Jan.25, 2010 in Bicara Penulis/Falsafah/Kritis/, Terapi dan Psikologi Energi, WORKSHOP/PROGRAM/iklan
Sepanjang penglibatan saya di dalam bidang pembangunan diri, saya dapati betapa rendahnya kesedaran tentang masalah kehidupan terutamanyan berkaitan psikologi (seperti kerap gagal di dalam bidang yang diceburi, masalah keyakinan diri, mengalami kesusahan, nasib malang, kerap menghadapi emosi kesedihan, susah hati, murung atau merasa tidak bahagia di dalam kehidupan, dan sebagainya) dikendalikan dengan betul dan berkesan.
Selalunya jika kita pening kepala, demam, sakit badan, atau mengalami pelbagai masalah kesihatan fizikal, kita akan SEGERA berjumpa ahli perubatan untuk mendapatkan nasihat. Selalunya klinik dan hospital adalah lokasi yang dicari.
Sebalikya masalah kehidupan (seperti yang saya sebutkan di atas) yang kerap dihadapi dan selalunya memberi kesan yang sangat besar di dalam kualiti kehidupan yang dihadapi oleh ramai individu- tidak pula mencari ahli atau nasihat dari mereka yang sepatutnya. Selalunya mereka menghadapi situasi dan masalah tersebut bersendirian tanpa panduan dan ilmu yang betul. Bagi yang ada inisiatif, akan berusaha menghadiri ceramah motivasi atau mencari buku-buku yang mampu memberi semangat dan inspirasi untuk mereka.
Saya tidak katakan pekara itu salah, kerana memang itu adalah sebahagian dari kaedah yang boleh digunakan untuk mencari “ubat” atau mungkin ia mampu menjadi “ubat” kepada masalah kehidupan tersebut.
Saya berpendapat, MOTIVASI BUKAN RAWATAN YANG CUKUP terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kehidupan yang lebih besar. Bagi setakat kurang semangat, mudah sedih atau gagal dalam peperiksaaan, mungkin motivasi boleh membantu. TETAPI masalah kehidupan seperti gagal dalam kerjaya, bisnes, takut menghadapi masa depan, rasa rendah diri yang kronik, masalah emosi yang teruk dan sebaginya memerlukan rawatan dan nasihat dari mereka yang ahli di dalam bidang tersebut.
Jika sakit fizikal dirujuk kepad doktor perubatan, saya percaya masalah kehidupan juga patut dirujuk atau mendapatkan nasihat dari ahli psikologi.
Kerana itu kebanyakan ceramah motivasi tidak mampu memberi impak besar di dalam perubahan situasi kehidupan yang dihadapi oleh seseorang individu. Ini pandangan saya.
Di barat, pusat terapi psikologi dan kounselor bertauliah telah menjadi satu profesion yang dihormati dan dipercayai oleh masyarakat mereka. Mereka tidak memandang ringan permasalahan kehidupan yang mereka hadapi. Malahan mereka kerap berjumpa dan mendapatkan nasihat dari pakar psikologi.
Ini sudah menjadi sebahagian dari proses pembangunan diri atau pengembangan potensi diri mereka.
Amar Mahmood
No comments:
Post a Comment