“…..dari sudut anropologi, jawapan paling mudah kepada sesuatu fenomena yang tidak mampu dijawap oleh akal fikiran adalah-KUASA SUPERNATURAL. Tuhan, hantu, syaitan dan jin adalah penyebab sesuatu kejadian, bukannya REAKSI SEMULA JADI ALAM. JAWAPAN MUDAH ITU DIANUTI SAMPAI KINI.
Oleh kerana itu, kita mengatakan ilusi pelik yang dilakukan oleh ahli silap mata sebagau mainan ilmu hitam menggunakan bantuan jin serta syaitan. Sedangkan hakikatnya ahli-ahli silap mata seperti David Blaine dan David Copperfield misalnya, melakukan ILUSI menerbangkan diri ke udara, menghidupkan haiwan yang ‘telah mati’ dan memecahkan kaca melalui renungan mata, adalah dengan bantuan peralatan sains dan teknologi, kekuatan minda serta muslihat kamera.
Kemudian, imej atau ‘jelmaan-jelmaan’ aneh yang dilihat dan didengar pula dengan mudah saja kit a klasifikasikan sebagi hantu, orang bunian dan ‘belaan’. Api mesteri yang muncul secara tiba-tiba diabsahkan sebagai saka dan sihir. Begitu juga dengan bisikan halus tanpa jasad, santau dan sebagainya. Semuanya kita anggap berlaku dengan bantuan kuasa supernatural-syaitan dan jin.
dengan meletakkan semua jawapan ini kepada supernatural, AKHIRNYA KITA MENJADI SUATU BANGSA YANG MALAS BERFIKIR. MALAS MENGKAJI. TIDAK MAHU MELIHAT DUNIA EMPIRIKAL. MENGKAJI FENOMENA PARANORMAL DARI SUDUT SAINTIFIK PULA KITA ANGGAP SEBAGAI SIA-SI. KONONNYA TIDAK KUDUS. MENAFIKAN KUASA ILAHI.
ALANGKAH MALASNYA KITA. Hasilnya , kita menjadi bangsa yang tidak tahu betapa hebatnya kuasa sains dan minda…..”
Dipetik dari: Majalah Infiniti (MS 4 & 5)
NOTA 1: Petikan ini diambil buat rekod dan renungan bersama. Banyak pekara yang tersembunyi bukan bermakna mistik yang tidak dapat dihurai tetapi perlu dikaji dari sudut sains. Ada HUKUM SEBAB DAN AKIBATNYA. Usah suka melabel…
SUPERNATURAL (Wikipedia) :
The term supernatural or supranatural (Latin: super, supra “above” + natura “nature”) pertains to an order of existence beyond the scientifically visible universe.[1] Religious miracles are typically supernatural claims, as are spells and curses, divination, the belief that there is an afterlife for the dead, and innumerable others. Supernatural beliefs have existed in many cultures throughout human history.
No comments:
Post a Comment