini, rahsia untuk berjaya sudah terbuka. Mana mana pakar psikologis mahupun motivator telah sepakat bahawa kunci untuk berjaya terletak pada sistem atau cara seseorang itu berfikir (di minda manusia).

Apa yang anda fikirkan akan menentukan sikap anda sendiri. Apakah asas2 yang menentukan cara kita berfikir?

Ia bergantung kepada file2 kepercayaan yang telah dikumpul di dalam minda anda. File ini telah mula dikumpulkan semenjak anda dilahirkan lagi. File inilah intipati kepada keseluruhan perjalanan hidup anda. Dan file inilah yang selalu dilupai oleh ramai orang.

NEWS : Kekuatan Spiritual, Mental Asas Kejayaan Atlit

NEWS : Kekuatan Spiritual, Mental Asas Kejayaan Atlit
Jul.09, 2007 in Info, News & Umum, Kongsi Informasi, Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP, Spiritual, Terapi dan Psikologi Energi

Berita Minggu (8/07/07) mencatatkan tajuk di atas dalam satu muka surat hari ini. Sangat menarik untuk anda baca dan fikirkan.

Artikel tersebut mencatatkan bahawa jika mereka mahu muncul sebagai jagoan bertaraf dunia, mereka perlu memberi perhatian di dalam kekuatn spiritual, mental dan fizikal mereka.

Saya sangat bersetuju dengan tajuk berita tersebut. Cuba anda baca motto blog saya di atas – “Mind, Emotion & Spiritual…The Path to Prosperity”.

Sebenarnya, kita semakin melupakan penekanan dalam mental, emosi dan spiritual aspek dalam kehidupan kita setiap hari.

Jika anda baca artikel tersebut, pengarang mengatakan meskipun mempunyai kemahiran tinggi serta fizikal sasa, seseorang atlit itu pasti tidak dapat pergi jauh jika aspek mental dan spiritual mereka kosong lebih2 lagi ketika sesuatu pertandingan menuntut kekuatan emosi dan diri. Malahan kajian sains sukan mendapati mereka yang berjaya kebanyakkannya mempunyai ketahanan mental yang tinggi selain kemantapan spiritual.

“ Aspek yang paling penting untuk berjaya adalah kekuatan mental dan spiritual yang didapati menjana kejayaan seseorang itu dan kajian menunjukkan 80 hingga 90 peratus kejayaan adalah faktor mental,” – Zaiton Othman (Pengarah Hal Ehwal Atlit MSN)

Pendapat saya, kekurangan perhatiana dalam pembangunan mental dan spiritual dalam sukan Malaysia terbukti dengan atlet2 yang digelar jaguh kampung kesan kegagalan mereka apabila beraksi di luar negara. Malahan sikap pemain yang bermain mengikut emosi atau berdasarkan “mood” adalah satu pekara yang paling mendukacitakan kita.

Seorang yang berjaya, adalah mereka yang dapat memacu emosi (peak performance ) dengan betul pada masa-masa pertandingan. Kerana itu, di Barat penggunaan ‘Peak Performance Trainer atau Coach” sangat popular. Trainer Kelas dunia seperti Anthony Robbin sendiri pernah melatih Andre Aggasi untuk memulihkan sendiri prestasi Andre semasa kejatuhnya. Malahan ramai altet seperti Tiger Wood, Roger Federer malahan David Beckam sendiri mempunyai Trainer Mental peribadi mereka sendiri.

Adakah Malaysia masih mahu ketinggalan dalam sains sukan ini?

Amar Mahmood

P.S : Penggunaan Mental dan spiritual bukan untuk sukan sahaja, tetapi adalah inti atau rahsia besar kejayaan pemimpin2 dunia, Jutawan atau Billioinaire , alhi-ahli politk dunia mahupun Leader dalam perniagaan korporat di duia dewasa ini.
Bagi anda, latihlah minda anda supaya anda dapt mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang anda ceburi.

Ubat Padam Memori Buruk

NEWS : UBAT ‘PADAM’ MEMORI BURUK
Jul.09, 2007 in Info, News & Umum, Kongsi Informasi, NLP

Berita Minggu (8/07/07), mencatatkan sekumpulan penyelidik Universiti McGil di Kanada kini dalam proses menghasilkan sejenis ubat baru yang didakwa mampu membantu individu memadamkan kenangan atau pengalaman buruk.

