Jika kita rajin membaca dan mendengar berita di media-media utama, pasti kita ketahui ramai yang tertipu dengan pelbagai sistem yang berpandukan pada perkataan JUTAAN dan juga RIBUAN ringgit. Ramai yang berlumba-lumba memasuki sistem yang dikatakan akan membawa peserta ke dalam landasan menjadi seorang jutawan. Ribuan ringgit dilaburkan. Ada yang untung dan ramai yang rugi. Semua mahu KAYA.
Taukeh Ternak Lintah melarikan jutaan ringgit. Taukeh Ternak Ikan Keli menghilangkan diri. Banyak lagi taukeh atau pengumpul “duit tanpa lesen” ini melesapkan impian ribuan peseta mahu jadi KAYA. Luruh segala cita-cita dan juga harapan menggunung para perserta ini. Mereka menaruhkan risiko untuk mendapatkan sesuatu yang mereka percaya akan membantu mereka keluar dari kepompong kesusahan atau meraih hidup senang dengan cara “duit buat duit”
Selain itu, di merata bandar kita dapat melihta sendiri puluhan hingga ratusan pencuba nasib meneka nombor dengan harapan mendapat rezeki terpijak. Ada yang bertaruhkan beberapa ringgit, ada yang memperjudikan puluhan atau mungkin ratusan ringgit sehari. Harapannya??…mahu jadi KAYA… mahu dapat DUIT TERPIJAK.
Benarkah ini cara yang betul mahu hidup senang? Adakah ini cara yang digunakan oleh Syed Mokhtar, Ananda Krishna, Datuk Mustapa dan ramai lagi jutawan di Malaysia mencapai impian mereka? Berapa ramai yang benar-benar KAYA dan SUKSES dengan cara begini?
Sebenarnya, Orang yang menggunakan kaedah seperti yang disebutkan di atas adalah mereka yang berpegang pada prinsip HIDUP INI SEKADAR NASIB, HIDUP INI HANYA KEBETULAN, HIDUPAN INI ADALAH PERJUDIAN. Mereka tidak percaya atau tidak yakin mereka mempunyai KEMAMPUAN untuk mencorakkan kehidupan berdasarkan apa yang mereka mahu. Mereka HILANG KAWALAN ke atas kehidupan mereka sendiri. Mereka membiarkan hidup mereka bergerak ditiup oleh pergerakan alam. Untuk sabut timbul!
HIDUP adalah ILMU. ILMU itu penyuluh jalan merentas kehidupan kita. Mahu sukses adalah ilmu. Mahu KAYA juga adalah ilmu. Islam menekankan pembangunan AKAL dengan ILMU. WAJIB kita belajar. Apakah prinsip atau hukum untuk berjaya? Apakh rahsia dan prinsip untuk mencapai kekayaan?
Individu ramai yang membiarkan nasib menentukan takdir merkea. Walhal, Allah swt menekankan betapa manuia itu yang perlu menggbah nasib mereka.
Berapa ramai yang tahu kunci yang mencorakkan nasib mereka banyak di dalam diri mereka sendiri? Berapa ramai yang tahu apa peristiwa atau pengalaman yang mereka lalui adalah ditarik oleh diri mereka sendiri? Adakah mereka tahu betapa mereka mampu mengawal perjalanan kehidupan mereka dengan menggunakan kemampunan yang mereka miliki?
Inilah masalahnya. Ramai yang malas untk belajar mengubah kehidupan mereka. Mereka mahu kaya mudah tanpa ilmu. Kerana itu ramai yang tertipu.
Perbezaan ketara antara seorang yang gagal dengan individu yang sukses bukan pada paras rupa. Bukan juga pada tahap pendidikan. Bukan juga latar belajang kehidupan. Tetapi perbezaan yang paling ketara adalah ilmu yang dimiliki.
Ilmu itu kunci membangunkan potensi yang dimiliki oleh seseorang insan.
No comments:
Post a Comment