Selain dari mewariskan peninggalan harta benda dan juga ilmu pengetahuan kepada anak cucu kita kemudian hari, salah satu dari warisan yang selalu diabaikan dan tidak dititikberatkan adalah warisan pemikiran kepada generasi akan datang.
Ibubapa tidak hanya memberikan harta benda kepada anak-anak mereka TETAPI mereka juga secara tidak disedari mewariskan atau meninggalkan pemikiran atau mentaliti kepada anak-anak mereka.Dan si Ibubapa juga tidak mengetahui bahawa mereka membawa pemikiran yang diwariskan dari ibubapa mereka sendiri dari satu generasi kepada satu generasi lain.
Tidak kira samada ia satu pemikiran yang positif ataupun negatif, ia selalunya turun dari satu generasi kepda generasi yang baru. HANYA dengan kesedaran dan ilmu pengetahuan yang betul mampu mengubah kotak pemikiran atau mentaliti yang mereka wariskan tersebut.
Sebagai individu yang banyak bercakap tentang mentaliti atau pemikiran, saya perhatikan Orang Melayu mempunyai satu struktur mentaliti tertentu yang menjadikan Melayu satu bangsa seperti hari ini. Yang ingin saya sentuh hari ini hanya satu dari pelbagai mentaliti tersebut.
Mentaliti tentang “security” atau keselamatan.
Walaupun setiap individu mempunyai naluri “security” secara fitrahnya, mentaliti “selamat” yang Orang Melayu miliki kerap menjadi penghalang kepada kejayaan mereka. Setiap keputusan yang mereka lakukan kerap berlandaskan kepada mentaliti ini. Dari segi sejarahnya, Orang Melayu adalah bangsa yang dikenali sebagai peniaga, pengembara dan individu yang dinamik. Bagaimanapun mungkin kerana kesan penjajahan yang lama, pemikiran terjajah melayu sudah diubah menjadi sebaliknya.
Orang Melayu terlalu memikirkan soal keselamatan. Pekara yang paling utama mereka ingin miliki adalah rumah. Memiliki rumah adalah lambang selamat. Orang tua selalu menekankan betapa pentingnya untuk memiliki sebuah rumah. Berbeza dengan orang cina yang selalunya bertindak untuk memiliki premis perniagaan (atau rumah kedai) kerana faktor nilai aset yang lebih besar. Orang melayu lebih sanggup membeli rumah berbanding aset pelaburan yang lain kerana mereka mahu soal keselamatan dibereskan terlebih dahulu.
Orang melayu memilih perkerjaaan di dalam sektor prkhidmatan awam juga kerana mentaliti selamat. Selamat kerana memiliki pendapatan tetap, risiko jawatan yang sangat rendah serta bantuan dari kerajaan. Mereka tidak suka berniaga walaupun Rasulullah menjadikan perniagaan sebagai 9/10 dari rezeki. Orang cina menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki mereka kerana mereka tahu sumber pendapatan yang besar datang dari perniagaan. Juga kerana “mentaliti survival” yang dibangunkan dari datuk nenek mereka sebagai seorang pendatang yang ingin menguasai.
Ibubapa Orang Melayu juga lebh suka anak-anak mereka tinggal berdekatan atau berhampiaran mereka kerana faktor selamat. Mereka tidak mahu anak-anak mereka pergi jauh dari zon selamt mereka walaupun anak-anak mereka mempunyai peluang yang lebih besar. Kerana itu orang melayu dahulu melepaskan terlalu banyak peluang untuk berjaya kerana faktor ini.
Manakala Orang Cina pula sanggup berpindah rendah hanya berdasarkan peluang yang mereka miliki untuk berjaya. Tidak hairan mereka boleh dijumpai walau dikampung-kampung kecil selgi terdapat peluang untuk mereka. Ini adalah “mentaliti seorang survival”.
Banyak faktor yang menghasilkan pelbagai lagi mentaliti yang mendiami setiap pemikiran sesuatu bangsa. Sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat menjadikan mereka hari ini. Kerana itu orang melayu yang berhijrah kenegara lain selalunya mudah berjaya di luar sana kerana mereka menukar mentaliti selamat kepada mentaliti survival di dalam kehidupan.
Banyak lagi soal mentaliti yang perlu kita ketahui. Kerana pemikiran inilah yang menjadikan siapa kita hari ini.
No comments:
Post a Comment