Teknik ini membolehkan pakar psikiatri mengganggu aliran biokimia bagi tujuan mengingati semula peristiwa yang sudah berlaku.. Ubat tersebut perlu digunakan bersama terapi bagi membantu individu, khususnya mangsa trauma melenyapkan pengalaman pahit.

Sebenarnya, apa yang ingin saya kongsi disini adalah berkenaan suatu situasi yang sedang sihadapi oleh ramai orang di zaman moden ini. Kita semakin dihempit oleh pelbagai kenangan buruk atau peistiwa yang sentiasa mengganggu kehidupan kita dan selagi kita tidak berjaya menghilangkan memori buruk tersebut ia akan sentiasa menghantui kehidupan kita.

Kerana itu, kajian telah dijalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Tetapi tahukah anda , teknologi minda telah mempunyai pelbagai teknik yang mampu membuang segala memori yang sentiasa menghantui mangsa-mangsa trauma mahupun masalah mental yang sedang mereka hadapi. Teknik2 seperti hypnosis, NLP, meditasi teknik dan beberapa lagi aliran telah mampu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan kepada mangsa tersebut.

Bagaimanapun ,terbaru EFT atau Emotional Freedom Techniques semakin mendapat tempat dalam menangani pelbagai masalah memori atau menghapuskan emosi buruk atau negatif yang menjadi penghalang kepada kehidupan mangsa trauma. Teknik yang di perkenalkan oleh Gary Craig telah menjadi fenomena baru dalam aplikasi yang bukan sahaja berjaya menghilangkan atau memulihkan mangsa trauma seperti rogol, kecurian, pergaduhan, ketakutan tempat tinggi (gayat), atau perbagai lagi masalah trauma tetapi, teknik ini juga sangat berkesan dan mencatatkan peratusan pemulihan sehingga 90% kejayaan kepada masalah manusia untuk mencapai kejayaan, kekayaan dan kemakmuran. Malahan kebanyakan pemulihan dapat dilakukan pada terapi yang pertama iaitu hanya sekitar 5 minit sahaja.

Laman webnya –www.emofree.com telah mencatatkan antara 5 web paling ramai dilawati baru-baru ini. Terkini, sebuah dokumentasi diterbitkan berasaskan kejayaan buku ‘The Secret” yang menyokong EFT sebagai rahsia disebalik ‘The Sectret” atau dipanggil “Secret of The secret”.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut teknik ini, selalulah berkunjung ke blog ini kerana saya sedang giat membentuk kelompok EFTer di Malaysia bersama2 beberapa rakan Trainer seperti Katrina Sin.

Sila email (amar_sukses@yahoo.com) kepada saya jika anda berminat untuk mendapat penjelasan atau menghadiri workshop yang pertama kali akan diadakan dalam bahasa melayu tidak lama lagi.

Amar Mahmood
EFT Practitioner CC
Malaysia



P.S : Tahukah anda kegagalan, kemiskinan dan kesempitan kehidupan adalah satu penyakit atau trauma yang paling ramai dihadapi oleh penduduk di dunia? Selagi anda tidak menyembuhkan atau memulihkan “penyakit’ ini,anda akan sentiasa menghadapi trauma tersebut. Penyakit ini sebenarnya tersembunyi (unconscious) tanpa anda sedari di dalam diri anda. Selagi anda tidak membuang penyakit tersebut selagi itu, anda akan sentiasa menanggung kesan penyakit tersebut…fikir-fikirkan lah.

Kuasa Minda DI Dalam Islam

MINDA ISLAM : Kuasa minda Di Dalam Islam
Jul.06, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, Spiritual

Saya pernah terbaca sebuah artikel yang mengatakan motivasi dan pembangunan diri melalui teknik kekuatan minda banyak berasaskan pemikiran ahli psikologis Barat.

Saya berasa keliru apabila tanggapan dan persepsi yang dibuat tanpa mereka meneliti dan mengkaji sains minda itu sendiri.

