Sunday, January 31, 2010

Kuasa Minda @ MindPower

Kuasa Minda @ Mind Power
Jul.20, 2007 in Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP

Asalamualaikum…

Hari ini, saya ingin bercakap tentang subjek yang menjadikan saya berbeza. Topik yang paling banyak telah mengubah hidup saya dan topik yang menjadi “makanan” harian saya. Dan melalui topik ini lah saya telah melalui perjalanan kehidupan yang sangat hebat. Semakin saya mendalaminya, semakin banyak yang saya ingin ketahui…ilmu Allah. (sangat hebat)

Pada saya, kuasa minda ini ibarat kita mempelajari ilmu tentang diri kita. Ilmu bagaimana mengawal diri kita. Ilmu pengurusan (management) bagaimana mengurus, memberi arahan, menetapkan matlamat pengurusan dan sebagainya kepada suatu objek yang di panggil manusia. Pusat kawalan ini sangat penting kerana, jika kita tidak belajar bagaimana untuk mengendalikannya maka bagaimana kita boleh menghasilkan sesuatu yang kita inginkan?

Asalnya, saya datang dari aliran dunia ekonomi…belajar tentang subjek ekonomi dan berkerja dalam bidang kewangan. Meminati bidang metafizik telah membawa saya kepada subjek ini. Saya belajar tentang sufism, filosofi aliran timur tengah, saya belajar tentang yoga (aliran sahaja yoga), saya mengenali apa itu kundalini, chakra, aura, prana, chi, dan pelbagai lagi istilah yang kadang kalanya memang mempunyai maksud yang sama.

Pernah saya duduk dalam “dunia misik” melayu, lebih hebat kerana itu orang melayu terkenal dengan “luar biasanya”…..Pelbagai bentuk mentra, serapah dan ritual yang pernah saya lihat dan baca, …mandi bunga, mandi garam malahan mandi besi juga telah saya lalui. Kita memang hebat, tetapi ramai dari kita masih terkapai-kapai mencari kebebasan dalam kehidupan zaman moden ini.

Saya pernah sampai ke pulau jawa, hanya ingin melihat ilmu “mistik” ini….tetapi sebenarnya saya sangat dekat dengan apa yang berkaitan dengan spiritual. Tetapi syukur pada Allah, saya ketemu dengan subjek minda ini. subjek yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat malaysia.

Pada saya sains minda terbahagi kepada 2:

1) Kerangka Minda ( Mindset atu sistem kepercayaan manusia)

2) Kekuatan atau Kuasa yang ada pada minda sendiri.

Dua subjek ini sedikit berbeza tetapi berkaitan. Tetapi ramai pengamal sains minda juga tidak dapat membezakan dua topik ini dengan baik. Belief system dan mind power memang berbeza. kerana itu saya akan cuba memberi penjelasan tentang kedua-dua topik ini melalui blog saya.

Nasihat saya, belajarlah tentang sains minda (kuasa minda) kerana anda akan belajar tentang ilmu mengendalikan “kenderaan” yang anda bawa setiap hari. Jika tidak, ”kenderaan” anda akan sentiasa membawa haluan yang salah atau yang tidak anda inginkan…Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Amar Mahmood
Mind Power Practitioner

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin