Hari ini 27hb Rejab 1430. Aku menatap kembali buku nukilan Dr Kuswanto-“Mi’raj Rohani Menemui Nur illahi”. Aku menyemak kembali nukilan dan catatan-catatan pemikir dan pengkaji dunia sains Islami. Pasti di masjid dan surau banyak diadakan syarahan tentang malam yang penuh dengan pengalaman spiritual ini.
Ini yang aku selalu lalui semenjak kecil apabila masuk bulan Rejab ini. Ada cerita yang sama, ada cerita yang lebih jauh. Tapi peristiwa ini tetap penuh dengan yang tersirat. Sukar mahu mendengar apa yang tersirat jika sekadar mendengar syarahan peristiwa ini hanya melalui bukan ‘ahli’nya.
Adakah peristiwa SEBESAR Israk Mikraj ini hanya sekadar apa yang telah aku dengar di masjid dan surau seperti yang juga akan berlaku di bulan ini?
Wa’allahu alam…..Hanya Allah juga yang Maha Mengetahui….Subhanallah.
Nota:
Saya sedang belajar, dan akan terus belajar. Cuma, saya ingin menegaskan bahawa apakah sains sekarang
tidak berasaskan kepada metafizik? Bukankah ahli sains berpendapat bahawa:
(1) Alam ini dikawal oleh hukum dan hukum-hukum inilah yang menyebabkan alam ini berfungsi dengan sistematik. Bukankah kenyataan ini kenyataan metafizik? Sebenarnya dakwaan bahawa alam ini dikawal oleh hukum adalah dakwaan metafizik.
(2) Hukum alam ini bersifat rasional dan boleh dikaji.
Justeru itu, kita perlu terima hakikat bahwa ada perkara yang bersifat metafizik (yang bukan fizikal!) yang mana tidak perlu kita rasionalkan dan memang tidak boleh dirasionalkan. Apakah kita boleh rasionalkan bahawa manusia ini akan dibangkitkan kembali oleh Allah dan disusun semula tulang-tulang manusia dengan sempurna? Apakah kita mahu merasionalkan Israk wa Mikraj yang sememangnya tidak bersifat rasional?
:- Prof. Madya Dr. Arip Kasmo (Pusat Pengajian Umum, UKM)
No comments:
Post a Comment