Tidak dinafikan, yang kaedah dan sains minda ini memang banyak ditulis dan dikaji secara meluas di Barat. Malahan jika anda rajin untuk surf di internet ada beratus-ratus buah buku dan website yang membawakan penggunaan kusa minda dalam mencapai apa yang kita inginkan.

Jadi, adakah suatu kaedah yang sangat baik dan terbukti berkesan tidak boleh digunakan oleh kita seorang penganut Islam?

Jika anda seorang pengamal disiplin minda, anda akan dapati dalam Islam sendiri applikasi dan amalan teknik minda telah ada semenjak zaman Rasulullah lagi.

Kaedah affirmasi (self-talk) sebenarnya kita telah amalkan setiap hari. Umat Islam telah disunatkan dengan memulakan pagi dengan kalimah kesyukuran kepada Allah sebagai satu konsep penghargaan (gratitude) yang menunjukkan kita berterima kasih kepada Allah kerana telah diberikan usia yang panjang setiap hari. Selepas solat subuh, kita akan berdoa dengan ayat-ayat yang positif (seperti dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki, dilindungi dari sebarang kecelakaan dan sebagainya). Setiap hari paling kurang, kita telah membuat 5 affirmasi yang akan memprogramkan minda kita dengan apa yang kita inginkan.

Itu belum lagi dengan solat malam atau tahajud di mana umat Islam akan menggunakan waktu malam hari untuk berdoa dan memohon keredhaan dari Allah. Kenapa malam hari?

Ini membuktikan semenjak zaman Rasulullah lagi, Baginda telah memahami yang minda manusia mudah mencapai ketenangan untuk bersembahyang dan berdoa pada waktu tengah malam.

Jadi terpulang kepada anda untuk menilai dan membuat kesimpulannya sendiri. Insya Allah, saya akan mengupas penggunaan minda ini dan applikasinya di sudut Islam dan akan membuktikan konsep sains minda ini telah wujud di dalam Islam semenjak zaman Rasulullah lagi.

Sebagai manusia biasa saya hanya boleh memberikan apa yang saya ketahui dan sentiasa belajar untuk membaiki diri saya.

Hanya Allah yang menguasai dunia yang nyata dan dunia yang ghaib.

Amar Mahmood
The Mind Empowerment Centre

Rahsia Minda Jutawan

RAHSIA MINDA JUTAWAN
Jul.05, 2007 in "Review" Buku, Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP

Semenjak buku ini diterbitkan dipasaran, saya menerima banyak feedback. Alhamdullilah, kebanyakkannya sangat positif dan memberi pujian terhadap kandungan buku tersebut. Ini sebenarnya memberikan satu semangat untuk saya menulis lebih banyak subjek yang berkaitan Minda , kuasa minda, mind set dan juga pasal kekayaan.

Semalam. saya menerima satu lagi panggilan dari sahabat lama dari selatan negara yang mengucapkan tahniah dengan penerbitan buku tersebut. Malahan buku tersebut sebenarnya sahabat saya dapati dari cadangan seorang jutawan muda (mamak) yang kebetulan adalah kawan kepada sahabat saya itu. (besar hati saya bila seorang jutawan mencadangkan sendiri buku tersebut kepada rakan2nya.

Sebenarnya, saya telah menerima banyak email mahupun panggilan telepon yang ingin mendapat penerangan lebih lanjut tentang subjek mindpower nie. Kerna itu, saya mempercepatkan pembinaan blog ini bertujuan untuk berkongsi lebih lanjut topik yang pada saya sangat menarik kita pelajari.

Buat rakan2 yang selalu bertanya dan memberi sokongan…terima kasih dan tunggulah buku kedua saya yang membincangkan topik LENGKAP tentang mindpower yang sangat praktikal untuk di amalkan.

Sehingga kini, selepas hanya memasuki 3 bulan sahaja penerbitan buku tersebut, saya difahamkan oleh PTS Pro yang buku tersebut telah diulang cetak untuk cetakkan kedua…Syukur pada Allah. Moga buku tersebut dapat memberi manfaat buat sesiapa yang telah melabur untuk membeli ilmu pengtahuaan tersebut.

