Monday, February 1, 2010

Benarkah Anda Sudah Merdeka?

MiNDTalk: Benarkah anda sudah merdeka?
Aug.24, 2007 in Info, News & Umum, Kongsi Informasi, Kuasa Minda/Kekuatan Otak, NLP


Menjelang sambutan kemerdekaan ke 50 tahun negara, saya ingin anda tanya kepada diri anda apakah kita benar2 sudah merdeka?

Walaupun blog ini sebenarnya blog kategori personal growth tetapi kemerdekaan sebenarnya berkait rapat dengan kebebasan individu dalam mencapai kejayaan dan kemakmuran. Saya tidak boleh tidak, perlu menulis nilai kemerdekaan dari sudut diri kita sebagai manusia baik secara fizikal, mental dan spiritual.Merdeka dalam konteks bahasa adalah bebas dari penjajahan. Bagi kita merdeka membawa maksud bebas dari penjajahan dari negara luar. Tetapi benarkah kita sudah merdeka?Dari sudut Islam, merdeka merangkumi merdeka dari sudut fizikal, mental dan kerohanian iaitu tanpa membenarkan manusia memperhambakan diri sesama manusia.Sebenarnya kemerdekaan memepunyai maksud yang sangat luas. Cuma bagi sesebuah negara, kemerdekaan adalah bebas dari cengkaman negara asing. Jadi, saya akan
cuba mengupas sedikit maksud tersirat dalam erti kemerdekaan kepada kita sebagai seorang manusia yang sebenarnya bebas dari sebarang penjajahan baik dari segi fizikal, mental dan spiritual.Merdeka Dari segi FizikalDi era zaman internet ini, penjajahan secara fizikal sebenarnya masih lagi berlaku. Walau kita di Malaysia sudah merdeka selama 50 tahun, tetapi negara2 seperti Iraq, Afghanistan, dan Palestin masih lagi dijajah oleh negara atau bangsa asing. Malahan negara seperti
Sudan juga masih bergolak dengan pertempuran dalaman yang diapi2kan oleh negara penjajah untuk menguasai negara mereka.Mungkin kita terfikir, masakan zaman moden ini masih ada negara yang dijajah. Tetapi berita seharian membuktikan penduduk di negara yang disebutkan tadi masih berjuang untuk membebaskan diri mereka dari negara penjajah. Air mata dan darah masih mengalir semata mata perjuangan untuk kebebasan mereka.Adakah negara kita benar-banar bebas? Bergantung kepada penafsiran sendiri. Pada saya jawapannya boleh jadi ya boleh jadi tidak.Merdeka Dari segi MentalKalau dari sudut ini memang payah. Kita masih terjajah. Kita masih tidak bebas. Kita masih diprogramkan mengikut acuan penjajah. Sebenarnya, jika kita
cuba renungkan …pemikiran kita masih membawa pemikiran ala-70an. Kita masih belum berjaya membebaskan diri kita dari saki baki cengkaman penjajah. Sebagai bangsa melayu, kesan2 peninggalan penjajah masih kuat mencengkam pemikiran bangsa melayu. (baca Mindasukses keluaran Ogos). Kegagalan melayu berjaya dalam perniagaan adalah jenama yang dibuat oleh penjajah. Jenama melayu malas adalah kesan peninggal penjajah. Nyanyian melayu bodoh juga adalah nyanyian musuh2 kita sendiri. Kita masih tidak sedar dan tidak berjaya memecahkan ‘limiting belief’ yang dibina sekuat
kota al famosa.Malahan hari ini propaganda secara mental memang tidak mampu ditangkis oleh kita. Media komunikasi secara terang terang menyerang minda orang islam. Hiburan negatif barat, sosial ala Amerika, Ideologi2 sekular, pakaian ala celeberiti Hollywood dan macam2 lagi yang datang dari media TV, filem, internet dan lain2.Bagaimana anda boleh menangkis jajahan ala moden jika anda sendiri masih gagal menjadi pemerintah kepada minda anda sendiri. Anda masih membiarkan minda anda dijajah oleh pesekitaran yang salah, pergaulan yang negatif, kepercayaan yang mengecilkan potensi diri anda?Merdeka Spiritual?Masih jauh… setiap pagi kita takut dengan kehidupan. Setiap hari kita mengatakan rezeki diberikan oleh manusia pada hal Allah itu adalah Ya Razzak dan Ya Wahhab. Setiap saat kita masih takut untuk mendapatkan kekayaan pada hal Allah itu Maha Kaya. Kita masih berebut2 dan bergaduh2 dengan hak yang kita kata kepunyaan kita. Pada hal Allah itu Yang Menguasai Seluruh Alam Semesta. Setiap detik kita masih takut dengan kesusahan dan kesakitan pada hal Allah itu tempat kita berlindung……Merdeka kah kita?

“Ya Allah, Engkau yang menguasai seluruh Alam Semesta dan Pencipta Seluruh Energi yang ada di alam ini….Terima Kasih dengan kejayaan, kekayaan dan kemakmuran yang engkau berikan kepada ku”

No comments:

Post a Comment

Jemputan Program Latihan

Bagi Tuan/Puan yang berminat untuk menjemput saudara Amar Mahmood ke program atau sebarang aktiviti latihan bagi Organisasi dan kumpulan tertentu, Tuan/Puan boleh menghubungi nombor berikut : 012-6990793 atau email terus ke email beliau : amar_sukses@yahoo.com

Sekian, Terima Kasih
Admin