Malahan, buku tersebut telah mula menjadi modul wajib bagi beberapa syarikat yang berasaskan marketing dan networking kepada member2 baru syarikat mereka bagi membentuk penyediaan mindset yang betul apabila memulakan bisnes mereka.

Harapan saya, moga saya dapat berkongsi lebih banyak ilmu dan pengetahuaan yang berguna untuk kita mencapai kejayaan, kekayaan dan kemakmuran.

Terima Kasih buat semua…

Amar Mahmood

Emosi Tentang Wang

Emosi Tentang Wang
Jul.05, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, Metafizik, Terapi dan Psikologi Energi

Apakah yang anda rasakan apabila anda berhadapan dengan soalan tentang wang atau kekayaan??

Cuba anda tutup mata anda dan tarik nafas dalam tempoh yang konsisten. Lepaskan nafas tersebut bersertakan dengan ketenangan yang anda ciptakan sendiri. Selepas itu,bayangkan anda ditanyakan suatu soalan seperti diatas. Apakah yang akan anda rasa atau apakah perasaan yang timbul apabila anda memikirkan tentang wang? Anda perlu bersikap ikhlas terhadap diri anda ok.

Di bawah ini saya berikan beberapa perasaan yang saya rasa anda tentu pernah atau alami sendiri.

Aku rasa kesempitan atau terhalang-halang.
Aku tak percaya yang aku akan mendapat kekayaan atau aku boleh lakukannya (tak yakin atau ada keraguan)
Aku rasa pening bila fikirkan duit nie.
Aku tidak mempunyai modal yang mencukupi atau belum mempunyai wang tunai lagi.
Aku macam tak berapa konsisten, tak boleh fokus atau teragak agak lagi.
Aku rasa susah hati betul.
Aku tak mempunyai masa.
Aku risau dan nervous sedikit.
Aku tak bertindak lagi.
Aku rasa takut.
Aku tak berapa yakin dengan kemampuan aku sendiri.
Aku ada banyak hutang lagi.

Dan pelbagai lagi perasaan emosi kita terhadap wang atau kekayaan. Saya tidak mahu anda mempersalahkan diri anda jika anda berasa demikian. Ini kerana anda telah disetkan atau diprogramkan secara unconscious di dalam minda anda tentang apa yang telah anda pelajari di sepanjang perjalanan hidup anda.

Sebenarnya, ini adalah jawab besar kenapa ramai manusia masih gagal dapat menarik wang atau kekayaan ke dalam hidup mereka. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah menggunakan kekuatan minda atau kuasa minda untuk mengaplikasikan “law of Attraction” (Hukum Tarik Menarik- sila baca dari blog2 kuasa minda yang lain) untuk menarik apa yang kita sebenarnya secara TIDAK SEDAR ke dalam kehidupan kita.

Suka atau tidak suka anda telah menggunakan kekuatan atau kuasa minda atau kekuatan fikiran untuk mendapatkan apa yang kita fokuskan…ingat ye YANG KITA FOKUSKAN. Jadi sebenarnya kita telah tanpa sedari telah memfokuskan pada pekara-pekara yang negatif terhadap apa yang sebenarnya kita inginkan.

Kerana itu, jangan terkejut jika ramai pengamal-pengamal kuasa minda mahupun “positive thinking” masih gagal mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Jawapanya adalah ramai dari kita HANYA PANDAI MENLIHAT APA YANG KITA TIDAK INGINKAN DAN TIDAK MAHU MENYATAKAN APA YANG SEBENARNYA KITA INGINKAN!
“Here’s the secret: The trick is in turning every one of your complaints around to something you DO want. Start focusing on where you want to go, not where you were or where you are.”
-Joe Vitale

“Man is a magnet, and every line and dot and detail of his experience come by his own attraction.
Elizabeth Towne 1906

Tips : Selalu katakan YA kepada duit.

Ramai orang selalu akan menolak bila sesorang rakan atau rakan kerja ingin membayarkan makanan anda atau memberi hadiah kepada anda.

Pernahkah anda katakan begini apabila seseorang ingin membayar “lunch” anda; “tak pe2 nanti aku bayar sendiri lah”

Anda tukar kepada ; “ Terima kasih, gembira hati aku”

So, macam mana…boleh buat tak..?
YES! ..I FEEL GOOD ABOUT MONEY!!!

Minda Kaya

Minda Kaya
Jul.04, 2007

Hari ini ramai dari kita ingin menjadi kaya. Anda juga pasti tidak terlepas ingin mencapai kekayan seperti mana diri saya juga bukan? Anda tidak perlu malu atau segan mengakui keinginan anda itu. Malahan ada yang sangat takut untuk mengatakan pada diri mereka sendiri yang mereka ingin menjadi kaya.

Soalan saya ialah bagaimanakah anda boleh menjadi kaya??

Jika anda di tanya bilakah anda akan jadi kaya. Tentu anda akan berkata; “Haa… ini kena kerja kuat lah”.. atau mungkin anda akan berkata; “kena kerja banyak-banyak lah”

Ramai orang percaya hendak kaya kita mestilah berkerja kuat-kuat. Tetapi, tahukah anda, ramai orang yang berkerja lebih teruk di ladang2 atau di pembinaan bangunaan juga tak menjadi kaya. Di kilang-kilang ramai yang berkerja lebih teruk dari orang-orang kaya di Malaysia. Tetapi adakah mereka menjadi kaya?

Adakah kaya memerlukan anda berwajah cantik? Atau anda perlu memiliki ijazah dari universiti2 terkemuka? Atau anda mengharapkan nasib menentukan orang itu kaya atau tidak???

Maka, apakah itu kekayaan sebenarnya. Jika di tanya oleh kawan-kawan saya bagaimana untuk menjadi kaya….apa yang saya akan katakana semula adalah mengapa kamu nak jadi kaya?

Selalunya apa yang saya lihat ramai yang akan terdiam atau tergagap-gagap untuk memberikan jawapan kenapa mereka hendak menjadi kaya.

Sebenarnya ini adalah kelemahan yang ramai dari kita tidak menyedari yang kita sebenarnya juga tidak mempunyai sebab yang jelas dan apa yang mendorong kita untuk menjadi kaya. Mungkin ada yang mempunyai beberapa jawapan seperti ingin memiliki kereta mewah dan rumah besar. Itu sahaja ke?

Selagi anda tidak jelas atau ‘clear’ dengan tujuan anda untuk menjadi kaya, anda tidak akan dapat memacu energi dan pemikiran anda untuk menjadi kaya.

Jawapannya, anda sebenarnya tidak jelas dan tidak mempunyai sebarang plan atau fokus kepada sesuatu yang anda inginkan. Anda tidak menggunakan kekuatan fikiran atau minda anda untuk merealisasikan kehendak anda sendiri.

Sebenarnya kekuatan yang ada pada kita adalah sengat hebat kerana jika kita fokuskan atau pandu dengan betul maka energi yang di hasilkan akan membantu anda menjadikan impian itu satu kenyataan.

Untuk menjadi kaya, anda juga perlu mempunyai apa yang saya panggil “kaya secara mental” kerana apa yang wujud di dunia nyata anda adalah manifistasi dari dunia dalam atau mental anda. Sebarang kekurangan (lack) yang wujud di dalam minda anda atau pemikiran anda akan menghasilkan kekurang tersebut di dunia luar (fizikal) anda.

Kerana itu, banyak kekurangan yang anda hadapi setiap hari adalah kesan dari kekurangan yang anda alami di dalam diri anda sendiri. Anda sebenarnya telah menghalang kemajuan diri anda sendiri atau telah sabotaj diri anda sendiri secara tidak anda sedari.


Jadi nasihat saya , jika anda ingin kaya, kayakan minda anda, jika anda ingin gembira, gembirakan dalaman anda, jika anda ingin kecantikan, cantikkan datang dari dalam, jika anda ingin kelihatan “confident” atau berkharisma,, maka yakinkan minda anda dengan “positif thinking”, isikan minda anda dengan motivasi diri anda, katakan kepada diri anda tentang potensi anda yang hebat maka apa yang anda dapat adalah apa yang anda isikan di dalam dunia dalaman anda iaitu dunia minda anda!!!!

Amar Mahmood
-…buka minda anda…ok

‘ bila kekayan mula mengalir, ia akan mengalir dengan laju, sehingga kita akan tertanya2 dimanakah kekayaan ini bersembunyi sebelum ini……;

-Think and Grow Rich – Dr Napolean Hill

Saturday, January 30, 2010

Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam..

Jul.04, 2007

“Personal development”, “self help”, “personal transformation” atau dalam bahasa melayunya kita biasa panggil bidang ini sebagai pembangunaan diri, bidang yang kadang kala juga dipanggil motivasi diri, psikologi manusia, pembangunan manusia, dan pelbagai lagi sebutan atau perkataan yang menggambarkan perubahan seseorang individu secara positif atau berkembang menuju ke arah kebaikan.
Pelbagai konsep atau pendekatan baik secara konvensional iaitu melalui perkataan-perkataan yang membakar semangat untuk berubah atau penceritaan kisah-kisah kejayaan meraka yang telah berjaya di dalam kehidupan. Dan kini kita dihidangkan pula dengan pelbagai lagi teknologi dalam bidang ini selari dengan membangunan pengetahuaan manusia di zaman teknologi pengetahuaan, anda pasti terkejut denan pelbagai teknik-teknik pembangunan diri yang sangat kedepan dan menjanjikan perubahan diri dengan lebih cepat dan berkesan. Anda pasti pernah membaca tentang Neuro-Linguistic Programming (NLP), Hipnoterapi (Hipnosis), Subliminal Teknologi (melalui Tape, CD dan software), ESP, Brainwave Teknologi, Psikologi Energi dan lain-lain lagi.
Sebenarnya tidak timbul soal yang mana lebih baik atau lebih hebat, bergantung kepada individu tersebut untuk memilih manakah pendekatan yang sesuai atau mudah diterima pakai pada individu tersebut. Mungkin ada yang suka untuk mendengar pendekatan speaker-speaker motivasi yang akan mudah meresap dan merubah seseorang individu, ada yang suka membaca cerita-cerita hebat dari pemimpin, lagenda dunia dan sebagainya. Atau ada yang lebih suka menggunakan pendekatan seorang kaunselor atau mungkin terapi sebagai mentor atau pembantu untuk meraka berubah.
Sebagai seorang individu yang telah terlibat dalam bidang ini, saya berpegang pada falsafah “hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini”. Anda boleh memilih apa cara pun tetapi yang paling penting anda mesti berubah kearah positif setiap hari. Malahan, Islam sendiri menuntut pengikutnya supaya sentiasa berubah menuju ke arah kebaikan.
Wallace Wattles dalam buku beliau “The Science of Being Great” berkata;
“Kesedaran untuk berubah dan berkembang tidak diberikan kepada haiwan. Ia hanya ada pada manusia sahaja dan boleh dibangunkan oleh manusia itu sendiri. Haiwan hanya boleh berubah atau berkembang dengan bantuan manusia sendiri.Tetapi manusia boleh berubah dan membangun dengan diri sendiri. Manusia sendiri mempunyai kuasa tersebut yang tak terbatas.
Matlamat Kehidupan manusia adalah berubah (berkembang), seperti juga tujuan kehidupan tumbuh-tumbuhan dan pokok.Tumbuhan dan pokok berkembang secara automatik dan mengikut ukuran tetapnya. Manusia berkembang mengikut kehendaknya.”
Jadi, kita wajib membuat perubahan dalam perjalanan hidup kita sejajar dengan fitrah kita sebagai seorang makhluk Allah yang hebat.
Melalui blog ini, saya akan menggunakan pendekatan sains minda sebagai alat atau ‘tool” yang pada saya amat berkesan untuk membuat perubahan. Kerana minda adalah ibarat mesin yang menghasilkan diri anda (attitude). Bagaimana ‘mesin’ ini diprogramkan atau di set kan , begitu juga hasil atau produk yang akan keluar iaitu mengikut ‘setting’ yang telah dibuat oleh ‘tuan’ kepada mesin tersebut. Anda boleh menjadi tuan kepada mesin tersebut atau mesin itu akan ditunekan oleh tuan yang lain.
Cuma mesin yang akan anda hadapi setiap hari bukan lah sebarang mesin, ia adalah mesin hebat yang telah dicipta oleh Allah dengan kemampuan yang sangat luar biasa sehingga hari ini manusia masih gagal untuk mencipta sebarang ganti mesin ini.
Semoga kita mengenali diri kita dan dengan itu kita akan dapat membawa diri kita ke arah matlamat atau impian yang hendak kita tuju dengan jayanya.
Semoga ..esok adalah lebih baik dari hari ini….
Amar Mahmood
“ Mind, Emotion & Spiritual….The Path to Prosperity”
“Motivation alone is not enough. If you have an idiot and you motivate him, now you have a motivated idiot.” -Jim Rohn
“If you don’t like how things are, change it! You’re not a tree.”- Jim Rohn

Salam Kemakmuran buat Semua!

Jul.03, 2007

Alhamdullilah….syukur kepada Allah kerana dengan izinnya saya dapat memulakan penulisan di sini. Ribuan terima kasih buat sukeri.com kerana telah membantu saya dalam menyiapkan blog ini.
Buat pengetahuan anda, ini adalah blog saya yang pertama maka sudah tentu anda akan dapat melihat beberapa perubahan yang akan dilakukan pada blog ini pada masa yang terdekat. Bak kata orang tua, masih dalam peringkat “trial and error”.
Apa pun, yang penting blog ini akan saya gunakaan dengan sebaiknya untuk berkongsi pengetahuan dengan anda dan akan menjadi “platform” untuk saya menyampaikan pengetahuaan terutamanya yang berkaitan tentang psikologi sukses dan pembangunan diri dengan menggunakan kekuatan atau sains minda sebagai alat untuk memgubah diri kita.
Mungkin terdapat beberapa blog yang telah mendahului saya dalam memperkatakan tentang sains minda atau kuasa minda, tetapi percayalah pengetahuaan ini sebenarnya sangat luas dan tidak akan habis rahsianya walaupun telah melalui pelbagai tahap pembangunan dan kelompok golongan yang telah menulis tentang kehebatan pengetahuaan ini.
Di samping itu, selain dari menggunakan kekuatan minda (mind), saya juga akan mengisi dan menggunakan pendekatan psikologi energi (energy psychology), kuasa emosi dan spiritual dalam perjalanan kita ingin mencapai kejayaan atau apa sahaja yang kita inginkan dari segi kesihatan, kekayaan, kegembiraan mahupun kemakmuran.
Menjadi Visi blog ini untuk mengubah persepsi dan membuka minda masyarakat kita tentang erti kejayaan, kekayaan dan kemakmuran. Di samping itu, blog ini akan memperkukuhkan lagi penggunaan dan pengetahuaan tentang kekuatan minda kepada masyarakat Malaysia, di samping membawa anda untuk mengenali kemampuan diri manusia yang tak terbatas sesuai dengan diri kita sebagai mahkluk kejadiaan Allah yang terbaik.
Di samping itu, saya akan memperkenalkan beberapa lagi rahsia kehebatan yang ada pada diri manusia iaitu kuasa emosi dan kerohanian (spiritual) sebagai kekuatan kita menempuh perjalanan kehidupan setiap hari.Harapan saya, moga blog ini dapat memberi manfaat yang tak terbatas buat semua.
SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA……
“Man is what he believes…” – Anton Chekhov (1860-1904)
Kawan…
“Setiap hari kita berjuang untuk mencapai matlamat kita dan membebaskan diri dari kesempitan kehidupan, jadi blog ini adalah hadiah buat semua. Walau sedikit yang kita dapat tetapi disiplin amalan yang berterusan akan membuahkan hasil yang memuaskan.”
“Khusus buat Empire Team, sukses datang dari dalam diri anda….jadi jangan salahkan faktor luar jika masih ada yang belum berjaya. Lihat di dalam, nescaya anda dapat mencari sebabnya.”
“Buat Abg Mat (Brother’s Empire) terima kasih atas dorongan dan keyakinan atas diri kwn…”
“ When you open your eyes, you have to open you mind…then you will have an open heart….”- Amar Mahmood

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin